Space Cop Gavan (Gaban) kembali ke layar selepas 30 tahun

Berita baik untuk peminat siri TV Space Cop Gavan/Gaban (宇宙刑事ギャバン) kerana sebuah movie pertarungan antara Gaban dengan Gokaiger (海賊戦隊ゴーカイジャー) sedang difilem dan akan ditayang di Jepun pada 21 Januari 2012. Wayang bertajuk Gokaiger VS Gaban (海賊戦隊ゴーカイジャーVS宇宙刑事ギャバン) itu turut dibintangi pelakon asal Gaban yang telah berusia 56 tahun iaitu Kenji Oba (大葉健二)

Source : ギャバン30年ぶり復活!ゴーカイジャーと夢共演 (Yomiuri)

Perkara yang kita perlu belajar dari bencana alam di Jepun

Pada 11 Mac lalu, kawasan Tohoku Jepun digegarkan dengan gempa bumi berukuran magnitud 9, menyebabkan tsunami sehingga 30 meter, yang meragut nyawa lebih 10,000 dan hampir 20,000 lagi dilaporkan hilang semasa artikel ini dibuat. Aku sekarang menetap di wilayah Chugoku, jauh dari pusat gempa dan boleh kata tidak terjejas secara langsung dengan bencana alam ini. Ada juga beberapa rakan di sebelah utara yang terkena tempias gempa dan tsunami, selalu update status mereka di Facebook, Twitter etc., dan Alhamdulillah setakat ini tiada kehilangan nyawa untuk rakyat Malaysia yang dilaporkan.

Tidak ada negara dalam dunia ini yang sangat bersedia dalam segala perkara dalam menangani bencana alam selain Jepun. Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, typhoon, ribut salji dan sebagainya adalah perkara lumrah disini. Semua bencana alam disini mampu meragut puluhan ribu nyawa. Disebabkan itulah Jepun ada manual pada segala-galanya. Walaupun dengan persiapan yang cukup rapi, menjadi lumrah manusia, masih ada kekurangan yang dikenalpasti.

Apa yang kita perlu belajar dari Jepun kali ini? Banyak. Sangat banyak. Dah lama di retweet, repost di pelbagai blog, semua jaliran jalan raya yang rosak sudah diperbaiki dalam masa 6 hari. Ya, percaya atau tidak, 6 HARI. Rakyat yang kehilangan rumah ditempatkan di puluhan refuge center. Semua bantuan berupa minuman, makanan segera, pakaian, alat gunaan harian, tilam, selimut dan lain-lain dikumpul dan dihantar ke tempat pelindungan sementara dengan trak tentera dan awam. Rumah sementara untuk puluhan ribuan keluarga sudah mula dibina dan paling awal dijangka boleh diduduki dalam masa kurang 3 bulan.

Semua ini sudah ada dalam manual langkah Jepun menghadapi bencana. Ia sepatutnya jadi lebih teratur dan terancang, tetapi malang diralatkan dengan ancaman pelepasan radioaktif di reaktor nuklear di Fukushima.

Satu lagi yang perlu diambil perhatian dan AMAT JARANG di laporkan di berita tempatan dan luar negara, sikap rakyat Jepun sendiri dalam menghadapi bencana. Dalam keadaan yang amat teruk yang sukar dibayangkan, mereka masih mempunyai moral, sikap dan disiplin yang cukup tinggi. Mereka tidak panik menghadapi situasi begini. Pelik tapi (kecuali untuk yang berada atau berhampiran kawasan bencana,) aku rasa keluarga di Malaysia lebih risau dari kami yang berada di sini.

Ratusan ribuan rumah, kilang, kedai, bangunan, kenderaan dll dibiarkan kosong, ditinggalkan tanpa penjaga, dan tidak dilaporkan sebarang kecurian atau pencerobohan pada harta benda ini. Pada masa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, ramai tuan rumah yang tidak sanggup meninggalkan rumah mereka tanpa penjaga kerana takut kecurian barang berharga. Aku juga teringat pernah sekali keluar berita van penghantar duit siling terbalik di lebuhraya, dan berpuluh-puluh orang berhenti untuk mengutip duit-duit yang berteraburan di jalan raya. Sebab itu kita kadang-kadang rasa malu dengan masyarakat sendiri.

Pasar raya yang menjual barang keperluan harian juga amat terhad dan tidak semua yang menjalankan perniagaan. Apa yang berlaku? Mangsa bencana masih mampu beratur berjam-jam untuk membeli barang, dan mereka patuh dengan peraturan yang ditetapkan pasar raya supaya membeli barang dengan jumlah yang terhad. Pernah tengok gambar, video rakyat Jepun berebut-rebut, terpekik, menyumpah, bergaduh-gaduh, tolak menolak semasa membeli barang seperti semasa bencana besar di negara lain?

Peniaga juga tidak mengambil kesempatan untuk untung berlebihan. Ada yang memberi semua barang dalam kedai mereka secara PERCUMA. Believe it or not. Korang boleh menangis kalau baca berita macam ni.

Kenapa mereka sangat tenang dan rilek dalam situasi begini? Sebab mereka tahu negara mereka sudah bersedia dan akan melakukan yang terbaik. Aku tak suka bercakap politik dan melebihkan mana-mana pihak kerajaan atau pembangkang, tapi alangkah lebih baik kalau semuanya berhenti dari hanya bercakap, slogan sana sini, saman-menyaman, ceramah, demo, cabar-mencabar, dll., sebaliknya tanya adakah negara kita sudah cukup bersedia Wallahualam manalah tahu kalau tiba masa giliran Malaysia yang kena? Kita juga kena adalah central planning untuk situasi sebegini. Tak tahulah kalau dah ada, cuma yang aku perasan nak selesaikan masalah banjir pun kelam kabut.

Aku nak share satu info dari satu blog Jepun, 痛いニュース, yang menunjukkan gambar rumah penempatan sementara untuk mangsa gempa dan tsunami kali ini, dan jangan terkejut kerana ia mungkin jauh lebih selesa dari rumah yang kita duduk sekarang.

Bencana di Jepun kali ini amat memberi pengajaran kepada aku untuk sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja, dan semoga tuhan sentiasa memelihara kita dari segala malapetaka.


Pengalaman bermakna di Wordcamp Fukuoka 2011

Seperti yang pernah disebut dalam entri sebelumnya, pada 19 Feburari 2011 yang lalu, aku berkesempatan untuk menyertai program Wordcamp Fukuoka 2011 (web hanya dalam bahasa Jepun) di Fukuoka (Pulau Kyushu), Jepun. Ini adalah Wordcamp pertama yang aku sertai, setelah terlepas peluang untuk menyertai Wordcamp Malaysia 2010. Bayaran yang dikenakan sangat murah, hanya ¥1,000 (bersamaan RM37), dan percuma untuk pelajar. Hampir 400 orang mendaftarkan diri untuk program ini yang diadakan di 九州産業大学 (Kyushu Sangyo University), dengan lebih dari 350 peserta dipercayai hadir.

Gambar bersama Mr.Miyoshi dan Ms.Naoko
Aku adalah antara peserta terawal yang sampai, disambut barisan urusetia yang comel dan ceria. Sempat juga bertegur sapa dengan Takayuki Miyoshi, pembangun plugin Contact Form 7, plugin kedua popular di WordPress selepas Akismet dengan rekod hampir 3.5 juta muat turun sejak dilancarkan. Aku pernah membuat terjemahan Contact Form 7 versi Melayu tak lama dahulu, dan kami hanya bertegur sapa melaui email dan twitter sahaja. Mr.Miyoshi ini “cool” orangnya, tetapi amat dihormati oleh staff, peserta dan pengguna WordPress di Jepun.

Sebelum pendaftaran juga aku sempat bertemu dengan Ned Watson, pengasas 1080d, syarikat IT yang berpangkalan di New York. Ned juga kelakar orangnya, dan fasih berbahasa Jepun! Dia adalah antara pembangun blog untuk New York Times, MTV dan sebagainya satu masa dahulu, dan kini baru sahaja berpindah ke Fukuoka. Sebagai “speaker” untuk kali ini, dia juga pernah menjadi “speaker” untuk Wordcamp yang lain.

Gambar bersama Mr.Ned Watson.
Sessi pagi dimulakan dengan unconference, dimana peserta memilih secara bebas topik yang ingin dibincangkan. Sessi unconference ni berlangsung selama 1 jam setengah sebelum rehat tengah hari. Unconference adalah platfrom terbaik untuk berbincang dengan pengguna WordPress lain berkenaan apa sahaja, berkaitan atau tidak dengan wordpress.

Sessi petang bermula dengan ucapan pendahuluan oleh Naoko McCracken, Happiness Engineer dari Automattic. Dia yang pernah mengeluarkan buku berkenaan WordPress dalam bahasa Jepun tidak lama dahulu juga salah seorang speaker di Wordcamp Malaysia 2010. Selepas itu ada pelbagai sessi “conference” selama 20-40 untuk satu sessi yang dilangsungkan pada 3 tempat, dengan banyak topik yang membincangkan berkaitan dengan tema Wordcamp pada kali ini iaitu “Publish”. “Genius Bar”, WordPress Theme Workshop juga di adakan pada masa yang sama dan mendapat sambutan hangat peserta.

Wordcamp berakhir dengan “Lightning Talk” (ucapan ringkas) dari beberapa peserta WordPress. Seorang peserta veteran yang berumur hampir 70 tahun, baru mula menggunakan WordPress sejak tahun lalu turut menceritakan pengalamannya mengenali platform ini. Selepas majlis rasmi ditutup, diadakan pula jamuan ringkas, sessi “lightning talk” lain, dan acara memotong kek. Pada masa inilah juga aku mengambil peluang berkenalan dengan hampir 150 orang peserta yang bersama sehingga ke hujung program, dengan kebanyakannya pembangun laman web, system engineers, pembangun plugin dan sebagainya.

Maskot rasmi untuk WordPress Japan juga diperkenalkan buat kali pertama. Nama maskot ini masih belum ada, dan difahamkan WordPress Japan akan memilih nama yang sesuai dari cadangan pengguna buat masa yang terdekat ini.

Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat dari wordcamp kali ini, dan aku berharap jika ada masa ingin menyertai Wordcamp di tempat lain, terutama sekali di Malaysia.

p/s : Maafkan bahasa yang terlalu surat. Ini untuk memudahkan pengguna wordpress Jepun menterjemah kandungan artikel inin memandangkan aku telah berjanji untuk membuat laporan ringkas dalam bahasa melayu.

Gallery;

Eiichiro Oda lukis Mechaike’s Members macam One Piece

Sapa fan One-Piece anime/manga yang tengok Mechaike semalam mesti jeles dan bengang sebab Eiichiro Oda lukiskan gambar members tv program Mechaike tu macam One Piece.

Agak2nya camne nak mintak tolong Oda Sensei lukiskan gambar aku aa?

One Piece - Mechaike ver.

Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Piece
Onepiecewikai : http://onepiece.wikia.com/wiki/Main_Page

Sony Walkman Dock Speaker RDP-NWV500

Creative, modern and cool, itu yang boleh aku katakan tentang dock speaker keluaran sony. Model RDP-NWV500 dah keluar kat Jepun hujung bulan April, dan model yang sama untuk ipod (SRS-V500IP) baru keluar kat US 24 September lepas.

Apa bendanya sound mug ni? Secara kasar, ia adalah mobile speaker yang mempunyai bentuk seperti thermos. Saiznya sebesar botol air 500ml dengan berat yang hampir sama so kalau pegang memang rasa macam pegang botol air.

Features;

Apa yang membezakan sound mug dengan speaker biasa adalah pada cara bunyi dikeluarkan. Circle Sound Stage membolehkan sound dimain hala ke 360° dari sound mug. Secara teori, bunyi dari speaker sama didengar dari semua arah.

Gallery

Kod Gitar Lagu Space Cop Gaban

Requested by Jamal, simple chording yang aku buat untuk lagu tema hero tv show zaman 80-an.

Lagu ni tricky sikit sebab kena main kod-rhythm. Dan untuk transfer dgn bunyi gitar tu agak susah untuk beginner. Tapi cuba dengar video gaban kat bwh ni dan try main kod-rhythm yang sama dengan gitar.

Ada satu kod yang mabe korang jarang tengok, kod B7#9 (baca B SEVEN FLAT NINTH) Prektis kod ni.

Senarai kod yang pakai dlm lagu ni kat bawah ni.

    Am  B  B7  B7#9  C  C/G  D  D/F#  Em  G

e|--0---2--2---x-----0--0----2--2-----0---3---
B|--1---4--0---3-----1--1----3--3-----0---0---
G|--2---4--2---2-----0--0----2--2-----0---0---
D|--2---4--1---1-----2--2----0--0-----2---0---
A|--0---2--2---2-----3--3----x--x-----2---2---
E|--x---x--x---x-----x--3----x--2-----0---3---

Selamat mencuba!

Dan untuk yang tak tahu, tajuk asal adalah “Uchu Keiji Gavan” < - Dibaca dengan pelat Jepun jadi Gaban.
Date: 10.08.2010
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject: Uchu Keiji Gavan (Space Cop Gaban)

[Intro] 

Em D/F# C/G | G A B | B7#9 B7#9 B7#9 B7#9 | Em B7 Em B7 Em |


[Verse]

Em             Em D/F# G Am G              B7
Otoko nan daro,               Kuzukuzu suruna yo

Em               Am G C D G              B 
Mune no enjin ni,           Hi wo tsukero

Em               Am        C
Orewa koko daze, Hito ashi osaki

D                   G        Am B7            Em D C B7 
Hikari no hayasa de ashita e,      Dashshu sa

 
[Chorus]

Em               Am     D             Em
Wakasa wakasa te nanda, Furimukanai koto sa

Am       D     C            B7
   Ai te nanda, Tamerawanai koto sa

Em                   D
Gavan, Abayo namida  Gavan, Yoroshiku yuki

C           B7    Em 
  Uchu Keiji,   Gavan

[Outro] Em D/F# C/G | G A B | D Em

Update : Anak aku pun dah syok layan gaban macam bapak dia jugak;

Ulasan buku – The World’s Easiest Astronomy Book

Berita baik untuk peminat outerspace, tapi tak suka baca heavy stuff, buku The World’s Easiest Astronomy Book ni paling sesuai untuk anda. Aku dah baca buku ni dan aku rasa even budak darjah enam baca pun boleh faham (dengan syarat kena faham english la).

Pengarang buku ni adalah ???? (Nakagawa Hitoshi), bekas pegawai di Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Dia banyak anjurkan seminar tentang alam angkasa lepas kat sini dan popular di kalangan peminat aerospace jepun. Kadang-kadang jugak keluar kat tv untuk program astronomy.

Tajuk buku versi asal adalah???? (uchuu jyugyou) atau “Kelas Angkasa Lepas”, dan dicetak pada 2006. Versi bahasa Inggeris mula dijual pada 2009.

Antara fakta menarik dalam buku ini tentang laju cahaya;

The speed of light is 300,000 km per second, meaning that light could circle the Earth seven and a half times in a single second. Even at this incredible speed it still takes light from the Sun 8 mintes to reach the Earth. That means that when we see the Sun, what we actually see is the Sun from 8 minutes ago. Even if the Sun were to explode, we wouldn’t know it until 8 minutes later.
:: (Dipetik dari “Lesson 03 – Everything we see is in the past”).

Atau jumlah bintang;

It is said that with the naked eye youcan see a total of around 8,600 stars, ranging from bright magnitude 1 stars to dim magnitude 6 stars. If you include all the other stars which we can’t see with the naked eye, there are 200,000,000,000 stars in the Milky Way alone. Then consider that there are 100,000,000,000 galaxies like ours in the universe. That means that there are 200,000,000,000 multiplied by 100,000,000,000 stars in the universe! That would be 20 billion trillion, or in the scientific terms, 20 sextillion.
:: (Dipetik dari “Lesson 21 – The numbers of Stars”)

Atau zero gravity;

When you light a candle on earth we all know it produces a tall, elongated flame, which is caused by airflow due to convection. But because there is no convection inside the space station, the flame would not stretch upwards at all. It would be round.
:: (Dipetik dari “Lesson 27 – A Zero Gravity World”)

Mr. Nakagawa juga kadang-kadang membuatkan kita berfikir;

The birth of the universe was 13.7 billion years ago. That birth was a huge explosion called the Big Bang, and the universe has been continually expanding like a balloon from then right up to the present day. But does the universe have and end? (Dipetik dari “Lesson 08 – Life of the Universe”)

Ada banyak lagi info, fakta dan teori dalam buku The World’s Easiest Astronomy Book ni. Harganya pun murah je. Kalau pegi kedai buku ke library ke, aku syorkan cari buku ni.