Anda mungkin pernah jumpa ayat seperti “Capo:2” atau “Capo pada fret ke-3” semasa membaca tob/kod pada website tablature ataupun music score sheet. Tapi apa benda nya CAPO tu? Macam mana pulak nak sebut nya ni? KA-PO ke CHA-PO ke CAP – OWH?? Artikel ini akan menjawab kemusykilan anda berkenaan apakah itu capo.

Apakah itu capo atau capotasto atau capodastro?

Capotasto (dari bahasa Itali bermaksud ‘Head-Tie’) atau dipendekkan sebagai Capo (selalu dibaca sebagai KA-PO dalam melayu atau KAY-POE in english), adalah aksesori muzik yang diguna untuk memendekkan pitch dari nut ke saddle pada gitar, juga diguna pada sesetengah alat muzik bertali lain seperti mandolin dan banjo. Capo pada am nya akan menekan keseluruhan tali pada satu fret. Bagaimanapun ada jenis capo yang hanya menekan tali ke-2, ke-3 dan ke-4. atau tali ke-3, ke-4 dan ke-5 sahaja. Capo jenis ini selalu dipakai untuk banjo dan permainan akustik gitar secara fingerstyle.

Apakah matlamat penggunaan kapo?

Seperti yang dikatakan sebelum ini, dengan memasang capo di atas fret pada neck gitar, jarak pitch tali akan dipendekkan, bermakna anda boleh main kod yang tinggi dengan posisi jari pada kod yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika anda meletakkan capo pada fret ke-2, anda boleh memainkan kod satu oktaf tinggi dari kod biasa. Rujuk gambar dibawah;

Gambar pertama dan kedua dari atas adalah  kod C dan D dengan posisi jari asal tanpa menggunakan capo. Gambar ke-3 pula adalah kod D dimainkan pada posisi jari yang sama dengan kod C setelah memasang capo pada fret yang kedua.

Bila masa yang sesuai menggunakan capo?

Berbalik kepada tujuan menggunakan capo, untuk memainkan kod tinggi dengan posisi kod rendah. Ada sesetengan lagu yang menggunakan kod separuh ton tinggi atau rendah dari kod major asas. Sebagai contoh Kod C#(atau Db)  adalah separa ton tinggi dari kod asas major C. Posisi jari untuk kod C# agak rumit dan sukar dimainkan terutama pemula gitar. Oleh sebab itu lebih mudah jika pemain memasang capo pada fret pertama dan boleh memainkan kod C# dengan posisi jari kod C. Dengan kata lain, jika anda boleh main 7 kod asas gitar, anda boleh main apa sahaja hampir semua kod yang ada semasa membaca tab atau music sheet.

Dari segi penjagaan dan jangka hayat gitar, aku lebih suka menggunakan capo, walaupun bukan bertujuan untuk memainkan kod tinggi. Apa maksudnya? Semasa latihan aku suka mengendurkan tali gitar satu oktaf lebih rendah – mengurangkan tegangan tali, boleh mengelakkan dari neck melengkung atau bridge keluar/rosak. Maksudnya tune gitar bukan dengan E-A-D-G-B-E, tetapi dengan D-G-C-F-A-D. Kemudian pasang capo pada fret kedua, dan boleh main dengan kod biasa. Dengan kata lain, capo juga berfungi sebagai pengganti kedudukan nut gitar.

Selain itu, ada juga genre atau tema lagu yang lebih sesuai dimainkan dengan kod pada oktaf yang lebih tinggi. Penggunaan capo dapat memudahkan permainan dan memberi mood kepada lagu.

Apakah jenis-jenis capo yang ada di pasaran dan berapa harganya?

Di  bawah ini ada ditunjukkan beberapa jenis capo yang biasa didapati di kedai muzik atau dari internet. Jangan tanya capo mana yang terbaik kerana ia subjektif. bagus atau tidak itu bergantung kepada jenis gitar dan kegemaran sendiri seperti design, berat, bentuk, bahan, harga etc. Harga capo juga berubah mengikut pasaran. Selalunya berharga dari RM10-100 mengikut jenis, jangka hayat dan jenama. Untuk pemula, jika tak pasti pilih harga yang berpatutan sekitar RM15-30. Anda boleh buat sendiri kalau tak mampu.

 
  

Contoh-contoh jenis capo mengikut turutan gambar.

  1. Dunlop elastic capo – antara yang termurah, tetapi getah mudah kendur jika kerap dipakai (jangka hayat 6 bulan – 2 tahun).
  2. Kyser quick-change capo – capo paling popular, sangat mudah dipasang dan tahan lama, tetapi kekuatan kemasan tidak boleh dilaraskan.
  3. Glider capo – kedudukan capo boleh dibuah dari fret ke fret lain dengan sangat mudah, tetapi spring besi boleh merosakkan finishing gitar terutama gitar yang mempunyai fret yang lebar, tidak sesuai dipakai pada gitar klasik dan perlu dipasang dengan berhati-hati.
  4. Shubb Deluxe S capo – mudah dipasang, kekemasan grip boleh diubah mengikut gitar, tetapi kelemahan capo ini adalah memerlukan masa semasa mengubah kedudukan fret kerana perlu laras kembali kekemasan grip terutama jika beza kelebaran neck gitar yang ketara.
  5. D’addario Planet Waves NS capo – tahan lama, kekemasan grip boleh laras semasa pemasangan, tetapi memerlukan masa.
  6. G7th Performance capo – sangat mudah dipasang dan dilonggarkan, digelar revolusi capo abad ke-21, tetapi harga yang agak mahal.

Capo di sebelah ini pula adalah ‘partial capo‘ buatan shubb. Seperti yang dicerita pada awal artikel, capo jenis ini digunakan untuk menekan tali ke 3, 4 dan 5 sahaja. Perhatikan bahagian getah atas yang agak pendek jika dibandingkan dengan capo biasa. Aku pernah main lagu dengan teknik fingerstyle menggunakan capo jenis ini. Mungkin kerana tidak biasa, jari selalu tersangkut dengan bahagian bawah (lock lever?) capo semasa mahu menukar kedudukan jari ke sebelah atas fret yang ditekan capo.

Semasa membuat rujukan di internet, aku ada terjumpa capo buatan sendiri. Anda juga boleh buat sendiri dirumah, hanya memerlukan sebatang pensel yang cukup panjang, dan beberapa keping getah bulat yang tebal. Rujuk gambar bawah, rasanya tak payah cerita pun boleh tahu macam mana nak buat : P

 

Apa yang perlu diambil kira semasa hendak membeli capo?

Capo dijual dalam pelbagai jenis, bentuk dan harga. Rujuk kembali contoh di atas sebelum membeli gitar. Perlu diingat juga walaupun kebanyakan capo dibuat dalam saiz universal, ada juga yang dijual hanya untuk jenis gitar akustik, elektrik dan klasik, kerana bahan dan saiz yang berbeza. Permukaan fretboard gitar klasik lebih rata (flat) berbanding akustik yang agak melengkung (curvy) sementara fret gitar elektrik lebih nipis. Jangan sampai salah pilih. Aku syorkan bawa gitar ke kedai, tanya penjual dengan baik sekiranya boleh dicuba memasang capo pada gitar sebelum membeli. Rasanya tiada masalah jika kedai ada sample atau capo tidak di’seal’ dalam pakej etc. Ada juga polisi kedai yang tidak membenarkan pelanggan mencuba barangan sebelum dibeli.

Selamat berjaya!

Aksesori gitar : Apa itu Capo?
Tagged on:                             

31 thoughts on “Aksesori gitar : Apa itu Capo?

  • August 12, 2011 at 10:45 pm
    Permalink

    terima kasih . artikel yg sangat berguna 😉

    Reply
  • August 22, 2011 at 11:28 am
    Permalink

    agok2…. harhe market price dia selalu bapew ek klu bli niew…. takot kene tipu dgn tokey tu jew…. sbb ari tu aq jnji nk beli beg gutar… tq x jdi, sbb mmber rekomen beg lagi baek… bayangkan beg kdai tu harge90 tp, sbb rosak dia nk jual 60 ja…. then aq call member aq dia cakap boleh dapat 35 ja! dari kedai laen… jenis bag same… cume material jew laen..60 tu matarial pvc klu kene ujaan x basah kot.. 35 kanves jew… kira ok apew.. jnji aq boleh bawak beg dgn begayanye,hahah… pki pvc pon bkn nye nak redah ujan pon gutar,gilo apo..huhuh… tu la citer nyew….

    tlg yew sinior … aq biginer lagi… left hand player*

    Reply
  • September 4, 2011 at 12:07 pm
    Permalink

    bro , hujung tangan aq sakit kalau main gitar . guna gitar kapok . kalau nak tuka string nylon or extra light boleh ke ?

    Reply
      • December 26, 2013 at 9:01 pm
        Permalink

        Bro kalo gitar acoustic tukar string electric bleh x? Sbab wa suka main bend2 tali ni.. haha

        Reply
        • December 30, 2013 at 7:36 pm
          Permalink

          Tali gitar elektrik hanya sesuai untuk gitar elektrik.

          Reply
  • September 5, 2011 at 12:22 am
    Permalink

    ohh . mane satu better eh ?

    Reply
  • September 17, 2011 at 5:31 pm
    Permalink

    broo…yg capo jnis glider agak2 standard price bape?

    Reply
    • September 17, 2011 at 7:04 pm
      Permalink

      @kudaperak – harga aku tak tahu berapa

      Reply
  • February 7, 2012 at 11:54 pm
    Permalink

    bang harga glider capoo braapaa siih ??
    bliinya dimaanaa pliiss kasih tau ??

    Reply
  • May 1, 2012 at 10:54 pm
    Permalink

    nice info bro. aku baru jer beli capo rega rm15 (ke 20? x ingat hehe) kat shah alam. tapi kadang2 confuse dengan capo transposition guide kat internet, rase cam ada salah..tapi x tau la takut telinga aku ni kut yg salah dengar. ;p

    Reply
    • May 8, 2012 at 2:20 pm
      Permalink

      Bayangkan position capo tu macam nut. Aku tak pernah refer pun chart tu.

      Reply
  • May 27, 2012 at 5:05 am
    Permalink

    salam bro nk tnye skit ni.. biasenye capo ni pasang kt fret yg keberapa?tanpa mengubah structur asal chord..cth mcm pkai kt fred 3, klau main yg kod biasa agk tinggi tp sedap..tp problm klau main chord sharp die jd terlampau tinggi..klau fred 2 mcm sumbang skit..alu pkai standart tuning..

    Reply
    • May 27, 2012 at 2:11 pm
      Permalink

      Fret ke berapa itu ikut sendiri (aku dah tunjuk contoh dalam artikel ni, baca balik). Tuning memang akan lari sikit kalau capo pada fret 3,4,5 dan seterusnya. Perlu tuning kembali gitar kalau tune lari.

      Reply
  • August 17, 2012 at 2:06 pm
    Permalink

    Salam bro .. klau pasang capo pastu tekan kord, position dia sama ke?

    Reply
    • August 17, 2012 at 3:29 pm
      Permalink

      Tak faham soalan.. Tekan macam mana?

      Reply
  • September 19, 2012 at 10:11 pm
    Permalink

    nak tekan chord la.. klau pasang capo tu dia letak je pstu main mcm biasa ka dia kena ubah position mcm D ke position jari cjord C

    Reply
    • September 20, 2012 at 9:21 pm
      Permalink

      Cuba explain detail aku tak paham. Nak main kod apa? Capo dekat fret ke berapa?

      Reply
  • November 3, 2012 at 9:32 pm
    Permalink

    bro klau contoh dye bg kod A# C#m G# boley tukar kod2 nie gn basic kod klau gune kapo ke? klau ye mcm mne tu?

    Reply
  • August 17, 2013 at 7:57 pm
    Permalink

    Abang Zairul , as a beginner yang baru nk belajar main guitar dan merupakan SPM Candidate tahun ni , tali guitar(string) tu kena setting dulu ke ? setting macam mana ea ? and memang susah ea nk biasakan diri dengan chord . Masa main chord C,D,G,Em memang susah nak tukar jari ke chord seterusnya . Susah gila . Geram nak hancurkan pulak guitar tu . huhu . Owh , satu lagi Capo tu penting ke untuk saya yang baru nak belajar main gitar ni ?

    Reply
    • August 3, 2015 at 1:00 am
      Permalink

      Xpe,blaja pelan2.. klu mmg minat sgt nak main, sekejap je dpt tu.. sy blaja dlm msa seminggu..

      Reply
  • April 28, 2014 at 3:25 pm
    Permalink

    salam bro,sori,.wa xpham pasal capo2 nie,.pening!! tapi teringin nak maen mgunakan capo…statement bro kat atas tu, kalau capo dletakan pada fret ke2,.pastu kord D boleh dimainkan dengan kedudukan jari kord c kan,.macam mana pulak dengan kedudukan jari kord C???,dan kord yg lain???ahh,.pening…tlong jelaskan bro..huhu

    Reply
    • April 29, 2014 at 6:09 am
      Permalink

      Jika capo diletak pada fret kedua, kod asal dimainkan dengan posisi kod satu oktaf kebawah. Contohnya, kod C dimainkan dengan posisi jari kod B. Kod G dimainkan dengan posisi jari kod F.

      Reply
  • February 6, 2015 at 10:11 pm
    Permalink

    apakah capo bisa untuk gitar listrik

    Reply
    • March 13, 2015 at 8:07 am
      Permalink

      Ya, boleh.

      Reply
  • May 12, 2016 at 1:18 pm
    Permalink

    capo untuk gitar kapoc ade ke ?

    Reply
  • July 2, 2016 at 2:15 am
    Permalink

    Sy ada gitar jenama techno,and sy beli string jenis light jenama Alice but,bunyi dia rase cam nak buat menangis je bila strum..ade tak sesiapa yg tau jenis string mcm mne sesuai utk techno? Kalau tau silelah kasi tau…

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: