Terima kasih kerana melawat Zairul.com

Saya baru mendapat email dari Google mengatakan Zairul.com telah melanggar polisi program Adsense dan semua iklan telah digantung buat sehingga diluluskan kembali oleh pihak Google.

Saya tidak tahu apa yang menyebabkan tiba-tiba diberi amaran begini kerana tidak pernah menukar apa-apa pun tema atau design blog sejak awal tahun ini. Mungkin penggunaan plugin tertentu yang memberi konflik pada sistem mereka.

Saya telah menukar tema blog ini kepada tema default WordPress, mungkin agak menyukarkan anda mencari artikel berbanding tema yang lama.

Saya harap ini adalah masalah teknikal sahaja kerana Adsense adalah sumber pendapatan utama blog ini yang membolehkan ia dipaparkan dengan percuma.

UPDATE : Semua artikel berkenaan gitar dan tab masih ada di sini. Anda boleh guna fungsi carian di sidebar.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Zairul Azmil.

Pengumuman : 19 Nov 2012
Tagged on:         

One thought on “Pengumuman : 19 Nov 2012

  • November 20, 2016 at 3:56 pm
    Permalink

    turut prihatin gan, tetap semangat posting ya gan. 😀

    Reply

Leave a Reply

%d bloggers like this: