Kira-kira 2 minggu lepas (7hb Feb), selamatlah aku menyambut hari lahir yang ke-26.. aiyo.. aku dah 26 beb.. tp bak kata Kosuke, eien no daigakusei.. hampeh nye kosuke..

apa rase? rase sedih.. sebab;
1. sumer member aku dah balik msia..
2. member aku yang tinggal sini either tgh 4th yr (akan balik bulan 3 ni, tgh sambung buat master, or tgh kerja..)
3. sejarah hidup aku masa freshyr + 2nd yr akan ter’burn’ bersama2 org2 yg bakal balik mesia.. not that i have a camera before untuk snap pic.. so, memory = zero
4. member aku tak ramai yg ade blog..
5. aku bakal menjadi super sempai yg masih jadi gakubusei.. bak kata tosho member jidi, ‘PENAUNG’..

rasa bangga + fukuzatsu sebab;
1. life aku dah byk berbeza dgn zaman2 gile dulu.. aku dah tak enjoy weekends untuk live show or tgk live show, or ikut Syacho pegi tgk show2 lain (censored one)..
2. syusseki aku okay berbanding dulu..
3. last chukan shiken untuk rikigaku aku dpt 11/15.. which is biasanya budak msia dpt average 6/15..
4. aku ade kompeni kecik untuk manage website2 mega company dan kilo company lain..
5. aku dah byk fikir pasal future & afterlife..

pernah rasa hidup best? duit byk, rumah lawa, keta power, gitar 5? tp bila dah tak bersyukur sumer kena tarik.. hidup merata.. problem lepas satu2 tak setel2.. nk motivate diri sendiri bukan senang pulak tu.. aku dah lepas 2 tahun zaman gelap.. harap2 lepas ini adalah mase untuk aku rebuild balik.. study sampai sotsugyo, kerja, kawin, beli keta, beli umah, beli plasma tv, sambung Wowow balik, main golf dgn jidi selepas subuh sampai diorg kasik breakfast..

anyway, aku terjumpa artikel yg tosho ciplak dr member dia.. untuk hiburan aku yg bummed..

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates
semua kat sebelah…

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan – shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu…ada yang suka stoking tebal laaa…

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk…

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm…budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88, skarang digelar ‘remaja’.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum. 🙂

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin. yang dah ada anak dua pun ada!

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je.

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone.

5. masa dulu main game keset..hehe..time tu ygm femes ‘contra’ , ‘mario’ …

6. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari.

7. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

8. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa…hehehse

Selamat menyambut hari lahir pertama untuk aku (selepas suku abad)
Tagged on:                 

Leave a Reply

%d bloggers like this: