Tersebar rumour tak lama dulu mengatakan lagu Negaraku adalah ciplak lagu ‘Mamula Moon’. Dan hampir semua tahu bahawa lagu Negaraku sebenarnya diubah suai liriknya dari lagu Negeri Perak (yang sehingga kini mengekalkan rentak yang lama) yang digubah dari lagu Trang Bulan. Tetapi malangnya sejarah lagu Mamula Moon ini tidak diketahu asal-usulnya, dan menyempitkan teori bahawa adakah Trang Bulan meniru Mamula Moon atau sebaliknya.

Terang Bulan

Teori A
Diperkenalkan oleh Raja Harun bin Sultan Abdullah semasa mengiringi Sultan Idris Murshidul Adzam Shah (Marhum Rahmatullah), Sultan Perak (1887-1916) pada tahun 1901 semasa pertabalan King Edward VII. Juga ada yang mengatakan lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak pada masa itu dipilih oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.

Teori B
Tuan Haji Mubin Sheppard (Bekas Pengarah Arkib Negara) pernah membuat kajian mengatakan lagu ini berasal dari Mahe, Kepulauan Seychelles. Dipercayai bahawa gubahan melodi oleh Pierre Jean de Beranger (1780-1857)

*[Sumber Rujukan]

Mamula Moon
Lagu ini dikatakan telah dicipta dari sekitar abad ke-18 lagi. Satu dari versi rakaman lagu ini boleh didengar dari album Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders, (Track 14, 02:50).

In those days I was a singer, a sort of junior crooner, and at times I sang with the band at the Raffles. A hit number was called Mamula Moon. Now it is the tune of the Malaysian national anthem. When once you danced a foxtrot, now you stand at attention. petikan dari Thisistravel.co.uk

Terbaca Utusan Malaysia pagi tadi, antaranya “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia boleh bertindak tegas terhadap stesen swasta Radio Era jika didapati penyiaran lagu klasik Mamula Moon irama Hawaii bertujuan untuk mempersendakan lagu Negaraku yang kedua-duanya didakwa mempunyai persamaan melodi…”, “Kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta tersebut membawa hukuman denda RM50,000 atau setahun penjara…”

Another attemp to tuduh orang lain hina lagu Negaraku… Kenapa orang kita suka dengki mendengki? Kenapa tak gunakan masa itu untuk pegi cari origin sebenar lagu Negaraku? Maybe ada historical facts yang kita ter’miss’… Mana tahu sebenarnya lagu Mamula Moon itu translate kepada lagu Terang Bulan, as in Moon=Bulan, so Mamula=? – aku dah check kamus Hawaii tapi tader jumpa perkataan ‘Mamula’. Kalau ade sile cakap ek 🙂 Plus lirik dia pun lain sikit. Anyway, either stop tuduh-tuduh orang lain hina lagu kebangsaan kita, or cipta lagu lain untuk negaraku..

Download Terang Bulan | Mamula Moon | Negaraku

Terang Bulan, Mamula Moon dan Negaraku..
Tagged on:     

3 thoughts on “Terang Bulan, Mamula Moon dan Negaraku..

  • July 6, 2009 at 4:12 pm
    Permalink

    Salam.. sy tertarik dgr lagu sinar bulan, sy nak download lagu ni.. tp x dpat.. blh x sy nak dpatkan lagu ni??

    Reply
  • May 1, 2011 at 3:26 pm
    Permalink

    Inikah mamulanya? : http://en.wikipedia.org/wiki/Mamula

    Terang bulan (indon): http://www.youtube.com/watch?v=bbrcdpUGGEI&feature=related

    Terang bulan (versi rancak): http://www.youtube.com/watch?v=ADTGyzE0WK0

    Terang boelan (versi belanda): http://www.youtube.com/watch?v=QozxT3nj9ms

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: