Seperti yang pernah disebut dalam entri sebelumnya, pada 19 Feburari 2011 yang lalu, aku berkesempatan untuk menyertai program Wordcamp Fukuoka 2011 (web hanya dalam bahasa Jepun) di Fukuoka (Pulau Kyushu), Jepun. Ini adalah Wordcamp pertama yang aku sertai, setelah terlepas peluang untuk menyertai Wordcamp Malaysia 2010. Bayaran yang dikenakan sangat murah, hanya ¥1,000 (bersamaan RM37), dan percuma untuk pelajar. Hampir 400 orang mendaftarkan diri untuk program ini yang diadakan di 九州産業大学 (Kyushu Sangyo University), dengan lebih dari 350 peserta dipercayai hadir.

Gambar bersama Mr.Miyoshi dan Ms.Naoko
Aku adalah antara peserta terawal yang sampai, disambut barisan urusetia yang comel dan ceria. Sempat juga bertegur sapa dengan Takayuki Miyoshi, pembangun plugin Contact Form 7, plugin kedua popular di WordPress selepas Akismet dengan rekod hampir 3.5 juta muat turun sejak dilancarkan. Aku pernah membuat terjemahan Contact Form 7 versi Melayu tak lama dahulu, dan kami hanya bertegur sapa melaui email dan twitter sahaja. Mr.Miyoshi ini “cool” orangnya, tetapi amat dihormati oleh staff, peserta dan pengguna WordPress di Jepun.

Sebelum pendaftaran juga aku sempat bertemu dengan Ned Watson, pengasas 1080d, syarikat IT yang berpangkalan di New York. Ned juga kelakar orangnya, dan fasih berbahasa Jepun! Dia adalah antara pembangun blog untuk New York Times, MTV dan sebagainya satu masa dahulu, dan kini baru sahaja berpindah ke Fukuoka. Sebagai “speaker” untuk kali ini, dia juga pernah menjadi “speaker” untuk Wordcamp yang lain.

Gambar bersama Mr.Ned Watson.
Sessi pagi dimulakan dengan unconference, dimana peserta memilih secara bebas topik yang ingin dibincangkan. Sessi unconference ni berlangsung selama 1 jam setengah sebelum rehat tengah hari. Unconference adalah platfrom terbaik untuk berbincang dengan pengguna WordPress lain berkenaan apa sahaja, berkaitan atau tidak dengan wordpress.

Sessi petang bermula dengan ucapan pendahuluan oleh Naoko McCracken, Happiness Engineer dari Automattic. Dia yang pernah mengeluarkan buku berkenaan WordPress dalam bahasa Jepun tidak lama dahulu juga salah seorang speaker di Wordcamp Malaysia 2010. Selepas itu ada pelbagai sessi “conference” selama 20-40 untuk satu sessi yang dilangsungkan pada 3 tempat, dengan banyak topik yang membincangkan berkaitan dengan tema Wordcamp pada kali ini iaitu “Publish”. “Genius Bar”, WordPress Theme Workshop juga di adakan pada masa yang sama dan mendapat sambutan hangat peserta.

Wordcamp berakhir dengan “Lightning Talk” (ucapan ringkas) dari beberapa peserta WordPress. Seorang peserta veteran yang berumur hampir 70 tahun, baru mula menggunakan WordPress sejak tahun lalu turut menceritakan pengalamannya mengenali platform ini. Selepas majlis rasmi ditutup, diadakan pula jamuan ringkas, sessi “lightning talk” lain, dan acara memotong kek. Pada masa inilah juga aku mengambil peluang berkenalan dengan hampir 150 orang peserta yang bersama sehingga ke hujung program, dengan kebanyakannya pembangun laman web, system engineers, pembangun plugin dan sebagainya.

Maskot rasmi untuk WordPress Japan juga diperkenalkan buat kali pertama. Nama maskot ini masih belum ada, dan difahamkan WordPress Japan akan memilih nama yang sesuai dari cadangan pengguna buat masa yang terdekat ini.

Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari wordcamp kali ini, dan aku berharap jika ada masa ingin menyertai Wordcamp di tempat lain, terutama sekali di Malaysia.

p/s : Maafkan bahasa yang terlalu surat. Ini untuk memudahkan pengguna wordpress Jepun menterjemah kandungan artikel inin memandangkan aku telah berjanji untuk membuat laporan ringkas dalam bahasa melayu.

Gallery;

Pengalaman bermakna di Wordcamp Fukuoka 2011
Tagged on:             

4 thoughts on “Pengalaman bermakna di Wordcamp Fukuoka 2011

Leave a Reply

%d bloggers like this: