Dr. Sam – Saya Anak Malaysia (Kod Gitar)

saya_anak_malaysiaLgu yang amat nostalgik.. korang mesti tahu lagu ni kan?? Sapa yang tatau tu memang bukan anak Malaysia la. Lagu ni sangat sempoi. Aku rasa ada story di sebalik lirik lagu ni. Mungkin perjalan hidup Dr. Sam tu sendiri. Belajar kat oversea (maybe around 70s), “punked” or jadi hippies, balik Malaysia pakai jeans koyak kena kutuk awek, tapi sebagai anak Malaysia masih pegang adat resam Melayu tu sendiri.. hmm.. aku agak agak je ni cerita ni 😛

Ada request tab lagu ni so layan la.

Disclaimer : Aku tab lagu ini sebab aku bangga menjadi orang Malaysia dan takde kena mengena dengan 1Malaysia.

Date: 10.09.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject: Dr. Sam - Saya Anak Malaysia

Intro : 

G C D (guitar solo) 

C/G G D G (x4)


[Verse 1]

G                C          G                  D      G
Sembilan belas lima puluh tiga, bulan lima aku dilahirkan

G                     C        G          D    G
Di sebuah negeri yang diberi nama, Negeri Sembilan

C/G G D G (x2)


[Verse 2]

G               C      G              D    G
Selepas itu aku dibesarkan, di negeri Kelantan

G                  C           G                   D     G
Aku belajar di sekolah orang putih, dekat dengan Pasir Puteh

C/G G D G (x2)

[Chorus]

G         C    G              D    G  
Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia

G         C    G              D    G  
Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia

C/G G D G


[Music Bridge 1]

C                                                    C/G  G  C/G  G
Lepas sekolah aku merayau, negeri mat saleh aku merantau

C                                                   D
Tempat orang indah sekali, tapi Malaysia tetap di hati


[Chorus]

D         C    G              D    G  
Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia

G         C    G              D    G  
Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia

C/G G D G (x4)


[Verse 3]

G            C        G                    D   G
Sampai masa aku pun balik makweku tengok dia pelik

G            C         G                 D            G
Dia kata aku nak jadi apa aku kata itu Tuhan punya kuasa

C/G G D G

[Music Bridge 2]

C                                                   C/G  G  C/G  G
Lemah lembut sopan santun sudah menjadi darah dagingku

C                                               D
Walaupun aku nampaknya kutu aku hormat orang tuaku

[Chorus]

D         C    G              D    G  
Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia

G         C    G              D    G  
Saya anak Malaysia, Saya anak Malaysia

(fade out)

Muka bangga

cow1Apa yang syok aku pun tatau la. Mungkin sebab;

1. Seronok kena gari.
2. Seronok bayar ikat jamin RM5K.
3. Seronok sebab dah kena tangkap polis, so tayah pegi kerja.
4. Seronok sebab boleh jimat duit air rumah kalau kena lokap.
5. Seronok memikirkan ada kebarangkalian makan free dalam penjara 3 tahun.
6. Seronok masuk paper.
7. Sebab dah masuk paper, famous la lepas ni senang nak cari kerja baru nak ganti kerja yang bakal kena buang.
8. Seronok sebab dah dikira “jihad” dan ada harapan “syahid”

Pic & article from Mstar Online

6 lelaki didakwa insiden kepala lembu

SHAH ALAM: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas.

Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.

Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar mencadangkan agar kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mengetuai pihak pembelaan, membantah jumlah jaminan yang dicadangkan kerana menganggap ianya amat tinggi dan satu bebanan kepada kesemua tertuduh.

Beliau berkata kesemua anak guamnya telah dimaklumkan semalam bahawa mereka akan dituduh hari ini dan mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

“Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh juga menunjukkan seolah-olah ia satu kesalahan menghina agama lain sedangkan mereka tidak berniat untuk berbuat demikian. Bagi orang Melayu lembu melambangkan kebodohan dan bukan membawa penghinaan kepada agama lain,” katanya sambil memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM500 setiap seorang.

Mohd Dusuki pula berkata jumlah jaminan RM500 yang dimohon oleh pihak pembelaan tidak wajar dan tidak sesuai dengan pertuduhan kerana kes itu mendapat liputan meluas media elektronik dan cetak serta banyak laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

“Justeru mohon RM15,000 dikekalkan kerana jumlah itu wajar berdasarkan kepada latar belakang kes yang mendapat liputan meluas media dan melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Mendengar hujahan pihak pendakwaan, Salehuddin bangun dan berkata liputan meluas media terhadap kes itu tidak seharusnya dijadikan faktor oleh mahkamah dalam menentukan jumlah jaminan.

“Takkan kita nak hukum tertuduh berdasarkan liputan meluas itu,” katanya.

Hasbi kemudian mengenakan ikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret di sini pula, Ahmad Mahayuddin, Ibrahim, Eyzva Ezhar, Mohd Azmir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi turut menghadapi satu lagi pertuduhan bersama enam yang lain iaitu telah mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undangundang di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Turut didakwa ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohammad Nordin Zakaria, 63, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39 dan Azhari Shaari, 39.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan enam yang turut dituduh di Mahkamah Sesyen di sini sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM300 setiap seorang serta seorang penjamin manakala enam lagi dibebaskan dengan RM500 setiap seorang serta seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan semula kes. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan.

Suasana di dalam keduadua mahkamah sesak dengan anggota keluarga tertuduh dan penduduk Seksyen 23.

Kenapa Utusan Banyak Typo?

Lately, aku tengok Utusan Online selalu keluar typo. Kenapa ek? Bukan selalu newspaper editor alert ke benda-benda macam ni? Yang paling banyak aku perasaan salah tulis result EPL. Itu biasa la.

Bukak Utusan Online hari ini, tgk news : Pemain Brazil disambut seperti wira

utusan_090906

Sekali tengok nampak macam ok. Cuba kalau kita zoom;

utusan_090907

Hahaha.. positif ketiak tu ape? Come on la Utusan. Tapi “The Malaysian top news provider in Bahasa Melayu”

Old WordPress Versions Under Attack – UPGRADE ALERT

wordpress-logoKepada pengguna WordPress yang masih belum upgrade ke WP 2.8.4, sila upgrade blog anda kepada version yang terkini. Maklumat dari wordpress developers mengatakan pengguna blog versi lama terutama sekali pengguna yang mengaktifkan fungsi “Anyone can register”, paling mudah terkena serangan ini. Untuk pengguna versi sebelum 2.7, anda perlu upgrade secara manual.

Pengguna wordpress.com, anda tak perlu risau sebab kat situ memang diorang dah upgrade ke versi terkini.

Source : Lorelle

Otto42 of OttoDestruct, a key WordPress developer and supporter, reports that there is an “attack” on older versions of WordPress right now. The number of sites hit by this is growing every hour. Protect your WordPress blog now: UPDATE NOW!!!

How Do I Know If My Site Has Already Been Attacked?
There are two clues that your WordPress site has been attacked.

There are strange additions to the pretty permalinks, such as example.com/category/post-title/%&(%7B$%7Beval(base64_decode($_SERVER%5BHTTP_REFERER%5D))%7D%7D|.+)&%/. The keywords are “eval” and “base64_decode.”

The second clue is that a “back door” was created by a “hidden” Administrator. Check your site users for “Administrator (2)” or a name you do not recognize. You will probably be unable to access that account, but Journey Etc. has a possible solution.

WordPress.com blogs are not impacted as they are up-to-date. Only versions prior to WordPress 2.8.4 are impacted.

Woman fired for USING ALL CAPS IN EMAIL

From TheNextWeb.com..

Vicki Walker, an Auckland (New Zealand) accountant, was sacked for sending supposedly confrontational emails with words in red, in bold and in CAPITAL LETTERS.

KeyboardKalau korang selalu bermain dengan online forum, chatting, “fb”ing etc, MESTI ada orang yang tulis all CAPS betul tak? Aku personally memang menyampah abis kalau tulisan besar-besar kaler kaler merah tu.

Sepatutnya semua company kena buat camni. So sapa tulis pakai huruf besar tu jaga-jaga la.. muahaha