Lagu annoying terbaik hari ini

Bukak Utusan Malaysia hari ini, reload sampai keluar ads “2 Good 2 be True” mcm dlm gambar bawah ni, mose over dekat banner ad tu, nanti akan keluar lagu annoying tahap cipan yang memang psycho habis. Kalau korang ada niat nak balas dendam dengan sapa-sapa, rekod lagu tu dan loop play kan lagu tu kat telinga dia.

Aku dah cuba biar dia on kat PC aku dah 10 minit, and sekarang rasa macam nak muntah.. Sapa yang boleh pecahkan rekod aku? Tahniah sapa yang buat ad tu aku memang salute korang.

Tak dapat tengok? Nah video;

Buggy bharian.com.my

Aku selalu perasan satu bug kat bharian.com.my – tunjuk new lama. Mungkin korang pun pernah perasan. Ada sekali heboh kat twitter pasal bharian tunjuk news result tenis yang dah lama keluar – yang kononnya bharian ni tak up to date – padahal disebabkan oleh funny bugs.

Aku bukak bharian.com.my pagi ni, dan list news yang diorang tunjuk adalah from hari Sabtu last week. Tengok screencap kat bawah;

Kalau tengok upper left area kan tulis “Ahad 19 Sept”, tapi list berita mutakhir tu semua minggu lepas punye (12 Sept.) Ini bukan pertama kali yang aku perasan. Dah banyak kali. Time-glitch? Deja-vu? lol

Kalau tunggu a few hour dia selalunya akan betulkan.

So kepada webmaster bharian, please do something about it. Korang tu mainstream media buat malu la kalau benda macam ni terlepas pandang. Jangan nak kira buat untung dari iklan cepat kaya + kuat seks je dari website anda.

Aku baca bharian sebab dia tak meluat macam utusan meluat. Tapi kalau banyak sangat fenomena camni, nanti korang pulak yang jadi Berita Hairan

Iklan Raya Aidilfitri TV3 macam krismas

Updates 6-9-2010

TV3 dah address an apology kepada viewers pasal isu iklan raya dia yang kontroversi itu. Apapun aku harap tak jadi lagi kes macam ni. Mungkin tak disengajakan, tapi untuk big company macam tu yang ramai pekerja muslim sepatutnya masing-masing peka dengan benda-benda macam ini.

Original Post ;

Iklan Raya TV3 yang macam KrismasAku rasa dah ramai yang tengok iklan dari TV3 untuk Aidilfitri tahun ni. Yes memang badigol sebab ada santa claus pakai kopiah lol

Sejak bila pulak santa claus pakai baju melayu ni?? Ni baru isu hot.

Aku adalah antara fan kerja CM Yasmin yang aku rasa memang susah nak cari pengganti. Tapi iklan TV3 kali ini sangat lah no no no! Ini kot konsep 1Malaysia yang sampai hari ni aku tak faham…