Sejak dilancarkan beberapa tahun lalu, aku adalah antara pelanggan RSS reader dari google iaitu google reader. Jika dulu hanya diguna malalui PC, dengan berkembang pesatnya penggunaan smartphones, Google Reader terus menjadi pilihan ramai untuk menyemak laman web dan blog yang suka dilawati. Aplikasi google reader rasmi untuk peranti android boleh didapati di android market, tetapi mungkin kerana mementingkan muka pengantaraan yang ringkas, kelajuan dan prestasi, aplikasi android yang ada agak terhad fungsinya.

gReader Pro oleh Noinion adalah aplikasi pilihan aku sebagai alternatif untuk melanggan google reader. Ia boleh dibeli di market dengan harga sekitar USD$5.49 (sekitar RM17 pada masa artikel ini dibuat). Anda boleh mencuba aplikasi percuma (gReader Free) terlebih dahulu dengan sokongan iklan dan beberapa fungsi yang tidak dimasukkan.

Antara fungsi kegemaran aku;

  • 2-Way Sync: Penyelarasan item bacaan serentak antara gReader dan Google Reader, membolehkan artikel dikemas kini serentak.
  • Offline reading: Muat turun laman web ke phone atau SD untuk paparan semasa offline
  • Folders / Tags: Susun artikel berdasarkan fail atau tag
  • Managing subscriptions: Langgan/Nyahlanggan feed secara terus dari gReader
  • Auto synchronization: Penyelaran artikel secara automatik selepas satu tempoh masa
  • Notification: Notifikasi semasa kemas kini
  • Sharing: Kebolehan kongsi artikel dari dalam aplikasi dengan satu klik
  • Widgets: Wijet dengan paparan jumlah artikel yang belum dibaca
  • Night Mode: kebolehan paparan songsang warna siang dan malam
  • Fullscreen

Harga aplikasi ini mungkin agak mahal, tetapi pada aku sangat berbaloi untuk dibeli. Jika anda tak kisah dengan paparan iklan boleh sahaja download versi percuma.

  

 

  

 

  

 

  

 

  

 

Aplikasi Google Reader pilihan untuk android : gReader Pro
Tagged on:                                 

One thought on “Aplikasi Google Reader pilihan untuk android : gReader Pro

Leave a Reply

%d bloggers like this: