Harisa and the pose

Seronok tengok baby develop. My lil’ daughter, Zaira Harisa, 7 months old plus by the way, dah mula start crawling, rolling and yogaing.. YOGA?? aku sempat snap beberapa pic gambar dia sedang cuba untuk tiru bapak dia bangun dan berjalan. Sekali tengok macam yoga la pulak. Dah la yoga kena haram kat Malaysia. Isk isk. So untuk mengelakkan daripada dikatakan “meragukan”, baik kita kata dia cuba untuk excercise aje la 😛

harisa01 harisa02 harisa03 harisa04

Lagu Sekolah Kebangsaan Karai

Apa nostalgia yang korang ingat semasa di sekolah rendah? Mesti ada favorite time korang masa sekolah. Antara benda yang aku suka masa sekolah selain belajar matematik (aiceh), adalah time nyanyi lagu sekolah. Aku sangat suka lagu sekolah aku (SK Karai) sebab melodi nya yang riang ria. Aku letak tab kat bawah kalau korang nak main dengan syarat, korang tahu la canme nak nyanyi 😛 duhhh

Kat bawah ni ada beberapa pic area pekan kecil dekat sekolah (Gambar dipinjam dari http://karaikualakangsar.blogspot.com/)

skkarai1 skkarai2 skkarai3skkarai4

Kat bawah ni kod lagu;

Date: 29.07.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Title  : Rajin Maju Jaya (Lagu Sekolah Kebangsaan Karai, Enggor, Perak)

F C G C

      C
Megah tersegam indah sekolahku

                     G
Itulah lambang kemegahan

Rakyat tempatan berusaha

              C
Gigih terus maju

    C
Sekolah ku sejak berzaman

                     F
Menempuh sejarah gemilang

                 C
Belajar serta berbakti

   G          C
Usaha tanpa jemu

  F            C
Nama terukir indah

    G                C   C7
Sekolah Kebangsaan Karai

  F    G      C
Disepanjang masa

  G          C
Rajin Maju Jaya

Kod gitar lagu kanak-kanak : Lagu tiga kupang

lagutigakupangEntah kenapa tiba-tiba rajin nak tab lagu kanak-kanak.. Kod seterusnya adalah lagu yang sangat popular, boleh kata takda orang yang tak tahu lagu ni; Lagu Tiga Kupang. Akudah cuba cari info lagu tiga kupang ni sebenarnya tapi tak jumpa pulak. Sapa yang buat lagu ni? Itu aku tak tahu, tapi yang aku tahu ada beberapa unsur pelik dalam lagu tiga kupang ni. Kalau tengok lirik dia;

Lagu tiga kupang saku penuh padi
Enam ekor burung masuk dalam kuali

Bila sudah masak burung nyanyi saja
Tentu sedap makan beri pada raja

Raja dalam rumah buat kira-kira
Suri dalam dapur makan roti gula.. hey

Dayang tepi kolam mahu jemur tepung
Datang burung hitam pagut batang hidung hidung hidung…

1. Kenapa lagu tiga kupang (30 sen)?
2. Kenapa masuk padi dalam saku?
3. Apa buang tabiat ke burung yang enam ekor tu pegi masuk dalam kuali? Kan dah kena masak..
4. Eh dah kena masak lepas tu boleh nyanyi pulak burung nye?
5. Ada burung lain ke pulak yang nyanyi dekat burung yang dah kena masak tu?
5. Tak takut ke burung yang gembira nyanyi tu manalah tahu kalau turn dia pulak yang jadi lauk nak kena masak?
6. Burung tu nyanyi lagu apa?
7. Tahu tahu pulak kalau dah burung nyanyi lauk nye sedap.
8. Konfiden aje sedap sampai nak bagi raja.
9. Kenapa raja duduk dalam rumah bukan istana?
10. Raja tengah buat kira-kira apa tu? Belanjawan?
11. Bagi la suri dalam dapur tu makan lauk burung nye. Kesian makan roti gula aje. Raja bukan nak makan pun..
12. Kenapa jemur tepung tepi kolam?
13. “Datang burung hitam..” Ni burung hitam mana pulak ni? Yang nyanyi tadi ke?
14. “Pagut batang hidung hidung hidung hidung..” eh… lagu dulu dulu dah ada echo 😛

Anyway, walaupun penuh dengan misteri, try la korang main lagu ni;

Date: 26.07.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

C
Lagu tiga kupang saku penuh padi

G                               C
Enam ekor burung masuk dalam kuali

C
Bila sudah masak burung nyanyi saja

G                             C
Tentu sedap makan beri pada raja

F                C
Raja dalam rumah buat kira-kira

F                  G
Suri dalam dapur makan roti gula.. hey

C                 C
Dayang tepi kolam mahu jemur tepung

G                                C
Datang burung hitam pagut batang hidung hidung hidung...

Kod Gitar Lagu KBSR – Sungai

sungaiAntara “search keyword” utama blog aku ni adalah believe it or not, “Lagu KBSR”. Kalau google “lagu kanak-kanak”, “lagu sekolah rendah” etc., jangan kata tab/kod gitar, sebasic-basic info macam sapa penulis liriknya, sapa penggubah lagunya, hatta lirik pun memang susah nak jumpa info pasal lagu-lagu sekolah rendah ni.. mp3 tu jangan harapla.

Bukan takde government punye website, ada tapi macam jambatan tak siap. Nama bukan main, portal muzik lah, ape lah tapi isik hampeh. Nak mengharapkan kerajaan or better “Kementerian Pendidikan Malaysia” daripada isikkan benda-benda macam ni baik la aku yang isikkan.

So kita start slow-slow. Biar pelan pelan kayuh. Aku dah start dulu dengan tab lagu anak itik tok wi, so kali ni kita try pulak lagu yang penuh mesej, “Sungai”. Lagu ni pakai kod-kod major/minor biasa. Tak susah.

Selamat mencuba

Date: 25.07.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject: Sungai (Lagu KBSR sekolah rendah)

           Em         Am             B7
Airmu mengalir dari gunung jauh di sana

                Am            D               B7
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata

               Em         Am            B7
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

                Am           D              Em
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti

       Am          D                 G  E
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita

       Am         C               B7
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka

               Em         Am            B7
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

                Am           D              Em
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti

Video Highlights : Malaysia vs Manchester United (2-0)

mas-man2Seperti yang dijangka, Malaysia kalah kali kedua dengan ManUtd, tapi okey la.. 2-0, yang score Macheda dengan Owen. Aku tak pegi tengok live, tapi kalau setakat tengok highlight, 2 gol tu gol biasa aje.. sebab defence kelam kabut depan gol. dari segi marking player pun macam still berterabur. Boleh improve lagi..

Tahniah la jugak buat player Malaysia, ada la jugak 5 6 orang player yang memang semangat main. takde la macam dulu, lari pun nak taknak..

Video from Youtube kat bawah;

Video Highlights : Malaysia vs Manchester United (3-2)

Malaysia vs Manchester UnitedSape pegi game bola Malaysia lawan Manchester United kelmarin? Ces kalau lah aku dapat pegi.. Sokong Malaysia la! Sokong MU buatpa (sorry aa fan ManU 😀 ) Sapa yang tak pegi tu boleh tengok game highlight kat bawah from Youtube.

Tak salah aku Msia dulu pernah kalah 6-0 ke berapa tak ingat. Tapi memang lauk la masa tu. Boleh kira fight tu kalau setakat 3-2! FAM pun boleh la senyum sikit. Asyik kena kutuk aje boring jugak. Hari Isnin ni ada game lagi. Harap2 at least bagi fight la sikit. Tapi selalunya team Malaysia ni satu game je kuat. Lepas tu lembik. Jangan game Isnin ni lauk sudah. Stamina lemah sikit kot.

Walaupun Rooney, Nani dan Owen Score, aku rasa goal Amri Yahyah tu boleh puji la.. Timing beb! Nak lepas Van der Sar pulak tu. Van der Sar memang suka keluar goal pun.. tak serik serik lagi haha..

Cuma ada satu je yang aku rasa kuciwa sikit. Pasal PM kita 1Malaysia tu la. Apa komen dia?

“Kita kalah 3-2. Saya ingat kita kalah 6-0,” katanya berseloroh.. (source: Utusan)

Alamak tuan berhormat, bagila semangat kat player kita tu sikit. Tunjukkan la sokongan moral orang No1 Malaysia.. Kesian player kita main semangat kat padang, rupa-rupanya PM budget kalah lauk.. Maybe saje nak buat joke. Tapi jadi PM bukan nak jadi Raja Lawak tok Najib oi. Time time macam ni biarlah ada moral support.

Okey la korang boleh tengok game highlight kat bawah:

Kod gitar UNIC – Insan bernama kekasih (Nasyid)

unic-tika-ituAku baru tabkan lagu nasyid UNIC – Insan Bernama Kekasih, macam aku katakan dah dua tiga kali, jangan main-main dengan nasyid sekarang! siap ada guitar solo lagi tu!.. murih nik aziz nanti.. 😛 Aku pun pelik lately banyak jugak orang request lagu nasyid. Mungkin banyak orang nak ngorat ustazah kot kena terer nasyid.. hoho

Anyway, lagu nye tak susah, boleh tahan typical chords progression jugak, cuma untuk orang yang baru belajar gitar mungkin terkial-kial sikit nak tekan sharp dengan minor chords, macam C#m, F#m, G#m. Yang lain tu kod biasa, E, B dengan A.

Tatau lagu UNIC? layan mp3 kat bawah ni;

[Intro]

E  B  C#m  B  A  G#m  F#m

[Verse 1]
E   B       A    E    B        C#m
  Debar hatiku     Membisik rindu

E  B        A               B
  Ingin aku katakan     Kau gadis idaman

[Verse 2]
E  B         A    E      B     C#m
  Adakah mungkin     Kau kumiliki

E   B       A           B               E
  Untuk aku jadikan   Insan bernama kekasih

[Bridge 1]
     B           A                E
Keayuan yg tergambar lukisan nur iman

        B         A                    C#m
Bersulamkan keindahan santun perkataan 

        B            A                      C#m
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan 

         B        A        E
Mengusir segala resah di jiwa

[Chorus 1]

E                 B            C#m              G#m
  Kusampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita

A         B            E         B
Masihkah ada peluang untukku melafazkan cinta

E               B              C#m             G#m
  Umpama rembulan jatuh ke riba mendengar khabaran darinya 

A          B          E
Padaku kau memendam rasa

C#m     B       A
    PadaMu oh Tuhan kumohonkan keredaan

C#m             B       A  Am                  E
    Nur kasih yang kudamba kekal hingga ke syurga

[Solo Part]
G  A  E

G  A  B

G  A  E

[Bridge 2]
        B          A                E
Hanya satu yg kupinta kebaikan darinya 

       B       A                 C#m
Moga dipeliharakan tulus cinta kita

       B          A                         C#m
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya

         B          A          E
Dengan lafaz pernikahan yg mulia

[Chorus 2]
            B            C#m            G#m
Dtglah kasihmu dalam diriku menghiasi ruang hatiku

 A           B            E            B
Akanku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran

E             B                C#m               G#m
  Kuharap jalinan kan berpanjangan selagi kasih yang terbina

A          B       E
Kerana cinta kepadaNya

[Chorus 1]

E                 B            C#m              G#m
  Kusampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita

A         B            E         B
Masihkah ada peluang untukku melafazkan cinta

E               B              C#m             G#m
  Umpama rembulan jatuh ke riba mendengar khabaran darinya 

A          B          E
Padaku kau memendam rasa

   B    A     E    B      C#m
Kauku sayangi    Teman sejati 

E   B        A               B               E
  Dikaulah sesungguhnya    Insan bernama kekasih

Panduan membeli (memilih) gitar.

Guitars

Jadi untuk panduan semua, dan untuk menjimatkan masa aku menjawab email setiap orang, aku nak share sedikit kat sini apa homework yang perlu korang buat sebelum beli gitar. Nak kata tips berguna tu tak lah jugak dan cara di bawah ini mungkin bukan yang terbaik, setiap orang ada cara masing masing. Tapi aku harap dengan adanya tutorial/guide/teknik (?) ringkas ni semoga dapat menolong sedikit sebanyak korang sebelum beli gitar.


Kira budget

walletBukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna… Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la sampai kena kira macam tu.

Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah power main.

Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni (atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.

Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.


Jenis Gitar

Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons jenis-jenis gitar ini dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan muzik yang anda mahu mainkan.

A) Gitar Elektrik

electric-guitarSeperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar eletrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.

Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.

Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk “Kira Budget”). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.

B) Gitar Akustik

acoustic-guitarJuga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).

Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.

Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.

(C) Gitar Klasik

classical_guitarKonsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.

Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.

Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.

Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.


Persediaan sebelum beli gitar

Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum beli gitar.

GETTING READY

  1. Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar, petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
  2. Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda, “ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing) gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal, bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful tips; IGNORE annoying salesman…
  3. Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai lain.
  4. Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
  5. Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran. Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get. So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.

TODAY WE BUY ONE!

  1. Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
  2. Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar. Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak. Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade bunyi lari ke tak.
  3. Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson, Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
  4. Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.

So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner mahupun advanced guitarist.

Apa tunggu lagi? Selamat berjaya dan semoga berjumpa dengan gitar idaman anda..

Owen joins Manchester United in shock move

Of all good strikers.. why Owen?

Michael Owen has been confirmed as a Manchester United player. The striker has signed a two-year deal to play at Old Trafford and no transfer was paid as the former Liverpool, Real Madrid and Newcastle forward was a free agent.

Empics
Michael Owen: A free agent who joins on a deal believed to be incentivised
United manager Sir Alex Ferguson happily confirmed the deal saying, “Michael is a world class forward with a proven goalscoring record at the highest level and that has never been in question. Coming to Manchester United with the expectations that we have is something that Michael will relish”

[Continue reading @ soccernet]

Owen Joins United @ manutd.com

Owen Joins ManUtd
Owen Joins ManUtd