The new Malaysia Licence Plate (Suggestion)

Aku terbaca blog member, die tunjuk world’s licence plate. Which btw, die dapat dari Licence Plates of the World. Then aku terpikir, apsal plat kereta Malaysia boring aa? (Rujukan : Spesifikasi nombor plat kereta Malaysia) Hitam putih je ade, pastu kalau teksi putih hitam… hmmph… tak kreatif langsung.. Tengok plat kenderaan dikeliling anda. ADW1088, WGK101.. etc, dan ape akan jadi selepas plate number sampai ke WYY9999? Malaysia kalau tak salah aku bukan rotate number. Kereta plat AJ20 akan kekal AJ20 walaupun keta tu dah tak idup selagi tader org tukar (kalau tak salah aku la).

So ape kite nak buat? Kereta makin lame makin banyak. Dulu ade ura2 nk tukar plate system tapi sampai sekarang tak dengar cite ape pun. Maka, aku pun dengan bangganye membuat design plate kereta sendiri.

Kenderaan Persendirian
Malaysia Licence Plate

Kenderaan Awam dan Bukan Persendirian
Malaysia Licence Plate

Kenderaan Rasmi DiRaja
Malaysia Licence Plate

Kenderaan Rasmi Polis dan Tentera
Malaysia Licence Plate

Kenderaan Rasmi Milik Kerajaan
Malaysia Licence Plate

Kenderaan Rasmi Diplomat
Malaysia Licence Plate

Ape istimewanya plate baru ni?
1. Bentuk yang seragam dan penuh warna warni
2. Mudah nak cam kereta siapa/jenis ape dari jauh
3. Boleh letak nama kawasan dan kod, e.g) Gombak, Selayang, Rawang, Ipoh, Muar etc.
4. Cuma perlu letak satu huruf, dari A-Z
5. Boleh guna huruf “I”, “O”, “Z” sebab beza paras dengan nombor so tak confuse.
6. Boleh pilih nombor dari 00-01 ke 99-99
7. Jika guna cara ini, dapat sekurang-kurangnya 163,619,836,380 kombinasi plat
8. Kalau bawak plate kaler kuning boleh bangga
9. Boleh mengelakkan pekerja melaram dengan kenderaan kerajaan or kenderaan milik syarikat.

So ape lagi encik JPJ? anda terima cadangan saya? 😛

Contoh penggunaan :

Perodua Myvi

 

DISCLAIMER : INI ADALAH ARTIKEL LAMA. HARAP MAKLUM.

Author: Zairul

I'm a mechanical designer, working in an engineering company in Japan for 7 years, currently working in Indonesia, a husband and a father, I love guitar, music, android and internet in general.

15 thoughts on “The new Malaysia Licence Plate (Suggestion)”

  1. aku setuju sbb xde lah pekerja sesebuah company melaram ng kerete company, or kerete Benz milik bos…hahaha….tp kan…it will take quite a time to be discussed in the Parliament also double the time to make it possible on the road..eheheh,…GUTTO AIDIA!!! ( GOOD IDEA )

  2. Aku rasa kalau plet W habis, mungkin akan ikut format Sabah (SAA 1747 X), Langkawi (KV 4352 C) dan Singapura (SKA 3858 Z) di mana ada huruf di belakang. Kemungkinan plet KL baru(WAA 1234 A).

  3. Setuju tak idea aku? Tolong reply serta kritikan. Aku suka format style Sabah, Langkawi dan Singapore. Nampak kemas.

    Kalau KL (WA 1234 A) hingga (WY 9999 Y), tukar ke (WAA 1234 A).

    Kebaikkan sistem ini kerana ianya lambat habis.

    Negeri lain mungkin terpaksa guna format lama kerana masih tak habis hurufnya.

  4. Tapi tak semestinya macam format yang saya cadangkan kerana Perancis baru2 ni tukar format lain macam stail Itali kerana kehabisannya huruf. Sebab Malaysia negara komanwel. Malaysia akan ikut semua British Standard serta Singapore Standard dan tak iktiraf JIS, CCC dan American Standard. Ada kemungkinan akan ikut stail UK yang baru di mana lebih praktikal (CD09 ABC) CD maksud tempat didaftar, 09 maksud awal tahun 2009 dan ABC tu huruf bebas tapi nampaknya aku rasa kemungkinan besar akan ikut stail Sabah, Langkawi dan Singapore.

  5. By the way bang. Abang ada beli kereta kat sana tak? Murah atau mahal?
    Ayah saya beli Mercedes C180 Japan spec harga RM 90000 kat kawannya baru balik dari Jepun. Dia cakap dia beli Mercedes tu RM 30000 kat Osaka. Betul ke murah? Tolong komen.

  6. kereta second hand biasa dalam harga itu la.. aku pun tak sure harga betul.. kekadang tu nasib jugak. tak semua kereta murah.

    aku pakai Mitsubishi FTO.

  7. dikira murah la tu second hand tahun 2001 Mercedes C180. Kat Malaysia, model tahun 2001 tu masih atas RM 100k. Kereta import sana murah ke mahal bang?

  8. Alah lebih kurang aje. Semua kereta import kecuali kereta Jepun kat Malaysia maintenance memang sangat mahal. Aku pakai BMW tahun 1996 dekat sepuluh ribu Ringgit habis walaupun 25000 km berjalan sebab aircon rosak serta radiator bocor. Electric seat BMW aku pun rosak mahu dekat 6 kali tukar.

  9. Macam plate Singapore pun bagus juga. Plet hitam maksudnya kereta persendirian. Plet putih depan plet kuning belakang maksud kereta syarikat (commercial) dan plet merah ialah plet kereta hujung minggu.

  10. Thailand pun ada kategori plet iaitu plet putih tulisan hijau ialah pikap. Plet putih tulisan hitam ialah kereta biasa. Plet putih tulisan biru ialah van. Motorsikal, komersial macam lori dan bas mempunyai format amat berbeza. Kereta polis juga format tersendiri di Thailand. Kalau Jepun yang saya tahu kategori 2 maskud bas, 8 ialah kenderaan kerajaan seperti kereta polis, kategori 5 maksud enjin kurang 2000cc. Kategori 4 maskud lori kurang 2000cc dan banyak lagi. Warna juga membezakan enjin dan penggunaan kenderaan. Kalau putih tulisan hijau ialah kenderaan persendirian manakala plet kuning tulisan hitam ialah kei-car. Kalau terbalikkan warna ialah kategori komersial. Motorsikal mempunyai format berbeza berbanding kereta.

Leave a Reply