What is your internet speed?

speedtestAku baru tukar internet connection last week, dari YahooBB’s ADSL ke NTT’s fiber optic. Sebab utama aku tukar adalah 1- Connection Yahoo sangat slow kalau hujan (aku tak tahu sebab apa..) 2- Adsl plan nyer sedikit mahal – Aku pakai 50Meg plan, basic around ¥4500, plus plus aku bayar dalam ¥7500/month. Yupp that is pretty “Cha-ching!”.. So me and wifey pegi round round kat Yamada Denki, and kena ngorat dengan makcik kempen fiber optik OCN.. Sembang sembang sembang dalam dekat la 3 jam, then kitorang decide untuk tukar plan from adsl ke fiber.

Di sebabkan kitorang sign contract untuk pakai OCN provider 1 and half year, so kitorang hanya perlu bayar around ¥4100/month. We waited for two weeks, and the tech people datang rumah and cakap “Okey encik, fiber sudah on. Arigatok!”. Wah sangat senang. We cancelled YahooBB on that day jugak, tapi kena charge sampai hujung bulan. Damn the YahooBB. Mengetuk orang macam sial.

So, dipendekkan cerita, sekarang ni seronok lah aku dengan internet laju ini..

Memandangkan ramai yang tahu pasal speedtest.net, so tayah la aku cerita sangat pasal speedtest ni.. Cut the point, bawah ni aku compare speedtest result antara rumah aku dengan office aku. By the by, office aku pakai KDDI punye fiber opt.

Speedtest@Office
speedtest-1

Speedtest@Home
speedtest-2

Download speed rumah aku slow sikit dari office, tapi uploading speed mmg top notch jugak. Maybe sebab tak banyak connection out. Dunno.

So, setakat ni aku mmg puas hati dengan fiber opt. Kalau bukak utorrent pakai max bandwith pun macam rasa tak kacau pun connection browsing internet. Walaupun kalau kat Tokyo aku dengar cerita mmg lagi laju, tapi ini pun jaadilah 🙂

Toyota iQ

Tak ramai yang tahu pasal iQ, compact car dari Toyota Motors. Kereta ni unik dan comel. Boleh masuk 4 penumpang (3 dewasa 1 budak).  Macam mana tu? Tgk pic kat bawah, ada gap 29cm antara seat driver dan kelindan. So seat yang belakang driver tu untuk budak kecik. Team aku buat assembly jig drawing untuk floor iQ ni dlm bulan 7-8 dulu. Biasa almost every car, flooring dia symmetrical. Kiri kanan sama. Tapi yang iQ ni sebabkan seat dia yg lari sikit, so kitorang tak boleh buat ordinary L/R drawing (buat drawing sebelah kanan sahaja, mirror drawing for the lefty). Kena jugak draw different jig for both sides. Toyota byk jugak abiskan duit kat technical drawing selain R&D. Sebab tu mahal kot 😛

Anyway ni dia punya spec :

Class : City car
Layout : FF layout
Engine(s) : 1.0L & 1.3L petrol, 1.4L diesel
Transmissions : 5-speed manual or CVT
Wheelbase : 2000 mm (78.7 in)
Length : 2985 mm (117.5 in)
Width : 1680 mm (66.1 in)
Height : 1500 mm (59.1 in)
Curb weight : 860 kg (1,896 lb)
Fuel capacity : 32 L (8 US gal; 7 imp gal)

Tapi walaupun cc iQ ni agak kecik, tapi still tak boleh lawan the latest Honda Fit dari segi fuel usage. Kena improve efficiency baru boleh lawan other compact cars. iQ ni pun baru first edition, so aku harap byk lagi yg boleh diimprove next time.

Toyota iQ Toyota iQ Toyota iQ Toyota iQ Toyota iQ Toyota iQ

Softbank iPhone 3G – to buy or not to buy

iPhone

iPhone 3G akan mula dijual via Softbank Jumaat ni (July 11th, 2008) dengan harga ¥23,000 atau semurah ¥960/month. Tapi rata2 review yang aku tgk, almost 99% kata iphone suck. Antara penyebab utamanya adalah non-replacable batteries, dan NO MMS? wtf?

SAtu survey yang di buat oleh iSHARE mengatakan 91% of Japanese Will Not Buy ‘iPhone’. Hmm.. aku menjangkakan iPhone akan fail di Jepun seperti jugak Sony Ericsson. Actually aku pelik kenapa iPhone mem”big-deal”kan 3G tu padahal kat Japan 3G tu dah start 5 6 tahun dulu dah since the boom of i-mode by NTTdocomo. Even diorg tgh develop 4th generation mobile, baru iPhone terhegeh2 nak on 3G.

Function yang tiada pada iPhone pada aku yang mengurangkan nafsu Jepun;

1. No e-pay
2. No video
3. No MMS
4. No TV

Aku dapat jugak email dari Softbank, katanya : Awak boleh hantar MMS ke iphone tapi kami kena charge ¥xxx/b.. haa? So bukan pengguna iPhone sahaja yang kena keluar duit banyak yang pengguna Softbank lain pun kena keluar duit jugak??

So kepada member2 yang berangan nak pakai iPhone tu kalau message aku sorry la kalau aku tak reply message korang.. haha

Resource :

Five Reasons NOT To Buy The 3G iPhone – Mobile Blog – InformationWeek
3G iPhone not ready for the enterprise? | The Register
Why the 3G iPhone may suck
‘iPhone 3G’ – The Full Details & Disappointments
Is The 3G iPhone Worth It?

Creepy Girl from Motion Potrait

Creepy GirlCool flash yang dibuat oleh MotionPotrait Inc. Sesuai dengan tajuk, memang creepy sungguh. Btw, MotionPotrait?

“MotionPortrait is the technology that automatically creates 3D face model from one single picture, which can be animated in a variety of facial expressions.”

Layan la flash ni. Tapi jangan tengok lama sangat. Silap2 boleh ter”angau” dengan creepy girl tu haha.

Mitsubishi Motor Corporation Mizushima Plant Trip

Mitsubishi Motors Corp.Hari ini aku, Mr. Miyoshi + 3 org colleague pergi join ‘Lawatan Sambil Belajar’ ke Mitsubishi Motor Corp Mizushima Plant. Tak jauh pun actually dari company kitorang. Ada sedikit seminar pasal environment, tapi main objective kitorg join tu untuk tgk Mitsubishi punya production line. Team aku under Miyoshi Boss selalunya hanya buat clamp set drawing untuk toyota. Dan hanya Mr. Miyoshi aja yg pernah pergi ke Toyota tengok diorg punya production. So invitation dari Mitsubishi ini ibarat kecil tapak tangan lah.

Mizushima Plant ni besar gila. Luas 1,245,700m², workers 6500 org. Tempat yang kitorg pusing2 pun ada la 40% kot. Dapatla tengok dia punya production flow. Dari press, welding, paint, assembly, test drive, ada la dekat 2 jam kitorang pusing2 dalam tu. Best gila. Especially dekat tempat dia test drive, memang hijau mata tengok beribu2 Mitsubishi Evo X depan mata. Rasa geram nak pau satu. Dah la kunci kereta die letak gitu je. Aku nak tengok crash test sebenarnya. Tapi crash test, devepoment etc rupanya diorg tak buat di Mizushima. Mizushima hanya buat production aja.

Mitsubishi WRC 2005Masa masuk dlm tempat production tu tak boleh bwk camera. So, aku tak boleh la nak tunjuk betapa best nya suasana dalam kilang tu. Tapi dekat main entrance dia ada letak pameran sikit2 so aku pun amik la gambo. Memandangkan aku tak bawak camera, aku pakai handset aje la. Sorry la tak terang. Klik untuk tengok gambar besar. Sebelah ni model Lancer Evo yang dipakai masa WRC 2005. Dia tulis kat panel tu “Model Car” so maybe replica la kot. Aku teringin nak masuk tapi dia tulist kat situ kata tak boleh masuk la pulak.

Mitsubishi Evo 3 WRC 1996 WinnerYang ini gambar paling mahal. Sapa yang follow wrc, actually inilah kereta Evo 3 yang di drive oleh Tommi Makinen dlm wrc 1996. Dekat bumper depan, tepi2 tu boleh nampak calar2 tu yang real tu. Dia punye habuk2 pun ada tu yang tak tahan tu. Walaupun aku rasa habuk2 tu saje diorg tambah2 la. Takkan bawak balik jepun pun habuk tak tanggal kot. Nak tengok video evo 3 ni “in action” boleh tengok kat YouTube.

Mitsubishi Evo IXYang ni pulak seperti yang diketahui ramai, the previous evo, Evo IX. Yg kat bawak tu dia part bawah dr enjin sampai belakang. Kalau tengok dari bawah, nampak la rangka evo 9 ni memang tough la. Evo X maybe sebab bersepah dalam kilang so dia tak tunjuk la kat show room ni.

Mizushima Go

Yang best tu ada jugak the first ever Mistubishi Car – Mizushima Go 😛 3 roda aje. 744cc, 13hp.. Not bad kalau pikir zaman tu. Kalau ikut kata pakcik jaga tu keta 3 roda ni boleh start dan boleh jalan lagi tu. Tapi kalau nak keluar kilang kena apply road tax dengan register numer plat dulu la.

Anyway, inilah pengalaman aku hari ini. Malam ni tidor kena mimpi bawak evo ni.. broom brooomm

Kerja lebih sangat..

Pernah tak korang cakap, “Giler aa bulan ni busy gile.. kerja dengan OT bulan ni sampai 200 jam woo!!”… Dan FYI, kat company aku, WT over 200 tu adalah biasa.. :P… ade jugak member2 yang kerja kat Malaysia komplen.. “Penat la keja pukul 8 baru sampai rumah..” Aiyo beruntung nye korang.. Cuba la kerja kat sini.. Aku kalau balik pukul 10 mlm tu kira awal la tu.. hahaha.. akibatnya? tiap-tiap hari jadi camni;

Tired Japs

Pic source : Sleepy Japan

Omoide – Kishibe Masaaki

PC yg teramat lembab.. memaksa aku mendelete suku “junk” data dari segenap folder.. tiba tiba terjumpa satu folder.. title : omoide? wtf?… ooo.. baru aku ingat… aku record masa tengah syok layan acoustic dulu2.. ada la dalam 5 tahun lepas kot.. hihihi.. sangat “nerd” rasa dihati, tapi apakan daya, aku upload jugak kat youtube..hihihi.. malu2..dah la key miss 2 3 kali.. hehehe.. omoide ni kalau translate : memory.. hmmm.. teringat aku memory dulu dulu.. layan band, rambut panjang, rockers2 gitu, berat tak sampai 50kg, single.. hihihi.. sampai orang keliling kata awek aku = gitar.. hohoho.. neway, terimalah lagu cover aku yang tak seberapa ni.. dengan ucapan, selamat berpuasa untuk semua