Jadi untuk panduan semua, dan untuk menjimatkan masa aku menjawab email setiap orang, aku nak share sedikit kat sini apa homework yang perlu korang buat sebelum beli gitar. Nak kata tips berguna tu tak lah jugak dan cara di bawah ini mungkin bukan yang terbaik, setiap orang ada cara masing masing. Tapi aku harap dengan adanya tutorial/guide/teknik (?) ringkas ni semoga dapat menolong sedikit sebanyak korang sebelum beli gitar.
Kira budget
Bukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna… Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la sampai kena kira macam tu.
Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah power main.
Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni (atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.
Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.
Jenis Gitar
Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons jenis-jenis gitar ini dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan muzik yang anda mahu mainkan.
A) Gitar Elektrik
Seperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar eletrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.
Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.
Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk “Kira Budget”). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.
B) Gitar Akustik
Juga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).
Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.
Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.
(C) Gitar Klasik
Konsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.
Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.
Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.
Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.
Persediaan sebelum beli gitar
Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum beli gitar.
GETTING READY
- Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar, petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
- Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda, “ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing) gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal, bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful tips; IGNORE annoying salesman…
- Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai lain.
- Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
- Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran. Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get. So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.
TODAY WE BUY ONE!
- Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
- Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar. Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak. Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade bunyi lari ke tak.
- Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson, Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
- Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.
So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner mahupun advanced guitarist.
Apa tunggu lagi? Selamat berjaya dan semoga berjumpa dengan gitar idaman anda..


tenkiu for d tips bro..very detailed.skang da tau byk bende nk kne buat rather than main rembat je..hehe:)
yaya>> no problem
gimana cara na ngatasin bunyi gitar yg agak kasar..?
kasar?
akustik dngan kpok x de beze ar.,.
time kaseh bro……..
sy budak baru je nk belajar ni….
hehe XD
no problem..
wah bagus! tutor yang menarik dan lengkap untuk newbie. bagi aku seeloknya kepada yang masih baru, belajar sehebatnya melalui gitar yang berbaloi dulu (antara RM70-RM250) yakni kategori gitar kapok.
dah terer tu baru lah boleh cerita. belajar dulu sampai jari dah lebam! ha3
thanx la kan. sbb sy budak baru blajar… dh mintak dh member beli tapi tak gi survey lagi. kekadang mcm best jer tengok org main gitar.
tikusgirl >> mintak member belikan? lebih baik kalau pegi beli sekali dengan dia sebab;
1. Lain orang lain citarasa (design-wise)
2. Fingersize lain-lain. Neck gitar saiznye lain-lain. Kalau tapak tangannya besar, tangan awak kecik, kalau dia pilih yang besar nanti awak tak boleh main. Unless korang kembar tangan seiras.
3. Fikir nak beli gitar macam nak beli kereta. Takkan nak suruh orang lain belikan kereta untuk kita. Kalau suruh sugar daddy tu lainla
4. Cuba tanya member awak tu. Dia mesti tanya “ko nak gitar yang macam mana?”.. so dari buang masa explain lebih baik pegi sekali beli dengan dia.
Selamat belajar
wow.. banyak nye useful tips heehehe ni yang bertambah semangat nak gi beli gitar ni…
tq
MJ >> no problem
hey , thanks A LOT! useful gile tips tuh! ni nak tnye .
1- klu beli dulu baru belajar boleh tk? sbb membe semua tk der gitar so tk der sape nk pnjm kan haha
2- klu beli guitar case tuh agak agak bape erk yg hard shell case? bajet ade RM 300 jer haha
thanks
harap zairul reply
bro..tq on tips bli gtar tuh dh apply n dh setel dah..skang ni da bley main chord yg sng2 tp npe xpandai2 lg nk tune.asik xdpt je pitch yg btol.asik kne suh member2.ok ker klu resort to tuner jer?? tp tuner plak mcm2.tlg recommend skit mane yg sesuai 4 acoustic guitar..ke kne tune telinga skit..fuhh.lega dpt ngadu.:)
aku minat main gitar tapi xde bakat. ah, aku main piano sude.
*aku sdg mencari guru sekitar kelantan ni. ader? aku bayar ar..
>> LYN
1. Yang mana-mana pun boleh, asalkan gitar tu sesuai dengan kita.
2. Aku tak sure sangat market price untuk hard cases, tapi selalunya takdelah mahal sangat. RM300 tu dah cukup sangat. Rasanya around RM150++ pun dah cukup okay. Jangan case nye lagi mahal dari gitar udah le
>> yaya
tak reti/susah tuning tu common problem. tak perlu risau. aku dulu pun mencanak jugak. kalau ada electronic tuner, mungkin dapat membantu. tapi tak semestinya perlu.
1. cuba biasakan dengan bunyi tune gitar yang betul. rujuk website ini;
http://www.guitarforbeginners.com/onlinetuner.html
klik pada string dekat website tu satu-satu, camkan bunyi nya, cuba tune gitar dari bunyi yang rendah.. adjust tuning head (tuning pegs), sedikit demi sedikit sampai bunyinya sama dengan bunyi online tuner tu. ulang cara yang sama sampai dapat tune semua strings.
2. kalau dah biasa dengan cara (1), cuba teknik yang ditunjuk kat website ni;
http://www.howtotuneaguitar.org/tuning/how-to-tune/
mula-mula memang susah, tapi kalau dah dapat perfect pitch, nanti tak perlu pun electronic tuner tu
Selamat belajar!
“tak reti/susah tuning tu common problem” —> motivated skit nk blaja bile bace nih
Tq bro…nk g blaja smpi dpt!
affuan >> rasanya ade je kelas muzik kat KB.. tak sure
saya nak suh member sya belikan gitar..
and bley x kalau saya xikut skali?
sebab sekrg smue tgh cuti and sya pesan die suh die beli kt kedai area rumah die..
sya ni lak gurl yg baru nak blaja main gtar..
lau sy ckp kt die sya nak gitar saiz triple O or double O. tali lak light or extra light…bley ke?
princessofhemp >> actually, anda SEPATUTNYA ikut member anda dan bukan lepas tangan kat dia.. (sila rujuk LANGKAH KETIGA dalam artikel atas). Kan senang kalau pegi sekali dengan dia? Dia bukan ingat semua benda pun
bang zairul…saya nak beli gitar karen gune internet la..banyak murah..bang taw camne nak beli gune internet?? ebay?lelong?mudah.com?
ntah la…duit ade ni..
Bro, great tips! I baru nak beli acoustic guitar, dulu masa sekolah ada la tapi dah berapa dekad tak main so skg kira nak pickup balik.
I have a question. I boleh main alat muzik tapi tak reti baca notes. I play by ear. Kalau I dengar chord, I boleh mainkan on the instrument, tapi sama ada benda tu Do ke Re ke Mi ke I memang tak tau.
So my question is, to be a good guitarist, perlu ke take formal lessons? Does it make a difference to be able to play by ear and to play through formal music education?
safuan >> seperti yang aku tulis dlm artikel ni, aku tak pasti dan tak galakkan beli dari internet. murah tu memang la murah. cuma kalau nak beli fr internet jugak aku suggest beli dari local websites macam mudah.com, atau apa sahaja asalkan shipment tu dari dalam negara jugak. gitar esp gitar elektrik tu berat dan besar, takut kalau beli dari US misalnya, harga shipping nanti sama dengan harga gitarnye.. kenapa nak bayar lebih? so jangan lupa masukkan shipping cost dalam budget anda.
RetroSista >> It is not a must, but better if you have one. Basic sahaja sudah cukup macam tahu types of notes, chords, beats, rest symbols, basic counting etc. Dengan tahu benda-benda ni pun kita boleh baca sheet music. Macam-macam boleh buat kalau kita boleh baca music scores.
Hear something and you can play the chords… You’re already a good guitarist. Learn basic music and you’ll be much more better.
Selamat Berjaya.
tip yg bgus..aku dlu p kdai 2nd kt ampng.bli gtar cap prince..yela nk try letrik..mule2 beli mmg la lyn.sdap aje..tp dh lame,mcm2 la rase x kne..yng aku tensen skali btng fret die lekuk2 dh.org tu goreng dasat sgt kot.ms beli x pasan.tp x pe la..nnt kl ade duit,aku nk cri epipon..2 pn kl ade smngt lg nk men gtr.ye la,lpas abis stady,x de membe nk jam.otak pn jam.lgu2 pn byk lupe
askum bro..
great tips here! kudos..1 thing to tell, i play lefthanded acoustic guitar, and tersangaaaatlah susah nk carik gitar lefthanded kt malaysia ni..sangat2 kuciwa sbb sebesar2 kedai gitar tu, hanya akan ada 1atau 2 je or takde langsung. so far dh usha kt BB, Sungei Wang, Midvel, Times Square, OU and Sunway Pyramid. Setakat ni ade jumpe 2 gitar akustik Tanglewood, tp bile main rase tak berkenan.
Dulu dah ade gitar Stagg, tp ble dh pandai sket main, rase nk kene upgrade gitar yg lebih bagus so gitar tu dh jual. Rase agak menyesal tak beli kt UK dulu sbb dulu saya belajar kt sana, tp malas nk bawak balik gitar berat2. Ingatkan kt Msia senang nk carik.
So skarang tengah plan nk beli online, maybe market from US, sbb from UK dorg tanak ship ke Msia. so ble carik online, barulah banyak pilihan yang ada..tp shipping cost mmg sangat mahal, ade yg lebih kurang harga gitar tu sendiri..
tapi nanti ade cukai ke dari kastam? kene tambah kos lagi.. >.<
kesian kami warga lefthanded..padahal ramai je gitaris terkenal men tangan kiri cam jimi hendrix n man kidal..
cok >> bese la aku dulu pun beli gitar murah je
asyanis >> lefty guitars memang susah nak cari.. dlm kes lefty ni nak tak nak mungkin terpaksa beli online jugak kot kalau nakkan banyak option. tp mcm aku ckp kat atas cons dia kita tak boleh test la bunyi gitar tu camne. plus shipping pun mahal. yang mahal bukan gitarnye. tapi casingnye (kalau hard-shell case) gitar tak kena cukai rasanya.. kat sini banyak gitar lefty. nak aku surveykan ke?
takpela zairul..thanks 4 ur offer..tp dah order online, beli kt US. Lgpon, klu u nk tlg surver, nk kene pk delivery plak camne..so skang dh order kt ebay, hopefully leh sampai cpat x sabar!!
asyanis >> haha okey.. nanti story la pasal gitar tu..
salam bro zairul. aku beginners yg baru jer beli gitar, dah beli baru jumpa blog ni. pada aku blog kau ni memang bagus. cara penerangan kau jelas dan teratur. harap kau dapat teruskan dan update selalu yer..
Aku g byk kedai cari gitar akustik, tp xtau nak beli yg mana, brand apa? saiz ape? last skali aku pg kedai yg besar skit dan terus terang dkt tokey tu aku baru nak start main gitar. dia rakemen aku gitar akustik brand ibanez rm400. dia kata u beli baik skit, main pun syok dan u xpyh tukar gitar sampai u pandai. kalau u nak tukar pun u terus angkat elekrik gitar.
aku rasa ckp dia betul kot. bwk balik, bunyi memang sedap la. apa pendapat kau.. tolong komen skit..
maaf agak pnjang lebar skit.. hehehe..
lagi satu bro.. jari aku sakit le bila pegang kord lama-lama. bila aku nak prektis lagi tapi xbleh nak pegang kord. ada cara tak nak hilangkan sakit tu. aku tengok org lain selamba jer pegang kord tanpa rasa sakit.
Joeydin >> pasal gitar tu bergantung pada bajet ko lah. ibanez tu mmg ada nama, cuma dia banyak focus on electric berbanding acoustic.
nak pilih gitar ni macam love at first sight kata orang. aku tak boleh nak komen gitar tu elok ke tak elok ke sebab aku tak pegang. so kalau kau try petik dan rasa okay than okay la.
suruh tokey kedai tu tune gitar tu betul, dan ko try main basic chord C ke G ke, tengok la ada bunyi flat ke tak. nk tahu satu2 gitar tu tune lari ke tidak, harm pada fret ke 12 (cuma sentuh aja tali betul2 atas fret ke 12 pada setiap tali) dan lepas tu tekan not pada fret 12 dan petik gitar. banding kan dua-dua bunyi tu. gitar yang okay takkan ada bunyi flat.
pasal jari tu semua gitarist mesti rasa. standard la. lama2 biasa nanti hujung jari ko akan jadi kebal. ada sesetengah guitarist pro tu sampai hilan deria hujung jari dia. orang lain yang selamba je tekan tu sebab dia dah biasa.
mungkin jugak masalah gitar tu sendiri. check tinggi strings dari fingerboard. kalau rasa tinggi sangat rendahkan. cara nak adjust samaada a)betulkan truss rod pada neck, b)rendahkan nuts, bridge atau saddle c) re-fret (buang fret dan tanam fret baru). kalau tak biasa baik hantar repair kat kedai.. rasanya tak mahal sangat pun.
selamat berjaya
thanx for the advices..
ade ke guitar hrg below than rm200?
ana >> ade aja. bergantung pada kualiti gitar tu lah. tapi ingat, mahal tak semestinya elok
Aslkm….
Very good tips. Saya ada soalan,macam mana kita nak tahu cara membaca chord gitar? gitar saya tak ada lagi tapi saya nak tahu cara baca chordnya dulu..Pastu kalu kita beli gitar kat internet apa kebaikan dan apa keburukannya???
diana >> wsalam..
Susah kalau nak terangkan dengan lisan cara untuk baca kod. Mulakan dengan asas kod dahulu macam C, G dan Am. Rujuk carta kod gitar.
Aku ada sentuh sikit pasal beli gitar dari internet dalam artikel di atas. Secara kasarnya;
PRO : harga lebih murah, banyak pilihan, penghantaran ke pintu.
CONS : kualiti gitar yang tidak diketahui atau meragukan (melainkan gitar yang ada brand dan diakui kualitinya oleh para guitarist), kos penghantaran yang mahal jika beli dari kedai online luar negara
thnks bro…
sng nnt i nk bli guitar..
salam again bro..
akhirnya gitar yg diorder dari ebay telah sampai ke pangkuan..setelah jerih payah menunggu selama berminggu-minggu..sob2..
gitar tu saya beli dari butlermusic (US), as i mentioned before lefthanded acoustic guitar la. bayar shipping US$89, dlm RM200 lebih la tu (different seller offers different shipping costs, but mostly seller from UK tanak ship ke Msia).
gitar tu actualy kejap je smpi ke msia, dlm 2-3 hari. tapi akhirnya berkampung kat kastam kejap, sbg barang tahanan..pendek citer kastam akan mtak kite kompemkan pasal barang tu samada nk amek sniri or mtak pos msia deliver (+handling charge) dan yang pasti, akan kene jugak cukai kastam sebanyak 10% drpd total barang tu (gitar+shipping cost)..
adeihh..perit jugak rase. dah la tggu dorg proses lame, pastu kene caj lagi..tp bila dh dpt gitar puas hati la kan, wpon dh lame menjeruk hati jugak tggu gitar x sampai2..
dari segi shipping, the guitar was properly packed, so xde damage la..wpon risk nye ade sbb dh tunggang terbalik, xtahu mane atas bawah..
