Category Archives: Berita

Tab/kod gitar..

Back to popular demand, lepas seminggu raya baru dpt update tab.. Byk dapat mel mintak tabkan lagu M.Nasir la, Zainal Abidin la, Ning la, Peterpan la, Sheila Majid, Raihan.. Raihan? Raihan nk tab camne? Sabar ye tuan2 dan puan2.. Selagi boleh, aku tabkan.. hehe.. Encik Zairul ni sibuk orangnye..

Anyway terima kasih kerana sudi menjenguk tab page aku.. Kalau korang ada tab, sile copy paste dan hantor guna contact us form tu, kalau korang yang tabkan nanti aku upload.. Buat pengetahuan korang jugak aku tgh buat portal khas untuk tab aje.. Target aku by bulan 3 tahun depan dah boleh open public.. So buat masa ni sorry la page tab yang bodoh which aku curi dari wfsection.. Module tu untuk publish news article.. tapi takpe la sementara..

Tab Gitar Nusantara

Tips beli gitar

Tab gitar lagu-lagu melayu dahulu, sekarang dan masa depan..

After dekat setahun tak alih2 member se’3?rd aku, En.Loli ym, “Woi Semb, aku nak mintak tulung cari lagu raya..” dah agak dah.. mamat ni kalau carik aku mesti ada udang sebalik batu punye.. ko memang siot la Loli.. Aku dah tinggal gitar dekat 2 tahun dah.. tak caya tanya Man.. ni dengan request ko ni menyebabkan jari-jemari aku gatal memegang gitar balik.. ehehehe…

Tapi iyer la memang susah nak cari tab lagu raya ni.. So aku pikir, why not go to the next level, tabkan lagu-lagu melayu yang susah nak cari, pastu taruk kat blog.. mmm.. bengong tak aku.. dah la ryunen.. still buat keja tak berpekdah lagi..

Anyway, a tribute to you mister… Zairul’s Online Malay Guitar Tab Mini Archives :D

Takziah untuk PM..

Last week after terima ym pasal kembalinya Endon Mahmood Allahyarhamah ke Rahmatullah, short after that one of my friends fwd URL untuk post ucapan takziah kepada PM kita.. Then today aku dpt reply mail dari PM ucapkan terima kasih.. of course mmg bukan dia yang directly reply, but mesti ada system untuk diorg reply mail secara bulk.. anyway aku letakkan kat sini untuk tatapan korang, maybe ada jugak yang hantar ucapan takziah kat tempat lain, or ada yang baca yasin cam aku dengar aritu, so anggapkan ini ucapan terima kasih PM untuk kita semua rakyat Malaysia.. Sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah..

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan takziah serta sokongan yang diberikan kepada saya sekeluarga tatkala kami menghadapi dugaan yang getir ini. Terima kasih juga diucapkan di atas doa yang diberikan kepada isteri saya, Endon Mahmood Allahyarhamah. Juga terima kasih di atas doa yang diberikan semasa beliau menerima rawatan bagi penyakit kanser. Semua ini amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Ingatan dan doa anda amat kami hargai. Moga Allah swt akan terus merahmati kita semua.

Abdullah Ahmad Badawi & Keluarga

Terang Bulan, Mamula Moon dan Negaraku..

Tersebar rumour tak lama dulu mengatakan lagu Negaraku adalah ciplak lagu ‘Mamula Moon’. Dan hampir semua tahu bahawa lagu Negaraku sebenarnya diubah suai liriknya dari lagu Negeri Perak (yang sehingga kini mengekalkan rentak yang lama) yang digubah dari lagu Trang Bulan. Tetapi malangnya sejarah lagu Mamula Moon ini tidak diketahu asal-usulnya, dan menyempitkan teori bahawa adakah Trang Bulan meniru Mamula Moon atau sebaliknya.

Terang Bulan

Teori A
Diperkenalkan oleh Raja Harun bin Sultan Abdullah semasa mengiringi Sultan Idris Murshidul Adzam Shah (Marhum Rahmatullah), Sultan Perak (1887-1916) pada tahun 1901 semasa pertabalan King Edward VII. Juga ada yang mengatakan lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak pada masa itu dipilih oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.

Teori B
Tuan Haji Mubin Sheppard (Bekas Pengarah Arkib Negara) pernah membuat kajian mengatakan lagu ini berasal dari Mahe, Kepulauan Seychelles. Dipercayai bahawa gubahan melodi oleh Pierre Jean de Beranger (1780-1857)

*[Sumber Rujukan]

Mamula Moon
Lagu ini dikatakan telah dicipta dari sekitar abad ke-18 lagi. Satu dari versi rakaman lagu ini boleh didengar dari album Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders, (Track 14, 02:50).

In those days I was a singer, a sort of junior crooner, and at times I sang with the band at the Raffles. A hit number was called Mamula Moon. Now it is the tune of the Malaysian national anthem. When once you danced a foxtrot, now you stand at attention. petikan dari Thisistravel.co.uk

Terbaca Utusan Malaysia pagi tadi, antaranya “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia boleh bertindak tegas terhadap stesen swasta Radio Era jika didapati penyiaran lagu klasik Mamula Moon irama Hawaii bertujuan untuk mempersendakan lagu Negaraku yang kedua-duanya didakwa mempunyai persamaan melodi…”, “Kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta tersebut membawa hukuman denda RM50,000 atau setahun penjara…”

Another attemp to tuduh orang lain hina lagu Negaraku… Kenapa orang kita suka dengki mendengki? Kenapa tak gunakan masa itu untuk pegi cari origin sebenar lagu Negaraku? Maybe ada historical facts yang kita ter’miss’… Mana tahu sebenarnya lagu Mamula Moon itu translate kepada lagu Terang Bulan, as in Moon=Bulan, so Mamula=? – aku dah check kamus Hawaii tapi tader jumpa perkataan ‘Mamula’. Kalau ade sile cakap ek :) Plus lirik dia pun lain sikit. Anyway, either stop tuduh-tuduh orang lain hina lagu kebangsaan kita, or cipta lagu lain untuk negaraku..

Download Terang Bulan | Mamula Moon | Negaraku