Video Highlight Malaysia vs South Korea U-23

Malaysia bukannye tak boleh.. Cuma yang aku perasan, aphal stadium kosong 😮 Sebab tak promo, tiket mahal, atau kita lebih suka tengok free??

Apapun sekalung tahniah diucapkan.

video uploaded by EPLsoker

Barisan muda Rajagobal kejut skuad Olimpik Korea Selatan

SKUAD bola sepak negara pimpinan K Rajagobal menyalakan impian baru, semalam selepas gah membuat kejutan menewaskan barisan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Wira pasukan adalah Safiq Rahim yang meledak masuk gol kemenangan pada awal babak kedua di hadapan kira-kira 3,000 penyokong kecil tempatan untuk memberi tonik tambahan dalam menggapai cita-cita besar mereka menjelang Sukan Asia di Guangzhou, November ini.

Source : Berita Harian Online

Van Persie’s New Jersey Number

Robin van Persie will wear the Arsenal No 10 shirt next season.

via : Arsenal.com

The Dutchman has taken on the number vacated by William Gallas, whose contract ended on June 30.

Van Persie follows in the footsteps of his compatriot Dennis Bergkamp, who donned the No 10 shirt during his Arsenal days.

FIFA World Cup Official Match Ball – Adidas Jabulani


Lawa jugak bola ni. Cuma dikatakan terlalu ringan dan tidak digemari penjaga gol kerana mudah berubah aluan di udara. C.Ronaldo suka la kot.

The Adidas Jabulani is the official match ball for the 2010 FIFA World Cup. The ball was unveiled in Cape Town, South Africa on December 4, 2009. Jabulani means “rejoice” in Zulu, and was developed at Loughborough University, UK.
The ball was also used as the match ball of 2009 FIFA Club World Cup in the United Arab Emirates, and a special version of the ball, the Jabulani Angola, was the match ball of the 2010 African Cup of Nations. This ball is also used in the 2010 Clausura Tournament of Argentina as well as the 2010 MLS season in the USA in the league’s colours of blue and green.

Source : http://en.wikipedia.org/wiki/Adidas_Jabulani

Pic Source : http://www.adidas-group.com/en/spiritofsports/Story_launch_Jabulani.aspx

30-man squad tu apa?

Demam FIFA World Cup 2010 dah kembali.. 32 teams dah ready dan ada yang sudah menamakan skuad bola sepak terakhir mereka. Tapi apa benda 30-man squad tu? kenapa semalam Jepun release 23-man squad pulak tanya mereka dan keluarga mereka yang tak minat bola.

Mari kita cilok tanpa kebenaran tapi berhemah dengan menginggalkan trackback dari FIFA.com punya news.

– According to the 2010 FIFA World Cup Regulations, the 32 qualified teams must provide a list of up to 30 players by 11 May (midnight CET).

– FIFA will publish this list on 13 May (noon CET) on its official websiteFIFA.com.

– The release of players on this list is mandatory as of 17 May 2010.

– The deadline for the 32 teams to provide a final list of 23 players is 1 June 2010 (midnight CET).

– The final list is limited to players on the release list provided on 11 May.

– However, seriously injured players may be replaced up to 24 hours before the team’s first match, as mentioned in the 2010 FIFA World Cup Regulations.

– Replacement players for injured players are not limited to the release list provided on 11 May.

– FIFA will publish the final list on 4 June (noon CET) on FIFA.com.

via http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=1206808/

Ada faham??

Malaysia vs Syria Friendly Match – Video Highlight

Bawah ni video perlawanan persahabatan antara skuad bola sepak Malaysia lawan Syria pada 30 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam game tu Malaysia menang 4-1 dengan 2 jaringan oleh Shafiq Rahim, Zaquan Adha Razak dan K.Gurusamy.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada team bola kita walaupun difahamkan Syria tidak menghantar first team nya dalam game hari tu.

Aku tak jumpa pun website yang tunjuk statistic game masa tu. Mainstream media kita pun cuma cakap sapa player kita yang score, takde list player untuk both teams, repot pun lebih kurang je.

Apapun kredit dan terima kasih pakcumie kerana sudi upload video ke Youtube.

Video Malaysia vs Vietnam (1-0) Sea Games Final – Goal Replay/Highlight

Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas sukan sea 2009 di Laos
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain muda bolasepak negara yang telah berjaya memenangi pingat emas setelah menunggu selama 20 tahun dalam perlawanan akhir sukan sea di Laos. Tiada siapa pun yang memberi harapan termasuk aku, untuk menang terutama sekali selepas pasukan Malaysia kalah dalam perlawanan dengan Vietnam di peringkat kumpulan, tapi anak-anak muda ini membuktikan sesuatu untuk kita – Usaha Tangga Kejayaan. Semoga kejayaan ini bakal menjadi anjakan paradigma?? kepada mutu bolasepak tanahair. Malaysia BOLEH!!

Quote dari mstar online;

VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.

Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.

‘Kemenangan’ itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura. [read more]

Video gol kemenangan (dari TV3 oleh VideoKL.com)