Teknik belajar menekan Kod F dan Fm

Antara soalan popular di Zairul.com, bagaimana nak main kod F, Fm? Kenapa tekan kod F bunyi tersangkut-sangkut? Kalau jari pendek nak buat macam mana?

Artikel ini akan menceritakan cara yang difikirkan sesuai untuk master kod F, Fm dan seterusnya.

Di bawah ini adalah contoh kedudukan jari untuk kod F.

Masalah yang selalu dirungut pemula gitar adalah kesukaran untuk menekan fret pertama pada tali yang ke-6 (tali diameter paling besar). Semasa mula belajar main gitar saya juga mengalami masalah ini. Otot jari pada awalnya tidak cukup kuat untuk memegang dan menekan tali gitar ke fret, selalunya tiada masalah jika selalu membuat latihan jari misalnya.
Continue reading “Teknik belajar menekan Kod F dan Fm”

Koleksi tab dan sheet music..

Beberapa tahun dulu aku ada beli banyak tab dan sheet music dari pelbagai genre, rock, pop, ballad etc. Semasa mengemas rumah untuk buang barang-barang lama semalam aku terjumpa koleksi harta karun yang aku suka..

Apa tab atau sheet music yang anda pernah beli?

Announcement : Blog dibuka semula

Assalamualakum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi melawat Zairul and the Blog.

Buat pengetahuan semua, pada pertengahan December 2011 database dan fail wordpress blog ini telah diserang oleh beberapa malware. Ia telah dikesan oleh XServer, hosting pelayan untuk Zairul.com.

Oleh itu ‘Zairul and the Blog’ telah ditutup buat sementara sehingga 21 Jan 2012 untuk kerja-kerja pasang semula sepenuhnya wordpress, gambar, pelekatan dan juga pangkalan data. Semua fail dan plugin serta database telah dikemaskini, beberapa plugin penguat sekuriti juga telah dipasang dengan harapan tiada lagi anasir lain yang merencatkan perjalanan dan misi portal blog ini.

Bagaimanapun blog ini masih belum siap sepenuhnya, ada beberapa perkara lagi yang ingin saya siapkan sedikit demi sedikit, apapun anda semua boleh akses blog ini seperti biasa dan fungsi komen juga telah diaktifkan kembali.

Facebook PageFacebook page untuk blog ini berjalan seperti biasa, sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang sudi untuk promosi dan ‘Like’.

TwitterKepada pengguna twitter anda boleh follow saya di twitter. Saya menggunakan id @zairvl. Terima kasih kepada yang sudah follow.

GooglePlusPengguna GooglePlus juga dialu-alukan untuk menambah akaun saya ke circle anda. Profil GooglePlus.

Sekian harap maklum,

Zairul Azmil

20 hadiah untuk geeks

Tak tahu nak bagi hadiah apa?

Cuba sarung bantal icon Photoshop, Flash, Dreamweaver etc from Adobe?

Atau mug yag boleh dikacau dengan sendiri?

Atau juga hadiah cincin LEGO untuk teman wanita?

Lagi gambar dan idea di 20 Emergency Holiday Gifts For Geeks

Aplikasi Facebook for Android v1.8.0 – Apa yang terkini?

Aplikasi rasmi Facebook versi Android 1.8.0 telah keluar sejak semalam seperti yang diketahui pengguna android lain. Perbezaan yang ketara terutama pada user interface, versi baru ini tampak lebih kemas dan agak laju berbanding versi sebelumnya. UI nya hampir sama dengan versi mobile (m.facebook.com), oleh itu jika anda sudah biasa menggunakan versi mobile, rasanya tiada masalah menggunakan aplikasi ini.

Di bawah ini aku tunjukkan beberapa contoh perbezaan pada versi baru dan lama.
Versi 1.7.2 (gambar kiri) & Versi 1.8.0 (gambar kanan)

 

Icon terbaru pada aku lebih kemas dalam bentuk list.Jika klik pada 3 bar pada bucu atas kiri, menu akan keluar dari sidebar. Apa yang menarik adalah senarai dan turutan fungsi atau aplikasi adalah sama dengan versi browser komputer. Dengan kata lain anda boleh ubah senarai utama menu pada browser dan ia akan turut ditukar pada facebook app.

 

Ini adalah muka “News Feed”. App terkini sudah ada fungsi ‘Pull down to refresh’. Sebelum ini perlu klik menu dan tekan refresh, jadi lebih mudah. Bar atas juga berbeza, boleh akses setting, friend request, message dan notification. Juga boleh pilih jenis paparan feed.

 
 

‘Notifications’ yang terkini nampak agak sempit, secara peribadi aku lebih suka paparan pada versi lama kerana lebih luas, tak perlu scroll banyak ke bawah.

 

Walaupun tiada perubahan yang ketara pada muka status, photo etc kecuali beza layout pada bar atas dan bawah, dari segi performance, versi terbaru ini lebih laju dan senang digunakan berbanding dari yang lama.

 

 

 

 

Dengan app terbaru ini anda juga boleh edit account & privacy setting, sesuatu yang mungkin tidak dilakukan dengan android, tetapi sekurang-kurangnya kita ada pilihan. Setting untuk aplikasi pula tiada perubahan.

Apa pendapat anda tentang aplikasi ini?