Aplikasi rasmi Facebook versi Android 1.8.0 telah keluar sejak semalam seperti yang diketahui pengguna android lain. Perbezaan yang ketara terutama pada user interface, versi baru ini tampak lebih kemas dan agak laju berbanding versi sebelumnya. UI nya hampir sama dengan versi mobile (m.facebook.com), oleh itu jika anda sudah biasa menggunakan versi mobile, rasanya tiada masalah menggunakan aplikasi ini.

Di bawah ini aku tunjukkan beberapa contoh perbezaan pada versi baru dan lama.
Versi 1.7.2 (gambar kiri) & Versi 1.8.0 (gambar kanan)

 

Icon terbaru pada aku lebih kemas dalam bentuk list.Jika klik pada 3 bar pada bucu atas kiri, menu akan keluar dari sidebar. Apa yang menarik adalah senarai dan turutan fungsi atau aplikasi adalah sama dengan versi browser komputer. Dengan kata lain anda boleh ubah senarai utama menu pada browser dan ia akan turut ditukar pada facebook app.

 

Ini adalah muka “News Feed”. App terkini sudah ada fungsi ‘Pull down to refresh’. Sebelum ini perlu klik menu dan tekan refresh, jadi lebih mudah. Bar atas juga berbeza, boleh akses setting, friend request, message dan notification. Juga boleh pilih jenis paparan feed.

 
 

‘Notifications’ yang terkini nampak agak sempit, secara peribadi aku lebih suka paparan pada versi lama kerana lebih luas, tak perlu scroll banyak ke bawah.

 

Walaupun tiada perubahan yang ketara pada muka status, photo etc kecuali beza layout pada bar atas dan bawah, dari segi performance, versi terbaru ini lebih laju dan senang digunakan berbanding dari yang lama.

 

 

 

 

Dengan app terbaru ini anda juga boleh edit account & privacy setting, sesuatu yang mungkin tidak dilakukan dengan android, tetapi sekurang-kurangnya kita ada pilihan. Setting untuk aplikasi pula tiada perubahan.

Apa pendapat anda tentang aplikasi ini?

Tagged on:                             

3 thoughts on “Aplikasi Facebook for Android v1.8.0 – Apa yang terkini?

  • December 9, 2011 at 12:42 pm
    Permalink

    lepas aku update, SMS login approval dah tak sent to henset aku. Now aku dah takleh login via facebook for android, unless aku disable Login Approval for unrecognized devices (which is aku takkan disable). So as for now, m.facebook.com aje lah jawab nye. hehe

    Reply
    • December 9, 2011 at 9:58 pm
      Permalink

      hmm tak perasan pulak sbb aku pun enable jugak

      Reply
    • December 11, 2011 at 4:15 pm
      Permalink

      Yupp aku dapat je email notification. Maybe sebab email, bukan SMS..

      Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: