Category Archives: Politik

Rukun Negara

Adakah dengan ikrar sahaja sudah cukup untuk menanam semangat cinta negara? Adakah ini berkesan atu hanya menyusahkan?

Ikrar Rukun Negara lepas lagu Negaraku..

Versi Bahasa Melayu

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan

English Version

The people of Malaysia pledge their united efforts to attain these ends guided by the following principles:

  1. Belief in God
  2. Loyalty to King and Country
  3. Supremacy of the Constitution.
  4. The Rule of Law
  5. Mutual respect and good social behaviour.

Apa itu Artikel 121 (1A)

Fwded from my alumni member.. Aku tak tahu dari mana source dapat sesi soal-jawab ni. So kalau tahu, or claim ini artikel terbitan dia sila maklumkan ke Zairul.Com..

Updated (2006/1/21) : source Malaysia Kini

—————————————————-

Apa itu Artikel 121 (1A)

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.

Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?

Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.

Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?

Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824.

Malah dalam satu kes, Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan:

“Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law.”

Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu.

Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah Syariah dapat bernafas semula.

Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?

Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.

Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan?

Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil? Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?

Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, “Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?”

Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.

Dalam kes Moorthy, apa sebenarnya yang berlaku?

Mohamad bin Abdullah atau Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, JAWI menuntut agar mayatnya dikebumikan menurut upacara Islam. Keluarganya tidak berpuas hati dan ada pihak cuba mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang-undang ini dengan cuba menjadikannya satu isu diskriminasi dan kehilangan hak orang bukan Islam.

Kalau lemahnya dari sudut perlaksanaan, seharusnya semua pihak berusaha agar kelemahan itu dibaiki. Bukannya bersikap, “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Kita akui mahkamah Syariah masih belum sempurna, kita perlu satu mekanisma yang baik bagi membolehkan isu sebegini ditangani secara bijak. Tetapi kini, isunya sudah bertukar. Saya boleh sebut, kes Moorthy hanya dijadikan “sebab” untuk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC dan sekutu mereka. They are playing the cards now. Mereka sengaja memainkan isu demi isu untuk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah yang perlu ditangani secara rasional dan bukannya emosional.

Jadi, Artikel 121 (1A) bukan isu?

Tidak sama sekali. Ada pihak yang sedang memanipulasikan isu Moorthy agar ia kelihatan seperti isu Artikel 121 (1A), seterusnya mendesak ia dipinda. Saya percaya, sekiranya tuntutan mereka gagal kali ini, seperti IFC, mereka akan tunggu isu yang lain, dan mereka akan memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan mereka. Dan mereka bersuara di belakang slogan hak bukan Islam, hak minoriti dan sebagainya.

Apa yang terbaik sebenarnya?

Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal.

Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang.

Justeru, kalaulah kes Moorthy itu isunya, maka fikirlah satu mekanisma lain yang membolehkan isu sebegitu dibaiki di masa depan, dan bukannya isu Moorthy tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.

Contohnya menetapkan, orang yang memeluk Islam perlu beritahu kepada keluarga. Tidak boleh sorok-sorok. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya.

Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.

Kata-kata akhir?

Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam.

Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi.

Kita sedar, undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam, tetapi kami berusaha ke arah pembaikannya secara baik agar tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Kita tidak pernah mendesak seperti mereka yang mahukan Artikel 121 (1A) ini dipinda yang secara jelas cuba menghina orang Islam dan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Hak minoriti dan bukan Islam sentiasa dipastikan agar ia tidak terganggu sebab itulah usaha membaiki undang-undang ini dibuat secara perlahan dan menerusi pendidikan.

—————————————————-

Wanita disangka warga China sebenarnya Melayu!!

Wanita warga cina dipaksa bogel

Warning : Budak di bawah umur 18 jangan klik link di bawah!

Perbuatan anda adalah salah disisi undang-undang!

Watch Movie | Download

Petikan dari;

Utusan Malaysia – ‘Wanita misteri’ terbukti Melayu

The Star Online – Woman in ear squats video clip is a local Malay

Hmm.. ape citer nih? Aku ada terbaca berberapa message board di tempat lain yang kebanyakan ‘Comment’ nya berbunyi racism.. So now we know that this is not about racism.. tetapi institusi polis yg maybe agak melampau semasa ambil tindakan/soal siasat..

Video Wanita Warga Cina Bogel..

Wanita warga cina dipaksa bogel

Warning : Budak di bawah umur 18 jangan klik link di bawah!
Perbuatan anda adalah salah disisi undang-undang!

Watch Movie | Download

Antara perbincangan hangat hari ini.. Wanita warga cina dipaksa bogel dan ketuk ketampi semasa ditahan di lokap oleh seorang polis wanita dan video ini dirakam oleh seorang polis lelaki secara rahsia dan dikata juga tidak disedari oleh polis wanita berkenaan..

Rujukan artikel;

[Rakaman video wanita rakyat China bogel hangatkan Parlimen]

[PM berang, kecewa]

Apakah benar wanita dlm video itu adalah gadis warga China? Sebab ada laporan mengatakan itu wanita Melayu…

Kata Polis;
1. Kami akan siasat..
2. Prosedur bogel dan ketuk ketampi untuk cari dadah yang di simpan di dalam alat sulit..

Kata Politician;
1. Siasat habis-habisan..
2. Jangan simpan-simpan.. Ini memalukan negara..

Kata orang ramai;
1. Polis perlu bertindak lebih wajar. Dakwa mereka yang berkenaan..
2. Haramkan penggunaan kamera telefon bimbit..

Kata aku;
1. Rilek.. Jangan panik..
2. Ambil keterangan semua yang terlibat..
3. Cari wanita yang dikatakan warga China itu..
4. Kaji semula semua prosedur semasa tahanan.. mungkin ada yang dah kuno..
5. Takyah la sebab kali ini aje dah nak haramkan penggunaan teknologi 3g..
6. Pelik sebab takde org mempersoalkan kenapa polis lelaki itu amik video tu dengan handset dia.. Sebab kalau nak kata dia nk buktikan “salah” polis perempuan tu mesti dia zoom kat polis perempuan tu.. ini tak, dia zoom kat tetek orang China tu pulak.. dasar gila seks sungguh.. ni pengaruh cerita lucah banyak sangat la ni..

Apa kata anda?

Terang Bulan, Mamula Moon dan Negaraku..

Tersebar rumour tak lama dulu mengatakan lagu Negaraku adalah ciplak lagu ‘Mamula Moon’. Dan hampir semua tahu bahawa lagu Negaraku sebenarnya diubah suai liriknya dari lagu Negeri Perak (yang sehingga kini mengekalkan rentak yang lama) yang digubah dari lagu Trang Bulan. Tetapi malangnya sejarah lagu Mamula Moon ini tidak diketahu asal-usulnya, dan menyempitkan teori bahawa adakah Trang Bulan meniru Mamula Moon atau sebaliknya.

Terang Bulan

Teori A
Diperkenalkan oleh Raja Harun bin Sultan Abdullah semasa mengiringi Sultan Idris Murshidul Adzam Shah (Marhum Rahmatullah), Sultan Perak (1887-1916) pada tahun 1901 semasa pertabalan King Edward VII. Juga ada yang mengatakan lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak pada masa itu dipilih oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.

Teori B
Tuan Haji Mubin Sheppard (Bekas Pengarah Arkib Negara) pernah membuat kajian mengatakan lagu ini berasal dari Mahe, Kepulauan Seychelles. Dipercayai bahawa gubahan melodi oleh Pierre Jean de Beranger (1780-1857)

*[Sumber Rujukan]

Mamula Moon
Lagu ini dikatakan telah dicipta dari sekitar abad ke-18 lagi. Satu dari versi rakaman lagu ini boleh didengar dari album Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders, (Track 14, 02:50).

In those days I was a singer, a sort of junior crooner, and at times I sang with the band at the Raffles. A hit number was called Mamula Moon. Now it is the tune of the Malaysian national anthem. When once you danced a foxtrot, now you stand at attention. petikan dari Thisistravel.co.uk

Terbaca Utusan Malaysia pagi tadi, antaranya “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia boleh bertindak tegas terhadap stesen swasta Radio Era jika didapati penyiaran lagu klasik Mamula Moon irama Hawaii bertujuan untuk mempersendakan lagu Negaraku yang kedua-duanya didakwa mempunyai persamaan melodi…”, “Kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta tersebut membawa hukuman denda RM50,000 atau setahun penjara…”

Another attemp to tuduh orang lain hina lagu Negaraku… Kenapa orang kita suka dengki mendengki? Kenapa tak gunakan masa itu untuk pegi cari origin sebenar lagu Negaraku? Maybe ada historical facts yang kita ter’miss’… Mana tahu sebenarnya lagu Mamula Moon itu translate kepada lagu Terang Bulan, as in Moon=Bulan, so Mamula=? – aku dah check kamus Hawaii tapi tader jumpa perkataan ‘Mamula’. Kalau ade sile cakap ek :) Plus lirik dia pun lain sikit. Anyway, either stop tuduh-tuduh orang lain hina lagu kebangsaan kita, or cipta lagu lain untuk negaraku..

Download Terang Bulan | Mamula Moon | Negaraku

Rentak Negaraku..

Last week heboh pasal Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz kata Hattan hina lagu Negaraku.. katanya elok buang laut aje.. Lepas tu Hattan pulak ckp dia nyanyi betul.. bukan nk hina lagu Negaraku.. Then after 2 3 kali tukar versi, tempo, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pulak tukar balik Negaraku ke rentak asal 1956.. dengan harapan lepas ini tader la lagi isu2 sensitif pasal lagu kebangsaan kita ni..

Semalam aku terbaca rencana Zin Mahmud dari Utusan Malaysia, tajuk dia Rentak Negaraku kembali kepada semangat 1956. Kalau taktau sile baca dulu artikel tu.. dan apa yg ditulis oleh Zin Mahmud tu ada yg betulnye..

Antara petikan menarik aku dpt cam;

Tetapi malangnya terdapat kecenderungan dalam negara ini untuk mengubah sesuatu perkara klasik yang sudah baik kepada bentuk baru sedangkan langkah itu tidak perlu..

Yupp.. kadang2 ada benda yg tak perlu tukar.. dari sudut positifnya, perubahan bertujuan untuk kaizen di dalam bahasa jepun, bermaksud perubahan ke tahap yang lebih baik.. that is good.. kita perlu kemajuan.. untuk capai tahap Negara Maju, takkan kita nk hidup sama mcm 20 30 tahun dulu..

Tapi the key is apa yg kita perlu tukar, apa yang tak perlu.. Kita perlu fokus utk tukar atau improve benda2 yg perlu dulu.. Cth aku buat list;

1. Sistem & Latihan memandu – train org2 Malaysia supaya lagi cekap dan ber’akal’ bila drive..

2. Kemaskini time schedule utk pengangkutan awam & pastikan jalakn ikut time – Cammane nk expect ppl naik bas kalau jadual merata-rata? Ckp sampai pukul 2 ini tak, sampai pukul 3.. Kalau bas tu boleh la dimaafkan jugak.. dgn trafic jam nyer ape.. Ini KTM pun lambat.. Kalau tak percaya korang try g naik Komuter.. kalau dia tulis gerak kul 4:15, paling awal pun 4:20 baru nampak train nk masuk platform.. kat Japan ni aku rasa tak perlu ckp betapa tepatnya masa untuk train.. kalau dia kata pukul 1:19 jalan, aa kul 1:19 dia jalan la.. lambat tinggal.. Balik baru ni aku naik LRT.. LRT okey la.. boleh kata sharp la jugak.. train pun banyak.. senang..

3. Ramalan cuaca – Ramalan cuaca untuk esok.. hujan diramalkan turun dibeberapa tempat di sesetengah kawasan! Hah! ape tu? Kekadang pelik betapa tekitou (lebih kurang) nye ramalan cuaca kat Malaysia.. skang teknologi kan dah canggih.. mesti boleh predict lg tepat..

4. Customer service – Biarla mesra pelanggan sikit.. muke masam aje..

5. Sports Development – Sedih tengok sukan kita.. esp. bola.. Selangor menang kejohanan berganda! Sorry untuk fan Selangor.. tp yg byk score, yg byk gerakkn game tu bukan org Malaysia.. tp importers.. Perak Perlis pun sama.. kalau takde import players lingkup.. tolong la buat something.. sedih.. bukan tanak sokong g stadium sorak.. tp sedih..

6. Internet speed – tolongla.. korang yg kat oversea mesti rasa kalau balik mesia.. biasa pakai 100Mb.. balik kena pakai Streamyx 1.5Mb max, yang kalau tengah hari tu jgn harap nk dpt connection (kat tempat aku la.. kat Taiping)

Byk lagi la tak sempat pikir.. Apepun udah la tu nk gaduh2 pasal lagu kebangsaan.. tayah la.. buat la kerja lain.. tayah cari publisiti.. tayah nk keras kepala.. tayah nk salah kan org lain aje.. Bila nk berkembang..