n now dh start men gitar balik lepas lame x men, mmg sakit btol la jari jemari ni..kene tunggu die jadi kebal sket lg baru syok sket..
gitulah alkisahnya gua beli gitar dr internet…
nana >> no problem
asyanis >> itu la masalah kalau beli esp from overseas.. dengan taxes nye shipping nye.. tapi okey la, gitar pun dah sampai dan cukup syarat takde yang tertanggal ke apa.. kalau ada problem lagi leceh, nak kena hantar balik ,nak tunggu repair nak kena tunggu lagi.huhu
post la gambar gitarnye, bley tunjuk kat readers mcm mana guitar lefty haha
thanks for d tips.
tp kan.
saya baru cdg nak beli guitar, walaupn basic xde.
nk jugak beli. maen ntuk suke2.
so bole ke nk beli ni???
eyy
satu lagii.
bajet 110+ bole??
i nak murah je
nak beli gitar tak semestinya perlu ada basic, cuma kalau dah reti main nanti senang nak buat pilihan gitar. beli dulu, lepas tu belajar pun boleh. 110 okey je. lebih dari cukup. beli jugak buku panduan kod ke, extra strings kalau terputus, tuner etc. kalau kat situ ada jual beginner set lagi baik
selamat belajar
ouh thx.
tapi nk amek jnama ap ni?
jenama apa yang ada?
byak je.
tapi klo 100 jnma ape je yg bes?
adoii, ssh btol nk plih
this is what i looking for..thx owner.really appreciate ur post
tak penah main tp nk beli jugak >> beli “takamine”
misscapricorn >> no problem
okay eyh?
nw thanks for ur jwpan..
sori byak songeh
Abang Zarul…
adik terlalu minat main gitar
walaupun takat main-main je…
Untuk pengetahuan abang, adik baru berusia 10 tahun…
dah ada gitar biasa yang mak belikan berharga RM160..
tapi teringin sangat nak main gitar elektrik..
memang teringin sangat…
semalam pegi dengan mak dan ayah ke Queensbay Mall..
survey2 harga gitar untuk kanak2 RM260 satu set…tapi
jurujual tu advice soh beli amp yang berharga RM450…
mahalnye….
tak jadi beli dan mak nak fikir abis2 dulu…
apa pendapat abang Zarul…sebab adik memang teringin
sangat dan berminat sangat dengan gitar ni…
Terima kasih abang Zarul…
ex_light14 >> amp tak perlu mahal kalau just nak main kat rumah. unless kalau nak letupkan live house or untuk main kat stadium. lepukkan kepala salesman tu untuk aku..
saya baru beli gitar SANTA CRUZ. rm175. beli rembat but tak tawu la sedap ke tak sound. wat do u tink? dah la tak reti nak tune..
Santa Cruz pun antara guitar maker yang okay. RM175?? not bad. series apa?
series ape tak tawu.
the prob is. ble saya buka laman web santa cruz. diaorg punye logo different compare to mine. i think my santa cruz is fake. name pon tak tawu ape2 pasal gitar. beli pon tak dirancang.
zo >> huhu.. itu ada harapan gitar ciplak la tu :p terkejut gak santa cruz murah.. kalau second hand pun susah nak dapat.. mm, tgk kat dlm sound hole, kalau yang ori mesti ada tulis model apa.
series ade je.
tapi mg rasenye ciplak.
nak tanya kalau tali gitar letrik boleh guna gitar kapok ke best ke bunya dia TQ
bob >> tali gitar elektrik tak sesuai di pakai pada gitar akustik (kapok), sama jugak tali gitar kapok tak sesuai pakai pada gitar elektrik. tali gitar elektrik lebih halus dan “soft” berbanding akustik, memang tak sakit jari, tapi bunyi gitar anda nanti tenggelam. jangan salahkan gitar, itu salah strings.