“Adik saya nampak `King Kong’, tinggi dan lengannya besar, sebesar batang pokok dan berbulu hitam. Dia lari apabila nampak (King Kong) itu,’’ kata abangnya Awin a/l Sentok, 25, kepada pemberita di Balai Polis Daerah Kluang selepas adik serta dua sepupunya berumur empat tahun itu ditemui oleh pasukan penyelamat.

Utusan

Hmm.. Bigfoot ditemui di Johor? Sepanjang pengetahuan aku cerita bigfoot hanya biasa didengar di US dan juga sekitar Great Lakes, Rocky Mountain dan beberapa hutan tebal di Kanada. Di tempat-tempat lain juga bagaimanapun banyak fenomena serupa seperti Almas di Mongolia, Barmanou di Afghanistan & Pakistan, Ebu Gogo (Orang Pendak) di Sumatra, Indonesia, Nguoi Rung di Vietnam, Woodwose di Europe, Yeren di China, Yeti di Himalaya dan Yowie di Australia. *Bigfoot juga dikenali dengan Sasquatch, Skunk Ape (Florida), dan Troll.

BigfootDari generasi ke generasi kisah dan misteri bigfoot, atau Orang Mawas ini dicerita tetapi kenapa ia dianggap satu mitos? Jawapannya mudah, sebab tiada bukti yang boleh mengesahkan kewujudan makhluk ini. Misalnya fosil dan tulang bigfoot tidak pernah dijumpai walaupun ini tidak bermakna ia tidak wujud, memandangkan Gorilla dan Chimpanzi juga tidak meninggalkan fosil. Ada sesetengahnya mendakwa mempunyai kuku atau bulu serpihan dari bigfoot, tetapi selepas ujian DNA dijalankan semuanya datang dari mamalia lain seperti beruang, gorilla dan sebagainya.

Video yang diambil oleh Roger Patterson dan Robert Gimlin adalah antara bukti visual paling jelas menganai bigfoot. – [Download Video] – Sukar untuk mengatakan bahawa bigfoot didalam video itu adalah ‘manusia yang memakai suit bigfoot’. Ia mungkin benar atau mungkin ‘hoax’ memandangkan Patterson dan Gimlin pernah terbabit dengan video palsu sebelum ini. Redwood Video (Real Player) juga antara bukti visual bigfoot, walaupun diragui kerana terlalu kabur dan tidak jelas.

Para saintis hanya menganggap bigfoot sebagai kombinasi mitos dan ‘hoax’. Dengan penemuan menarik di Johor baru-baru ini diharap dapat membongkar lagi misteri Orang Mawas.

“The Bigfoot stories cannot be taken at face value. There must be a comprehensive study or sound proof. We (PTNJ) will not hesitate to collaborate with interested parties, so long as the study gives results,”

Bernama

Bigfoot : Fantasi atau Realiti..
Tagged on:                 

Leave a Reply

%d bloggers like this: