Iklan Raya Aidilfitri TV3 macam krismas

Updates 6-9-2010

TV3 dah address an apology kepada viewers pasal isu iklan raya dia yang kontroversi itu. Apapun aku harap tak jadi lagi kes macam ni. Mungkin tak disengajakan, tapi untuk big company macam tu yang ramai pekerja muslim sepatutnya masing-masing peka dengan benda-benda macam ini.

Original Post ;

Iklan Raya TV3 yang macam KrismasAku rasa dah ramai yang tengok iklan dari TV3 untuk Aidilfitri tahun ni. Yes memang badigol sebab ada santa claus pakai kopiah lol

Sejak bila pulak santa claus pakai baju melayu ni?? Ni baru isu hot.

Aku adalah antara fan kerja CM Yasmin yang aku rasa memang susah nak cari pengganti. Tapi iklan TV3 kali ini sangat lah no no no! Ini kot konsep 1Malaysia yang sampai hari ni aku tak faham…

Kalau tin pun boleh jadi art

Ada macam macam cara untuk lariskan jualan. Kalau susun produk macam biasa mungkin tak menarik perhatian pelanggan. Nak cuba susun barang macam kat bawah ni? Mana tahu boleh dapat anugerah Employer of the month. Yapi jangan lebih-lebih nanti customer tak sanggup nak ambik beli sebab lawa sangat :p

via @walyou.com

Baby Dream Pics

Apa agaknya yang baby mimpi masa tidur? Copywriter, Adele Enersen ada teknik menarik dan kreatif untuk tunjukkan apa mimpi anaknya yang baru lahir.

Mutiara kegemaran sotong?

Tarzan?

Ulat buku?

Penyanyi rock?

Invisible friend?

Main bola sepak?

Alice in Candyland?

Babyzilla?

more pics @ http://milasdaydreams.blogspot.com/

Kalau internet browser adalah basikal..

Kalau Opera browser ni modern dan laju. Masa mula-mula keluar dulu kena bayar mahal. So sampai sekarang masih tak ramai orang pakai..

Google Chrome pulak baru dan sangat ringan.. Takde aksesori tambahan.. Senang untuk orang yang pakai benda yang simple-simple je.

Safari pun laju jugak, tapi pelik sikit.. Lepas tu kena ikut jalan dia je.. Jalan kat “tingkap” dia slow sikit

Internet Explorer ni dulu-dulu punye stail.. Dia boleh tambah-tambah kalau nak letak barang tapi nanti jadi berat gile.. Nak naik bukit pun susah..

Firefox pulak jadi pilihan utama sebab boleh tambah addons hehe..

90% aku pakai chrome.. sebab laju dan simple.. tapi untuk webbie yang perlu plugins, atau addons untuk download video etc tu aku pakai firefox. 1% aku pakai jugak ie sebab ada sesetengah website yang “PAKSA” user pakai ie macam ebrowse bluehyppo..

Apa browser pilihan anda??

Pic Source : http://ftkst.com/p9281 (In Japanese)