Last week after terima ym pasal kembalinya Endon Mahmood Allahyarhamah ke Rahmatullah, short after that one of my friends fwd URL untuk post ucapan takziah kepada PM kita.. Then today aku dpt reply mail dari PM ucapkan terima kasih.. of course mmg bukan dia yang directly reply, but mesti ada system untuk diorg reply mail secara bulk.. anyway aku letakkan kat sini untuk tatapan korang, maybe ada jugak yang hantar ucapan takziah kat tempat lain, or ada yang baca yasin cam aku dengar aritu, so anggapkan ini ucapan terima kasih PM untuk kita semua rakyat Malaysia.. Sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah..

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan takziah serta sokongan yang diberikan kepada saya sekeluarga tatkala kami menghadapi dugaan yang getir ini. Terima kasih juga diucapkan di atas doa yang diberikan kepada isteri saya, Endon Mahmood Allahyarhamah. Juga terima kasih di atas doa yang diberikan semasa beliau menerima rawatan bagi penyakit kanser. Semua ini amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Ingatan dan doa anda amat kami hargai. Moga Allah swt akan terus merahmati kita semua.

Abdullah Ahmad Badawi & Keluarga

Takziah untuk PM..
Tagged on:

Leave a Reply

%d bloggers like this: