Panduan membeli (memilih) gitar.

Guitars

Jadi untuk panduan semua, dan untuk menjimatkan masa aku menjawab email setiap orang, aku nak share sedikit kat sini apa homework yang perlu korang buat sebelum beli gitar. Nak kata tips berguna tu tak lah jugak dan cara di bawah ini mungkin bukan yang terbaik, setiap orang ada cara masing masing. Tapi aku harap dengan adanya tutorial/guide/teknik (?) ringkas ni semoga dapat menolong sedikit sebanyak korang sebelum beli gitar.


Kira budget

walletBukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna… Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la sampai kena kira macam tu.

Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah power main.

Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni (atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.

Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.


Jenis Gitar

Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons jenis-jenis gitar ini dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan muzik yang anda mahu mainkan.

A) Gitar Elektrik

electric-guitarSeperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar eletrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.

Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.

Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk “Kira Budget”). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.

B) Gitar Akustik

acoustic-guitarJuga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).

Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.

Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.

(C) Gitar Klasik

classical_guitarKonsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.

Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.

Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.

Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.


Persediaan sebelum beli gitar

Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum beli gitar.

GETTING READY

  1. Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar, petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
  2. Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda, “ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing) gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal, bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful tips; IGNORE annoying salesman…
  3. Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai lain.
  4. Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
  5. Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran. Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get. So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.

TODAY WE BUY ONE!

  1. Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
  2. Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar. Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak. Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade bunyi lari ke tak.
  3. Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson, Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
  4. Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.

So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner mahupun advanced guitarist.

Apa tunggu lagi? Selamat berjaya dan semoga berjumpa dengan gitar idaman anda..

542 thoughts on “Panduan membeli (memilih) gitar.

  1. anne

    thanks yepp..tau dah lah skit2 psl gitar…bapak bekas rocker tapi tak bleyh harap…hahaha..budak baru nk main.. cbb nk start writing lagu…nk amik ilham skit gne gitar..gitak tuh gitar kapok biase je… sesuai jeh kan nk gne?or lbeyh baik gne gitar klasik?sentuh gitar pernah lah kot..

    Reply
  2. pijoy

    saya baru nak beli gitar… saya ingin nak belajar bermain gitar… gitar kapok pun jadilah.. abg saya cakap kalau kita beli gitar mahal tapi tak pro tak bleh jadikan.. mulamula praktis ,gitar yang sesuai adelah gitar kapok betul tak… saya ingin bermain gitar tapi tak cukup duit nak membelinye… harga di pasaran RM95 .. di tangan hanya RM 11 .. saya ingin berusaha macam kata abg zairul tadikan.. betul tak ???

    Reply
      1. pijoy

        abg zairul gitar saya bunyinye tak sedap .. macam mane nak buat ye … string dia ke atau tali dia yang tak elok … dan macam mana nak setting bunyi gitar … saya harap abg zairul boleh tolong ???

        Reply
        1. Zairul Post author

          String atau tali? Sama la tu.. Bunyi gitar akustik sedap ke tak banyak bergantung kpd body. Jenis kayu, saiz body, saiz soundhole, kedudukan soundhole, bridge, saddle, nut tu semua berkait. Kalau gitar kayu getah memang bunyi macam tong, tu memang tak dapat tolong.

          Reply
  3. nazirul hazim

    salam kwn2…sesiapa sahaja yg dh pro main gitar tu boleh bg link video mcm mne nk belajar plucking…kod2 asas sye dh hafal serba sedikit…jadi nk belajar main plucking n tabs…asyik2 strumm je bosan tahu x..:D zairul boleh tlg?

    Reply
  4. @cubix

    Salam bang. Sye da dkat 6 bulan men akustik. Tringin nk bli gtar letrik… Nk cri rm500 and below. Ok, tgh pening. Mula2 nk amik Yamaha PAC012, tp org ckp x thn. Nk amik squier or SX plak jd ragu2… Chane ney. Susah nk cri maple fretboard, 24 fret, bolt on neck, S-S-H pickup, ada tremolo… Nk lyn metallica. Wt smentara nk cri artic cubix amp, or roland microcube? Btol kew ejanya, hahax. Chane ek. Ble cri gtar chamni, bnyk dgr psl kburukkan jew

    Reply
    1. Zairul Post author

      >Mula2 nk amik Yamaha PAC012, tp org ckp x thn.
      Tak tahan maksudnya apa? Pickups? atau parts lain?

      >Ble cri gtar chamni, bnyk dgr psl kburukkan jew
      Belum cuba belum tahu. Takkan ada gitar yang perfect untuk semua orang.

      Reply
      1. @cubix

        >Maksudnya, ada orang cakap, yamaha pac012 tahan 8 bulan jew. Several parts jatuh. X tahu larh kalau orang tu x reti jaga gitar. Yamaha tu. Agak kualiti gak
        >kalau amik squier stratocaster ok x? Saya tau ia cuma 22 fret, but ok larh ad tremolo… Cuma nanti ad masalah tune lari. Pickup dia boleh ganti x?

        Reply
    1. Zairul Post author

      Good point! Jika ada rekahan (crack) pada body gitar terutama top dan back, bunyi gitar tak sumbang, tapi jadi macam speaker pecah, tak syok main/dengar.

      Reply
  5. Pingback: Kenali nama bahagian utama gitar | Zairul and the Blog

  6. Yoohuuu!!

    hmmm,gitar ape yg sesuai ngan beginner nie?? sy mmg minat gitar dri drjh 5(skrg form 2)…so gitar ape yg sesuai ehh?? >.> budget 100 je XD

    Reply
    1. Zairul Post author

      Yg 4 tali dipanggil gitar “tenor”, biasa diguna untuk genre muzik bluegrass, country, blues. Tuning dia lain sikit dengan gitar biasa.

      Reply
  7. peysal

    hye? bro kalau saya nak beli gitar secondhand ade tips x? .saya ni first time nak beli gitar elektrik,klau gitar acoustic dah 2 biji saya beli?ade tips x?

    Reply
    1. Zairul Post author

      Lebih kurang sama je. Cuma used guitars tak ada warranty card. Untuk gitar elektrik biasa orang check body, neck, electronic parts (pickap, suis & preamps kalau ada).. Calar2 sikit tu tak jadi masalah. Tengok juga fret kalau2 dah haus teruk sangat sampai kena refretting balik, walau gitar murah nak fret balik bukan murah (unless tahu tukar sendiri).

      Reply
  8. emma ")

    ekom hai info menarik,

    emma bermint dgn guitar nie nk beli satu mcm zairul ckp mhl blom tntu elok so mau beli yg murah jela,,,,soalan emma …kalu kite beli guitar dapt bag free tk hehehe
    or kene beli hrga laen2
    …………………………………………………………………………………………………………………………

    terimakasih
    ^_^

    Reply
  9. Nbh

    waaah.
    sedih gilee!
    nk mnangis jeaa. :(

    problem nih ‘tersalah’ beli guitar ahh!
    beli yg klasik :(
    makkk aii.kecewaa gile neh!!
    jom tukaa guitar nak? <# :')

    Reply
  10. candy

    Ooo..Sanchez je… masa tengok tu, abg kedai tu kata, gitar tu lagi elok drp kapok harga dia 160. erm..made in china… so, nk tanya pendapat abg. sy baru belajar nk main, tak tau hal2 gitar.. :)

    Reply
    1. Zairul Post author

      Kalau ikut pengalaman aku gitar dalam lingkungan harga RM100-300 tak banyak beza sangat. Beza jenis kayu dan finishing selalunya. Dari segi performance itu subjektif. Elok ke tidak tu kena main sendiri baru tahu..

      Reply
    1. Zairul Post author

      Nak tahan lama atau tidak tidak bergantung sangat dengan jenis kayu. Yang penting penjagaan gitar itu sendiri. Body gitar di’gloss-finish’ semasa pengeluaran untuk memberi ketahanan jangka hayat kayu. Tidak pernah dengar pulak pendapat seperti “kayu mahogany lebih tahan dari rosewood” misalnya, sebab jenis kayu yang dipilih untuk body gitar (side dan top) bertujuan untuk menghasilkan tone bunyi yang berlainan.

      Yang penting pilih apa genre muzik yang anda nak mainkan. Penjagaan gitar, itu cerita lain. Memberi beberapa contoh seperti rosewood, mahogany, maple, spruce, koa, itu semua okay. Cuma ada juga beberapa gitar kos murah yang menggunakan kayu-kayu cincai (kayu getah misalnya), yang itu memang susah nak jaga.

      Reply
  11. the strokes

    salam…ak tgn kidal..ak minat sgt nak start blajar gitar..so pendapat ko rsa elok ak bli gitar kidal ke standard gitar..bajet mmg cukup..n beginer cam ak ni sesuai jenis acoustik ke jenis gitar klasik?ak layan genre alternatif n indie..:)..mintak pendapat sikit…tq

    Reply
    1. Zairul Post author

      Gitar lefty yang dibuat khas untuk pemain kidal memang completely mirrored, maknanya macam gitar biasa yang ditengok dalam cermin. Tuturan tali #1 ke #6, posisi pickguard, bridge, tinggu nut misalnya semuanya terbalik. Untuk mengajar one-to-one atau belajar main gitar, guna lefty guitars mungkin lebih mudah. Kalau nak guna gitar biasa, posisi jari semasa membuat kod tidak sama, up-down stroke juga terbalik. (Down beat pemain gitar biasa adalah upbeat pemain gitar kidal). Untuk membiasakan diri agak sukar. Bukan mustahil! Babyface misalnya menggunakan teknik ini.

      Nasihat aku, pilih cara yang paling selesa.

      Reply
      1. the strokes

        erm..tp banyak lam youtube ape sume blogger website ajar kod guna standard guitar…jujur ak mmg zero dlam bab gitar ni…so klau ak buka youtube n tengok video yg ajar guna gitar kanan ko rase ak bleh blajar x?ak xde guru gitar..just tengok kod standard gitar kat youtube or blog..ko rase susah x utk ak follow cara kidal…maksudnya terbalikkan kod je?.klau ko kata ok ak tros angkat guitar lefty..srius..tq :)

        Reply
  12. ayu

    hai zairul.
    i ni baru je nak belajar main gitar.
    tapi i ni lefty. abang i kata kalau lefty susah nak cari gitar kat sini.
    i pun taknak laa bajet mahal mahal sangat sebab baru nak belajar kan..
    i ada try main yang kawan i punya, dia right handed lah kan.
    tapi i selalu tertekan 2 tali. LOL. :/
    macam mana ye?
    nak beli yang lefty terus ke atau try yang standard?
    sebabnya i boleh tulis 2 2 tngan, just lebih selesa kiri.
    i just feel a little bit awkward bila main kanan punya.
    or, practice make perfect?
    :) help me ya:)

    Reply
  13. bassman

    bro zairul, kalau gitar cutaway tu camner plak eh? x paham sgt. apa contoh gitar2 cutaway yg ada kat malaysia ni..?

    Reply
    1. Zairul Post author

      “Cutaway” adalah gitar yang telah dipotong bahagian fret rendah untuk mudah dimainkan kod tinggi pada fret 12 dan keatas.

      Reply
    1. Zairul Post author

      Untuk orang yg naru belajar 3 minggu itu dah cukup bagus. Usaha lagi. Betulkan tuning dan perbaiki lagi teknik strumming.

      Selamat berjaya..

      Reply
  14. BaladaPemuzik

    salam…bro..kalau nk tukar fret berapa kos dia..?? fret saya smua dh lekuk…tukar 1 set berapa kos dia..?? (elektrik gitar)..thxx…

    Reply
    1. Zairul Post author

      Aku tak sure berapa harga market di Malaysia. Mungkin dalam RM150-300 (aku tak pasti, sila tanya kedai). Nak tukar fret bukan kerja senang, sebab tu mahal. Harga fret wire tu murah je, selalu dalam RM15-30, man-power cost yang mahal. Satu lagi tak semua tempat jual gitar boleh tukar fret.

      Reply
  15. Wan

    Nak tanye . . Aku baru nux belaja . . Tap x taw nux bli gtar cmne. . Dlm bajet rm80 bley x (gtar sje) ? Tap stakat gtar akustik (kap0k) bley x dlm pemulaan ? Tlg ye .

    Reply
  16. yaya

    sy baru nk blajar main gitar,smlm dah g servey kat OU dlm 430 harga dia.katanya brand jepun..takaminiey x silap sy lah..ok ke?

    Reply
    1. Zairul Post author

      Takamine mmg brand Jepun cuma tak semestinya Made in Japan.

      Ada berpuluh-puluh jenis dan gred gitar yang dibuat oleh Takamine, mustahil untuk bagi jawapan ok ke tak.

      Reply
  17. man

    bang jenama gitar acustic ape paling best untuk biginner saya nak bunyi best,tekan fret senang, tune tak lari tak banyak bunyi buzz camne ye bang..

    Reply
  18. Sabrina

    salam
    saya ni baru form 2 tp teringin sgt2 nak main gitar.. gitar kapok….. tp saya x tau baca chords…. saya belum beli gitar lagi tp nak try belajar n then dah raser okey baru beli… nak tanya gitar kapok yg murah ade x? berapa harganya? kalau gitar second-hand okey x? ke x elok guna sbb taku binyi x sedap & string dia dah x elok…

    Reply
    1. Zairul Post author

      Gitar second had pun okay kalau elok.

      String tak elok boleh tukar, bukan pakai tali tu sepanjang hayat tak perlu risau.

      Reply
  19. nurlyla

    thanks.. tapi gitar akoustik punya tali pula cmna? banyak jenis or, satu je? sebab sy bru je mula start study gitar n tali gitar sy putus, nak beli baru tapi risau tak ngam pula,.

    Reply
  20. man

    salam..rumah saya banyak budak kecik datang diorang lari-lari pastu terlangfar gitar saya abis jatuh camne ye bang… ade effek ape2 ke kalo gitar jatuh …ade bunyi lari ke ke ape2 ke…????

    Reply
  21. Ezzu

    Bro . Tali apa yg sesuai untuk gitar acoustic ? Bunyi gitar aku mcm sumbang skit . Aku tak tahu sama ada masalah nut ke apa :/ .

    Reply
  22. chan

    salam
    saya pernah beli gitar,,dalam rm270 gitu la,,tahun 2011
    saya ni baru lagi,,jadi saya rembat je la memandangkan budget terlebih cukup
    yang saya beli tuh tali nylon,,xtau pun klasik ke, akustik ke
    bila saya baca info abg ni,,baru saya tau saya pny gitar tu klasik,,slama ni saya ingt akustik,,
    disebabkan bunyinya xsedap,,saya tukar la tali ke steel..
    tp baru je tukar,,bunyi nye lagi pelik..
    even saya beli tuner,,dh adjust dh,,tp bunyi masih urrrghhhh,,tension saya dengar..
    ni td adjust lagi,,,,tali dh putus,,,waaaa,,so apa pendapat abg?beli baru ke,apa??

    Reply
  23. dean

    salam. bang saya ada gitar elektrik yg biasa2 punya, kalau saya tukar pickup yang mahal punya, yang gitar2 branded pakai tu sound dia macam mana ek? sama macam tak tukar ke sound dia ok sikit? saja nak buat experiment. kalau jadi tak payah fikir nak tukar gitar lagi, kan dah save bajet.hehe. thanks.

    Reply
    1. Zairul Post author

      Elok atau tidak sesuatu pikap memang mempengaruhi kualiti bunyi gitar elektrik. Gitar itu selalunya murah disebabkan jenis kayu, brand, custom work dan pikap. Memang elok tukar pikap dulu. Cuma perlu ingat, MAHAL tak semestinya ELOK.

      Reply
  24. pakdoe

    gua nak tanya pasal mana lebih baik ibanez dan fender jika budget dalam lingkungan rm1000, gua pening ni…ibanez ada 24 fret, tapi fender cuma 22 saja…gua main ala amatur jer…tolong bagi tip sket yg mana baik kalo boleh siap model skali gua malas nak pusing kedai…tanya pekedai pun semua dia kata bagus…gua main pun semua bagus gak…so apa fikiran bro…tolong yer…as soon as….

    Reply