Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas sukan sea 2009 di Laos
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain muda bolasepak negara yang telah berjaya memenangi pingat emas setelah menunggu selama 20 tahun dalam perlawanan akhir sukan sea di Laos. Tiada siapa pun yang memberi harapan termasuk aku, untuk menang terutama sekali selepas pasukan Malaysia kalah dalam perlawanan dengan Vietnam di peringkat kumpulan, tapi anak-anak muda ini membuktikan sesuatu untuk kita – Usaha Tangga Kejayaan. Semoga kejayaan ini bakal menjadi anjakan paradigma?? kepada mutu bolasepak tanahair. Malaysia BOLEH!!

Quote dari mstar online;

VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.

Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.

‘Kemenangan’ itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura. [read more]

Video gol kemenangan (dari TV3 oleh VideoKL.com)

Video Malaysia vs Vietnam (1-0) Sea Games Final – Goal Replay/Highlight
Tagged on:                 

2 thoughts on “Video Malaysia vs Vietnam (1-0) Sea Games Final – Goal Replay/Highlight

  • December 17, 2009 at 11:43 pm
    Permalink

    alhamdulillah…dah lame menanti akhirnya berjaya jgk malaysia bawak balik pingat emas.tahniah rajagobal ngan anak2 buah…mereka dah buktikan kalau ada kesungguhan insyallah beroleh kejayaan.malaysia boleh!!!!

    Reply
  • December 18, 2009 at 12:05 pm
    Permalink

    yupp.. cuma macam kata orang 1Malaysia, jangan “juara bermusim” udah le 🙂

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: