Teknik belajar menekan Kod F dan Fm

Antara soalan popular di Zairul.com, bagaimana nak main kod F, Fm? Kenapa tekan kod F bunyi tersangkut-sangkut? Kalau jari pendek nak buat macam mana?

Artikel ini akan menceritakan cara yang difikirkan sesuai untuk master kod F, Fm dan seterusnya.

Di bawah ini adalah contoh kedudukan jari untuk kod F.

Masalah yang selalu dirungut pemula gitar adalah kesukaran untuk menekan fret pertama pada tali yang ke-6 (tali diameter paling besar). Semasa mula belajar main gitar saya juga mengalami masalah ini. Otot jari pada awalnya tidak cukup kuat untuk memegang dan menekan tali gitar ke fret, selalunya tiada masalah jika selalu membuat latihan jari misalnya.

Sebenarnya anda boleh menekan dengan mudah, dengan cara berlatih terlebih dahulu kod Fm (baca=F minor). Kod Fm ini tidak saya tunjukkan dalam artikel Belajar 7 kod asas gitar untuk pemula kerana agak jarang digunakan pada lagu-lagu mudah. Kod Fm adalah seperti di bawah;

 

Perhatikan fret kedua pada tali yang ke-3, fret ini tidak perlu ditekan. Kod Fm adalah kod F yang di”minor’kan. Ibu jari digunakan untuk menyokong bahagian belakang fingerboard.

Bagaimanapun, masih ada masalah menekan kod ini iaitu sukar menekan kesemua tali pada fret pertama dengan satu jari telunjuk. Cara latihan yang sesuai adalah dengan menekan semua tali dengan jari telunjuk sambil disokong dengan jari tengah/hantu (lihat gambar di bawah) ;

   

Perbanyakkan latihan menekan kod Fm dengan cara ini. Kemudian cuba tekan Fm tanpa sokongan jari tengah/hantu. Jika anda sudah berjaya menghasilkan bunyi yang clean tanpa ada sangkut mana-mana bunyi, tahniah kerana anda sebenarnya sudah boleh tekan kod F dengan mudah.

Selain itu ada yang bertanyakan soalan bagaimana kalau jari pendek atau tidak cukup tenaga untuk tekan tali ke-6 untuk memainkan kod F. Anda sebenarnya boleh tekan tali ke-6 fret pertama dengan ibu jari. Lihat gambar di bawah;

 

Teknik juga boleh menghasilkan bunyi kod F yang ‘clean‘. Cuma pastikan ibu jari menekan ke arah fingerboard dan bukan menolak ke arah tali ke-5 kerana jika terlalu hampir, tali akan tersentuh dengan jari manis yang menekan fret ke-3 pada tali ke-5.

Itu sahaja tutorial buat kali ini, selamat berjaya 🙂

 

Author: Zairul

I’m a mechanical designer, working in an engineering company in Japan for 7 years, currently working in Indonesia, a husband and a father, I love guitar, music, android and internet in general.

17 thoughts on “Teknik belajar menekan Kod F dan Fm”

  1. bro teknik yg bro tunjuk ntk jari pendek uw x bkesan la coz jari manis gn jari kelingking uw x smpai n klau smpai pon msti laga gn tali bwh sbb tapak tgn saya comel n jari x bpe pnjang

    1. Assalmualaikum…..emm sebenarnya kita kena faham btl2 konsep utk membentu sesuatu kord….syarat asas pembentukan sesuatu kord gitar ialah…..kord terbentuk daripada gabungan sekurang kurangnya 3 not. Sebagai contoh kord c major….terbentuk dari gabungan C, E dan G.pemain lead guitar misalnya selalu menggunakan form2 sebegini bagi memudahkan mereka beralih daripada soloing kpd rythm dlm masa yg pantas.so tak perlulah dirisaukan sangat pasal penjarian tu…yg penting syarat asa dipenuhi.wassalam

    1. 1, 3 dan 5…..1 adalah root note.sbg cth not C..maka not ketiga ialah E, seterusnya not kelima iaitu G.petik ketiga not serentak dgn megabaikan tali yg lain (kecuali tali yang berada di kedudukan di antara not2 tersebut) anda sebenarnya tlh membentuk satu kord, iaitu kord C.tak caya cuba buat dan dengar soundnya.kalau ada kawan yg tngh strumming rythm dlm kord C…cuba korang petik satu persatu not tadi berulang-ulang dgn sedikit dan urutan boleh korang buat suka hati asalkan not pertama dan terakhir ditekan adalah C….kirang sebenarnya telah memainkan teknik arpeggio. Dah jadi sebuah phrase atau lead pendek.nah korang dah mula main lead.

  2. untuk latihan dasar menekan chor F memang sangat susah,,
    bukan susah lebih tepatnya jari telunjuk kita belum mempunyai kekuatan untuk menekan full string !
    itu hal yang alami,, biarkan saja , nanti juga pasti cengkraman jari untuk menekan chord pasti bisa empuk sendiri
    ‘lagi pula chord balok sebenarnya tidak bisa di akalin atau dihindari…..semua bentuk chord yang ada pada gitar adalah sama dengan F

Leave a Reply