Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) Seremban-KL-Ipoh

Setelah bertahun-tahun menunggu akhirnya siaplah jugak fasa landasan berkembar dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Perjalan pertama ke Ipoh akan bermula pada hari Rabu ini. Harga tiket difahamkan diantara RM10-RM38 untuk perjalanan di antara IPOH ke SEREMBAN. Buat masa ini hanya ada satu kelas disediakan dan kelas bisnes akan ditambah pada fasa yang berikutnya. Tiket sudah dijual di kaunter ETS di KL Sentral, Ipoh dan Seremban sementara di kaunter sementara KTMB di stesen hentian ETS lain.

Ada dua jenis perkhidmatan ETS iaitu Express dan Transit. Perjalanan ETS Transit berhenti pada setiap stesen hentian ETS manakala ETS Express pula hanya lalu tanpa berhenti di stesen hentian tertentu seperti Tapah Road, Sungkai, Slim River dan sebagainya (sila rujuk jadual perjalanan di bawah)

Fasitili dan kemudahan yang disediakan dalam keretapi elektrik;

Soket elektrik (Power socket)
Satu soket disediakan di antara 2 tempat duduk, adaptor akan disediakan oleh pramugari/pramugara sekiranyanya ada permintaan dari penumpang.

Tandas
Dua tandas sedia OKU disediakan pada koc B dan E, juga boleh digunakan dengan kerusi roda.

Kantin
Kantin disediakan di koc C dengan 5 kerusi jenis bar. Pramugari/pramugara juga akan melalui setiap koc bersama Food & Beverages Cart untuk kemudahan penumpang membeli makanan dan minuman.

LED TV
LED TV info dan hiburan disediakan pada setiap kerusi penumpang.

Tempat meletak barang
Tempat meletak barang (Luggage compartment) disediakan tetapi saiz yang agak terhad.

Keselamatan
CCTV beroperasi pada setiap koc untuk tujuan memastikan keselamatan penumpang.

Perkhidmatan Khas
Keutamaan tempat (Priority seating) dan layanan untuk penumpang OKU disediakan.

Mesra Alam
Koc keretapi yang mesra-alam kerana menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

Harga dan jadual perjalanan ETS adalah seperti dibawah;
(Gambar rujukan dari laman web Malayrailway.com )
*Sila klik untuk paparan lebih besar

Tak banyak info yang diketahui berkenaan perkhidmatan ETS ni. Laman web yang ada pun macam jambatan tak siap. Di forum Lowyat ada beberapa user yang sudi menguploadkan gambar-gambar dari luar dan dalam ETS.

DISCLAIMER : Gambar-gambar dibawah ini aku ambil untuk tujuan rujukan dari forum Lowyat.net , dan aku tidak ada hak bertulis terhadap gambar-gambar di bawah. Aku masukkan disini untuk tujuan sharing dan tidak lebih dari itu. Harap maklum.

Fasa seterunya ke Padang Besar sedang giat dijalankan. Nanti senang la kalau nak ulang alik ke KL. Tayah cuak dah naik bas.

Maklumat tambahan boleh didapati di laman web rasmi ETS : http://ets-train.com.my/
Laman web rasmi itu masih dalam pembinaan. Tak banyak info yang ada dan kebanyakan link masih belum berfungsi.

Ada jugak video dari YouTube tunjuk train ini boleh cecah laju 160km/h;

Video interior (low resolution);

Rujukan berita:

6 thoughts on “Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) Seremban-KL-Ipoh”

  1. bile trek dah siap sampai Padang Besar,hopefully KTM dapat tambah kelajuan ETS dari 160km/h kpd 200km/h atau 250km/h.Sebabnya distance antara bandar utama setiap negeri for exampe Ipoh to Butterworth jauh memakan masa agak lama jugak…….ini hanyalah satu cadangan agar ianya dapat dipertimbangkan.Terima Kasih……….

    1. @zack : kalau nak guna track yang ada tu memang tak boleh sebab ada limit. kalau nak laju kena pasang railtrack yang lebih lebar. trek yang ada nk hentam 250 terbang la train nye hehe

  2. Sebenarnya kerajaan malaysia ada nak buat bullet train dari malaysia ke singapura mengambil masa 90 minit….tapi tun dr mahathir kata tak sesuai nak buat bullet train…ada syarikat nak buat namanya YTL sdn bhd…….bullet train tersebut boleh bergerak 360km/sj.

Leave a Reply