Dalam artikel ni aku nak tunjukkan 7 kod asas gitar yang wajib kena belajar untuk beginner, iaitu C, Dm, Em, F, G, Am dan B7. Banyak tab gitar kat Zairul.com yang pakai kord-kord ini, so kalau nak main lagu melayu kapok-style especially lagu rock, pop 90-an, hafal dan banyakkan prektis.
Dalam setiap gambar tu ada disediakan sekali rajah dot fingering (kat penjuru atas sebelah kiri) untuk senang check tali dan fret mana yang perlu ditekan, dimain secara open atau mute. Gambar kedudukan jari itu juga sebagai contoh sahaja, yang paling penting keselesaan jari gitaris semasa main gitar.
Sapa yang ada twitter atau facebook boleh klik butang share kat atas.
UPDATE Aug 7th, 2011
Maksud simbol pada penjuru atas kiri gambar;
Tanda ‘x’ = Mute (tak perlu petik tali, atau sentuh tali untuk matikan bunyi)
Tanda ‘○’ = Open string (petik sahaja tali tanpa perlu tekan mana-mana fret)
Tanda ‘●’ = Play string (petik tali sambil tekan pada kedudukan fret yang ditunjuk)
Selamat berjaya.








Salam.kod asas ni pun sesuai untuk gitar klasik ke
Salam,
Bro… senang tak nak belajar main guitar? I am a teacher… Saya nak belajar main guitar coz nak perbanyakkan cara mengajar kat budak2 skolah.. (bukan ajar budak main gitar yew..
).. I think teaching children sambil menyanyi will be MORE FUN… So, ingat cuti skolah ni nak belajar… So what should I do first? Or better pegi daftar kat YAMAHA skool ??? Please guide me… THANKS!
Ada basic music? Or boleh main apa2 alat muzik? (selain percussion like drum, kastanet, tamborine etc)
chord E7 mcm na??boleh tunjuk ajar x????
Kod E7 : http://bit.ly/Vq2BOt
abg zairul cam ner nk wt yg f tu susah la//?
Tgk ni: Teknik belajar menekan Kod F dan Fm
okey2 Thanx
berapa lama kh seseorang itu pandai bermain gita kpok kerana saya baru berjink 2 dlm bidang pergitaran ni
Tengok usaha.
thank you so much blog ni memang brguna untk orang yg mcam sy yg baru merangkak nk main gitar…memang brguna sgt2…..
sye mnt main alat mzik.,tp nk try main guitar dlu..agk2 sye plu bljr kod yg mne dlu ek?
Kod C,
bro , kord ni yang paling basic dalam guitar lessons or ade yg lagi basic dari yg ni ?
Ya
macam mana cara nak pegang pemetik gitar tuh ? *kedepan jari atau kebelakang ?
ada cord yng lebih senang nak diingat…..??
Tak ada.
B minor macam mana ?
jari anak susah la…mcm kears gitu …cmne nk bg lmbut?
Banyakkan latihan.
bro,kod f tu kan,jari kat blakang tu yang menegak tu kena tutup saje ke kena tekan???
Tekan.
hhhmmm… yes skrg ewa dh pndai men gtar..
hahaha
Nice. Prektis lagi.
thanks ,saya akan belajar nanti
Bm mcm mane bro zairul
aq da bnyk kali men tpy x dpt ag
lgu pling snang for beginner ?
Are you sleeping brother John.
nak jadikan awk cikgu gitar sy blh?
hehee
Boleh. Tapi saya charge mahal..
Kod ni sesuai utk kedua2 jenis gitar? Classical atau akustik?
Sesuai untuk semua gitar yang menggunakan 6 tali.
Nice blog. Teruskan usaha.. sy pun main gitar. cuma sy msh mengalami masalah utk cari kord lagu yg match dgn suara kwn yg nak menyanyi atau apa2 kord lagu yg sy xdpt cari dlm internet. ada tips tak?
TQ
Tiada teknik mudah selain dengar dan tiru bunyi. Pilih 1 atau 2 bunyi dulu, baru agak2 kod apa yg guna not itu.
gitar saya x tuning lagi. agak2 masih boleh blajar chord ni ke walaupun gitar x de tune?
Boleh tune dulu. Rujuk artikel “Panduan Asas Tuning Gitar”.
Assalam..bro..susahnye nk bljau gitar ni…jri hbis dh..tpi msih blum boleh mnguasai..huhu…sy akn cuba lgi..huhu ^_^ v
Bro. F tu kan klu yg dkt basic guitar yg bro kasi tu nmpak mcm E dgn Em .. dah pening dah ni xD
Posisi jari ikut macam gambar.
Tolong ajar cye main gitar
bro , kalaw pkai capo cmne ah ? x phm
Rujuk artikel Aksesori gitar : Apa itu Capo.