Platform blog paling popular di bumi, WordPress telah lama mengeluarkan versi Android, bertujuan untuk memudahkan pengguna wordpress.com dan self-hosted (dari wordpress.org). Dengan aplikasi ringkas WordPress for Android ini membolehkan pengguna membuat artikel baru, kemas kini posts dan pages,  semak komen dan lihat statistik.

Tak dinafikan bahawa aplikasi android ini adalah antara apps wajib yang aku bukak kalau keluar dari rumah. Kalau dulu kena ada PC untuk check blog, sekarang semua yang asas boleh dibuat menggunakan Android.

Untuk muat turun secara percuma, sila lawat web rasmi di android.wordpress.org/ atau melalui android market.

Selepas install app, anda boleh terus tambah blog, sama ada buat baru secara percuma dari wordpress.com, masukkan username dan password jika sudah berdaftar dengan wordpress.com, atau masukkan URL, username dan password untuk blog yang dihost sendiri pada server anda.

* Jika mengggunakan self-hosted blog, pastikan anda pilih check box pada setting [Remote Publishing] dari menu Settings >> Writing pada WordPress Dashboard.

Dashboard untuk android wordpress adalah seperti gambar di bawah, ada tab Comments, Posts, Pages dan Stats. Pada tab Comments, pengguna boleh approve/unapprove, delete, reply atau tanda sebagai spam. Pada bahagian bawah sebelah kanan, ada refresh button untuk dapatkan komen yang terkini.

Pada tab Posts dan Pages ada tersenarai semua entri dengan tarikh entry dibuat. Dengan tap pada entry, pengguna boleh buka entri, lihat komen pada artikel, edit, padam dan kongsi URL menggunakan tools yang ada bergantung pada device (twitter, facebook, flickr, tumblr dll.)

Tap pada butang [+], pengguna boleh tambah artikel baru. Fungsi asas seperti upload gambar, masuk tag dan pilih kategori sudah ada pada aplikasi ini. Pada versi terkini (WordPress Android 1.4.1) , pengguna boleh pilih untuk publish entri pada tarikh yang disukai. Bagaimanapun WYSIWYG editor masih belum dapat dimuatkan, walaupun rasanya tidak menjadi masalah untuk kebanyakan blogger.

Satu lagi fungsi yang boleh diguna pada aplikasi ini adalah statistik. Pengguna boleh memilih untuk memaparkan statistik blog mereka berdasarkan jumlah views keseluruhan, post, referrers, kata carian dan klik pada hari berkenaan atau sehingga setahun sebelumnya dan sejak dari pemasangan plugin.

*Pengguna self-hosted blog perlu memasang plugin WordPress.com Stats terlebih dahulu pada blog mereka.

Aplikasi ini turut menyokong comment notifications pada peranti android. Kekerapan kemaskini boleh dipilih setiap 5, 10, 15 dan 30 minit serta 1, 3, 6 dan 12jam, atau sekali sehari dengan notis bunyi, vibration dan blink notification (bergantung kepada android device). Auto tagging untuk semua post dari android juga boleh ditetapkan.

Sehingga WordPress Android Versi 1.4.1, ada beberapa fungsi yang tiada dan mungkin membantu pengguna wordpress seperti;

1. Edit comments
2. Carian post/pages entries, comments, tags.
3. WYSIWYG editor.
4. Tambah custom-fields
5. Sokongan post revisions
6. Edit post permalink
7. Set feature image
8. WordPress widget pada android device
9. Plugin access

WordPress for Android ini masih baru dan pembangun aplikasi sedang giat memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Aplikasi percuma – WordPress for Android
Tagged on:                                     

Leave a Reply

%d bloggers like this: