Mitsubishi Motors Corp.Hari ini aku, Mr. Miyoshi + 3 org colleague pergi join ‘Lawatan Sambil Belajar’ ke Mitsubishi Motor Corp Mizushima Plant. Tak jauh pun actually dari company kitorang. Ada sedikit seminar pasal environment, tapi main objective kitorg join tu untuk tgk Mitsubishi punya production line. Team aku under Miyoshi Boss selalunya hanya buat clamp set drawing untuk toyota. Dan hanya Mr. Miyoshi aja yg pernah pergi ke Toyota tengok diorg punya production. So invitation dari Mitsubishi ini ibarat kecil tapak tangan lah.

Mizushima Plant ni besar gila. Luas 1,245,700m², workers 6500 org. Tempat yang kitorg pusing2 pun ada la 40% kot. Dapatla tengok dia punya production flow. Dari press, welding, paint, assembly, test drive, ada la dekat 2 jam kitorang pusing2 dalam tu. Best gila. Especially dekat tempat dia test drive, memang hijau mata tengok beribu2 Mitsubishi Evo X depan mata. Rasa geram nak pau satu. Dah la kunci kereta die letak gitu je. Aku nak tengok crash test sebenarnya. Tapi crash test, devepoment etc rupanya diorg tak buat di Mizushima. Mizushima hanya buat production aja.

Mitsubishi WRC 2005Masa masuk dlm tempat production tu tak boleh bwk camera. So, aku tak boleh la nak tunjuk betapa best nya suasana dalam kilang tu. Tapi dekat main entrance dia ada letak pameran sikit2 so aku pun amik la gambo. Memandangkan aku tak bawak camera, aku pakai handset aje la. Sorry la tak terang. Klik untuk tengok gambar besar. Sebelah ni model Lancer Evo yang dipakai masa WRC 2005. Dia tulis kat panel tu “Model Car” so maybe replica la kot. Aku teringin nak masuk tapi dia tulist kat situ kata tak boleh masuk la pulak.

Mitsubishi Evo 3 WRC 1996 WinnerYang ini gambar paling mahal. Sapa yang follow wrc, actually inilah kereta Evo 3 yang di drive oleh Tommi Makinen dlm wrc 1996. Dekat bumper depan, tepi2 tu boleh nampak calar2 tu yang real tu. Dia punye habuk2 pun ada tu yang tak tahan tu. Walaupun aku rasa habuk2 tu saje diorg tambah2 la. Takkan bawak balik jepun pun habuk tak tanggal kot. Nak tengok video evo 3 ni “in action” boleh tengok kat YouTube.

Mitsubishi Evo IXYang ni pulak seperti yang diketahui ramai, the previous evo, Evo IX. Yg kat bawak tu dia part bawah dr enjin sampai belakang. Kalau tengok dari bawah, nampak la rangka evo 9 ni memang tough la. Evo X maybe sebab bersepah dalam kilang so dia tak tunjuk la kat show room ni.

Mizushima Go

Yang best tu ada jugak the first ever Mistubishi Car – Mizushima Go 😛 3 roda aje. 744cc, 13hp.. Not bad kalau pikir zaman tu. Kalau ikut kata pakcik jaga tu keta 3 roda ni boleh start dan boleh jalan lagi tu. Tapi kalau nak keluar kilang kena apply road tax dengan register numer plat dulu la.

Anyway, inilah pengalaman aku hari ini. Malam ni tidor kena mimpi bawak evo ni.. broom brooomm

Mitsubishi Motor Corporation Mizushima Plant Trip
Tagged on:                         

5 thoughts on “Mitsubishi Motor Corporation Mizushima Plant Trip

  • December 4, 2007 at 3:51 pm
    Permalink

    wow dpt pergi kilang evo tu..teruja japs..

    Reply
  • December 6, 2007 at 1:48 pm
    Permalink

    Berapa ha harga Evo X kat sana Zairul? Kat Malaysia aku tak pernah tengok lagi orang guna..

    Reply
  • December 14, 2007 at 9:08 pm
    Permalink

    Bat >> Harga retail (tak termasuk tax + accessories dll.) kat sini jual paling basic from ¥2,997,750 = RM89K++. Nak beli siap pakai atas jalan tambah2 semua makan dlm 140K++ rasanya. Kt mesia agak2 sampai bila ntah 😛

    Reply
  • December 19, 2007 at 4:50 pm
    Permalink

    Bile²? Huhu.. terase ketinggalan

    Reply
  • September 9, 2008 at 5:49 pm
    Permalink

    Wei….. Harga kat malaysia bpe yek? Blh tlg kirakan tak….
    Tringin nak bli 1 nih…

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: