Perbezaan gitar electric-acoustic dengan semi-acoustic?

Gitar Elektrik Akustik dan Semi-Akustik

Literally speaking..Gitar elektrik-akustik, adalah gitar akustik dari segi rupa, tetapi ditambah magnetic pickups, mic atau transducer (atau kombinasi mana-mana dua) untuk menghasilkan bunyi ala-elektrik. Gitar ini boleh dimainkan terus tanpa amp, dan dengan amp. Perlu diambil perhatian juga bahawa pikap magnetic hanya boleh mem”baca” bunyi dari besi-besian dan tidak dari string seperti nylon dan yang non-metallic.

Gitar semi-acoustic pula, mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan gitar elektrik, tetapi mempunyai badan yang separa solid atau hollow dan mempunyai soundhole yang kecil (selalunya berbentuk seperti huruf f). Dengan bentuk badan seperti ini, gitar semi-akustik juga boleh dimainkan terus tanpa amp cuma bunyi yang terhasil lebih perlahan berbanding gitar akustik (bergantung kepada gauge dan kekuatan strumming). So, kenapa ada gitar jenis ini? Sebab gitar ini dapat menghasilkan bunyi yang lebih akustik yang tidak boleh dihasilkan dengan gitar elektrik. Pemain gitar genre jazz, misalnya selalu menggunakan gitar jenis ini.

Di bawah ni ada gambar contoh gitar semi akustik dan elektrik akustik. Dari kiri : Gibson 1959 ES-335, ASAT Classic Bluesboy, Takamine EG530SC, Ovation Ultra Deluxe.

Author: Zairul

I'm a mechanical designer, working in an engineering company in Japan for 7 years, currently working in Indonesia, a husband and a father, I love guitar, music, android and internet in general.

26 thoughts on “Perbezaan gitar electric-acoustic dengan semi-acoustic?”

  1. jadi, gitar elektrik akustik mcm guitar akustik pakai amp dan guitar semi akustik mcm gitar elektik yg bebunyi gitar akustik ya…

    baru aku faham…

    1. @elle : aku tak sure sangat tgk jenis. ada yang walaupun soft case, tapi dlm dia letak sponge etc kasik tebal sikit. ada yang leather. kalau yang murah pun rasanya 50++

  2. thanks bro..kalau Ibanez Gio Gax70 dengan amp Ibanez Toneblaster 50R total 1k berbaloi x,tak termasuk gajet..cume ada distort je..berbaloi ke?

    1. @redza – Dua-dua gitar tu dibuat oleh ζ˜Ÿι‡Žζ₯½ε™¨ (Hoshino Gakki), maker untuk gitar Ibanez guitars, TAMA drums. Gio series adalah jugak product oleh Ibanez, macam Squier (Fender), Epiphone (Gibson) etc. Aku tak sure buat kat mana tapi selalunya Korea, China. Ada jugak Indonesia, Taiwan bergantung kepada series. Kualiti gitar hampir sama, yang beza selalunya jenis pikap, material body, neck etc, finishing. Sebab tu murah. Quality controll masih dijaga Ibanez.

      Update : Squier dan Epiphone diberi lesen (atau dibeli) oleh Fender dan Gibson.

  3. a’skum,,saye ni baru je nak blaja main gitar,,tapi ibu saye tak bagi saye main,,nasib baek ayah saye ni guitarist pencen,,jadik dye open-minded sikit,,,soo,,,saye nak tahu sangat ape jenis gitar yang saya patut beli sebab ” i’m totally alone in this”

Leave a Reply