Category Archives: Seni dan Reka Bentuk

Jaringan info menarik tentang design dan arts, analog atau digital

Pernah tak masa sekolah dulu, selepas cikgu menulis dengan kapur kat papan hitam, bila padam je penuh habuk kat tangan, kat baju, tersedak sebab tercium kapur masuk hidung.. kenangan ini mungkin tidak lagi boleh dikongsi bersama kanak-kanak sekarang dengan adanya ciptaan Chalkeeper oleh designer Yonggu Do dan Eunha Seo.

Chalkeeper adalah pemadam papan hitam yang mengumpul kembali habuk sisa dari kapur, dan akan membentuk semula kapur dengan tanda comel recycle pada hujungnya. Cara ini selamat untuk kanak-kanak terutama yang ada alah, mengurangkan penghasilan sampah, dan menjimatkan kerana hampir semua kapur boleh dikitar semula.

Source : Yanko Design

Impian (?) ini akan jadi kenyataan sekiranya anda pakai kerusi lipat yang direka dari pereka belanda, Douwe Jacobs dan Tom Schouten, fluxchair. Kerusi dengan dimensi [640 x 620 x 850mm] ini jika dilipat boleh menjdai senipis 15mm, hampir sama nipis dengan sekotak DVD original. Kerusi ni boleh didapati dalam 8 warna, cuma sehingga artikel ini dibuat, masih belum di jual di Malaysia. Satu kerusi berharga €129.00 (tidak termasuk kos penghantaran) dan boleh dibeli di fluxstore.

Baby Dream Pics

Apa agaknya yang baby mimpi masa tidur? Copywriter, Adele Enersen ada teknik menarik dan kreatif untuk tunjukkan apa mimpi anaknya yang baru lahir.

Mutiara kegemaran sotong?

Tarzan?

Ulat buku?

Penyanyi rock?

Invisible friend?

Main bola sepak?

Alice in Candyland?

Babyzilla?

more pics @ http://milasdaydreams.blogspot.com/