sungaiAntara “search keyword” utama blog aku ni adalah believe it or not, “Lagu KBSR”. Kalau google “lagu kanak-kanak”, “lagu sekolah rendah” etc., jangan kata tab/kod gitar, sebasic-basic info macam sapa penulis liriknya, sapa penggubah lagunya, hatta lirik pun memang susah nak jumpa info pasal lagu-lagu sekolah rendah ni.. mp3 tu jangan harapla.

Bukan takde government punye website, ada tapi macam jambatan tak siap. Nama bukan main, portal muzik lah, ape lah tapi isik hampeh. Nak mengharapkan kerajaan or better “Kementerian Pendidikan Malaysia” daripada isikkan benda-benda macam ni baik la aku yang isikkan.

So kita start slow-slow. Biar pelan pelan kayuh. Aku dah start dulu dengan tab lagu anak itik tok wi, so kali ni kita try pulak lagu yang penuh mesej, “Sungai”. Lagu ni pakai kod-kod major/minor biasa. Tak susah.

Selamat mencuba

Date: 25.07.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject: Sungai (Lagu KBSR sekolah rendah)

           Em         Am             B7
Airmu mengalir dari gunung jauh di sana

                Am            D               B7
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata

               Em         Am            B7
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

                Am           D              Em
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti

       Am          D                 G  E
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita

       Am         C               B7
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka

               Em         Am            B7
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba

                Am           D              Em
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti
Kod Gitar Lagu KBSR – Sungai
Tagged on:                 

8 thoughts on “Kod Gitar Lagu KBSR – Sungai

  • October 30, 2009 at 12:15 pm
    Permalink

    wow…lagu sungai ni antara my fav time sekolah rendah dulu. tak silap I lagu ni masa I standard 3. Hu..hu… Nnt I nak suruh anak I mainkan lagu ini guna kod u untuk I dengan gitar dia… Sure layan nostalgia lama.

    Reply
  • June 5, 2010 at 1:26 am
    Permalink

    thanks bro.

    cuma part “Masa juga kan berlalu tak menunggu kita
    Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka” dah tak ingat melodi dia..

    boleh tolong ajar?

    TQ

    Reply
  • August 28, 2010 at 12:02 pm
    Permalink

    Tahniah. Saya nak belajar gitar tapi malu. pernah p belajar tapi malu sebab dah berusia. Menyesal tak belajar bila ada masalah dengan ICT dalam kelas mulalah teringat gitar. Anak-anak murid mula boring. Saya naik marah dan buang masa………..sebabnya saya guru prasekolah. Dgn nyanyian anak-anak cepat ingat lirik.

    Reply
  • May 27, 2011 at 11:47 pm
    Permalink

    Salam… Waaaa… lagu ni dulu cikgu saya ajar masa darjah 6. Kami dulu budak2 cukup syok kalau dengar lagu ni.. Selalu cikgu saya nyanyi bila ada masa lapang.. lepas dah habis buat tatabahasa or pemahaman camtu….

    Part “Masa juga kan berlalu, tak menunggu kita.. Gunakalanlah sepenuhnya .. janganlah leka…” menjadi kegemaran saya dalam lagu ni.

    Cari kat youtube memang x jumpa lah… Kalau boleh dapat producekan satu melodi kan bagus. Skang dah hampir 15 tahun berlalu, masih segar dalam ingatan…

    Reply
  • July 14, 2011 at 7:36 pm
    Permalink

    Inilah antara lagu2 hasil titik peluh arwah bapaku (cikgu azhar @ azhar anuar)) semasa hayatnya yg menjadi siulan kanak2 sekolah rendah suatu ketika dahulu.. -al-fatihah

    Reply
  • February 6, 2014 at 9:24 pm
    Permalink

    Bagus juga. Boleh bagi lagu-lagu lain pula.

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: