Berita baik untuk peminat siri TV Space Cop Gavan/Gaban (宇宙刑事ギャバン) kerana sebuah movie pertarungan antara Gaban dengan Gokaiger (海賊戦隊ゴーカイジャー) sedang difilem dan akan ditayang di Jepun pada 21 Januari 2012. Wayang bertajuk Gokaiger VS Gaban (海賊戦隊ゴーカイジャーVS宇宙刑事ギャバン) itu turut dibintangi pelakon asal Gaban yang telah berusia 56 tahun iaitu Kenji Oba (大葉健二)

Source : ギャバン30年ぶり復活!ゴーカイジャーと夢共演 (Yomiuri)

Di bawah ini adalah contoh soalan dari mereka yang mula berjinak-jinak dengan alam pergitaran;

- Macam mana nak tuning gitar?
- Ada tak cara mudah tune gitar kapok?
- Kenapa tune bunyi sumbang dan sengal?
- Nak tune gitar tapi takut tali putus
- Bagaimana nak tahu tuning gitar tu betul atau tak?

Aku dah cuba cari artikel dalam bahasa Melayu berkenaan topic ini. Ada, tapi tak cukup lengkap. Ada yang separuh jalan, ada yang terlalu ringkas sampai susah nak faham. Berpuluh-puluh komen dari pelawat Zairul.com bertanya cara untuk tune gitar. So untuk memudahkan para beginner dan memudahkan aku daripada menjawab soalan untuk setiap email yang datang, aku harap dengan adanya tutorial atau panduan asas tuning gitar ini dapat membantu semua.

Sebelum belajar asas tuning, aku syorkan baca artikel Asas Muzik terlebih dahulu, terutama sekali jika anda langsung tidak ada pengetahuan asas dalam muzik. Kalau memang sudah kenal dengan konsep turutan tone Do-Re-Mi.. atau C-D-E.., boleh membezakan antara not atau kod # (baca=SHARP) dan b (baca=FLAT), anda boleh sambung terus baca artikel ini.

Alat yand diperlukan.

Sebagai permulaan, adalah lebih mudah jika ada tuner sebagai bantuan. Tuner ada dalam pelbagai bentuk, elektronik dan bukan elektronik seperti piano, pitch pipe, tuning fork atau guitar tuner itu sendiri. Dibawah ini adalah beberapa contoh guitar tuner yang ada di pasaran.

   

  1. Qwik Tune QT1 – Tuner gitar mudah, ada fungsi tuning auto dan manual, menangkap bunyi dari pikap terus melalui kabel jack atau melalui mic yang ada pada tuner untuk tune gitar akustik.
  2. Korg Guitar/Bass Tuner GA-30 – Selain fungsi yang ada pada QT1, tuner ini boleh diguna untuk julat frekuensi gitar dan bass.
  3. Boss TU-3 Chromatic Pedal Tuner – Seperti tuner biasa tuner boss sering dipakai oleh musician amatur dan professional, dipasang antara gitar elektrik dan amp atau effect lain, semasa ingin tune gitar sahaja pedal dimatikan, dengan cara ini signal dari gitar hanya akan dibaca oleh tuner dan tidak keluar pada amp tanpa perlu cabut kabel jack – sesuai jika ingin membetulkan tuning gitar semasa live gig.

Tuning fork juga digunakan sebagai alat panduan untuk tuning gitar, hanya diguna oleh sebilangan pemain gitar akustik dan klasik. Ia dijual dalam beberapa frekuensi, kebiasaannya 440Hz (Tuning=A), dijadikan panduan bunyi untuk tune semua tali gitar – Pemain gitar yang sudah biasa boleh tune gitar dengan hanya berpandukan pada satu bunyi asas.

Aku tidak meletakkan harga pada contoh di atas kerana tuner gitar bukan barangan kawalan. Harga berubah mengikut tempat dan gambar di atas juga mungkin bukan produk terkini atau mungkin sudah tidak dijual pada masa anda membaca artikel ini. Ia cuma memberi idea apa contoh tuner yang ada.

Bagi pengguna iPhone/iPad dan Android, aplikasi guitar tuner percuma dan berbayar boleh didapati pada Appstore atau Android Market (Pengguna android boleh merujuk kepada artikel bertajuk 3 aplikasi android percuma terbaik untuk pemain gitar tegar untuk maklumat aplikasi tune gitar).

Blackberry juga ada menyediakan aplikasi berbayar di App World. Walaupun aplikasi untuk smartphones ini hanya terhad kepada penggunaan mic dan bukan terus dari kabel, tidak ada beza yang ketara jika dibandingkan dengan penggunaan tuner khas gitar seperti dalam contoh di atas.

Jika anda tiada smartphone atau tidak mahu membeli guitar tuner, ada boleh rujuk kepada beberapa website yang menyediakan aplikasi tuner gitar secara percuma. Aku berikan beberapa contoh di bawah ini, dan sila maklum bahawa pautan laman web berkenaan mungkin tidak dapat diakses atau sudah bertukar alamat semasa anda membaca artikel ini.

Zairul.com tiada sebarang hubungan affiliate dengan website di atas.

Asas dan teknik tuning gitar.

Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan guitar tuner. Tuning standard untuk gitar adalah E-A-D-G-B-E dari tali #6 hingga ke tali #1. Mulakan dengan memetik tali #6 tanpa tekan mana-mana fret dan bandingkan bunyi dengan level/nilai pada tuner sehingga jadi not E. Ulang cara yang sama untuk semua tali. Tiada fret yang perlu ditekan untuk method tuning cara ini.

Perlu diambil perhatian bahawa proses tuning gitar selalunya dilakukan berulang kali sehingga mencapai bunyi yang tepat. Tegangan tali yang semakin kuat semasa tuning akan menyebabkan neck gitar membengkok pada kadar yang sedikit tetapi cukup untuk membuatkan tuning kembali lari (out-of-tune). Masalah ini juga berlaku sekiranya tali baru ditukar. Yang penting ulang cara di atas sehingga tune kekal.

Turutan tali mana yang ingin ditune itu bergantung kepada kegemaran masing-masing. Secara peribadi aku lebih suka tune dari tali #5.

*Tanda bulatan pada nut menunjukkan not sekiranya tali dipetik dengan open string (tanpa tekan fret)
*Tanda bulatan pada fret menunjukkan not sekiranya tali dipetik setelah menekan fret berkenaan. 

Perhatikan gambarajah di atas, not pada fret ke-5 tali #6 adalah sama dengan tali #5 open iaitu A. Not pada fret ke-5 tali #5 pula sama dengan tali #4 open iaitu D dan seterusnya. Method tuning cara ini boleh dilakukan sekiranya anda sudah ada bunyi asas (sebagai contoh:E). Dengan adanya not asas, tune sambil menekan fret seperti rajah untuk mendapatkan tuning not pada tali yang seterusnya. Perhatian perlu diambil pada tali #2 (not B), iaitu bunyi yang sama adalah dari fret ke-4 pada tali #3. Petik tali #1 dan #6 pada masa yang sama dan ini akan menghasilkan bunyi yang unison (not yang sama tapi oktaf yang berlainan)

Untuk tuning yang mudah, cepat dan tepat, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu di mana letaknya nada not muzik yang hendak dicari. Sebagai contoh untuk not F, bunyi untuk not E dalam octave yang sama lebih rendah dan bunyi not G lebih tinggi. Jangan takut. Bunyi penerangan ni memang macam susah. Tapi kalau cuba tune nanti boleh faham konsep ini.

Kebolehan mengenal tinggi dan rendah sesuatu nada adalah sesuatu yang amat sukar diajar walaupun secara berdepan kerana ia 10% teori dan 90% gerak hati. Yang penting – perbanyakkan latihan.

Anda mungkin pernah jumpa ayat seperti “Capo:2″ atau “Capo pada fret ke-3″ semasa membaca tob/kod pada website tablature ataupun music score sheet. Tapi apa benda nya CAPO tu? Macam mana pulak nak sebut nya ni? KA-PO ke CHA-PO ke CAP – OWH?? Artikel ini akan menjawab kemusykilan anda berkenaan apakah itu capo.

Apakah itu capo atau capotasto atau capodastro?

Capotasto (dari bahasa Itali bermaksud ‘Head-Tie’) atau dipendekkan sebagai Capo (selalu dibaca sebagai KA-PO dalam melayu atau KAY-POE in english), adalah aksesori muzik yang diguna untuk memendekkan pitch dari nut ke saddle pada gitar, juga diguna pada sesetengah alat muzik bertali lain seperti mandolin dan banjo. Capo pada am nya akan menekan keseluruhan tali pada satu fret. Bagaimanapun ada jenis capo yang hanya menekan tali ke-2, ke-3 dan ke-4. atau tali ke-3, ke-4 dan ke-5 sahaja. Capo jenis ini selalu dipakai untuk banjo dan permainan akustik gitar secara fingerstyle.

Apakah matlamat penggunaan kapo?

Seperti yang dikatakan sebelum ini, dengan memasang capo di atas fret pada neck gitar, jarak pitch tali akan dipendekkan, bermakna anda boleh main kod yang tinggi dengan posisi jari pada kod yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika anda meletakkan capo pada fret ke-2, anda boleh memainkan kod satu oktaf tinggi dari kod biasa. Rujuk gambar dibawah;

Gambar pertama dan kedua dari atas adalah  kod C dan D dengan posisi jari asal tanpa menggunakan capo. Gambar ke-3 pula adalah kod D dimainkan pada posisi jari yang sama dengan kod C setelah memasang capo pada fret yang kedua.

Bila masa yang sesuai menggunakan capo?

Berbalik kepada tujuan menggunakan capo, untuk memainkan kod tinggi dengan posisi kod rendah. Ada sesetengan lagu yang menggunakan kod separuh ton tinggi atau rendah dari kod major asas. Sebagai contoh Kod C#(atau Db)  adalah separa ton tinggi dari kod asas major C. Posisi jari untuk kod C# agak rumit dan sukar dimainkan terutama pemula gitar. Oleh sebab itu lebih mudah jika pemain memasang capo pada fret pertama dan boleh memainkan kod C# dengan posisi jari kod C. Dengan kata lain, jika anda boleh main 7 kod asas gitar, anda boleh main apa sahaja hampir semua kod yang ada semasa membaca tab atau music sheet.

Dari segi penjagaan dan jangka hayat gitar, aku lebih suka menggunakan capo, walaupun bukan bertujuan untuk memainkan kod tinggi. Apa maksudnya? Semasa latihan aku suka mengendurkan tali gitar satu oktaf lebih rendah – mengurangkan tegangan tali, boleh mengelakkan dari neck melengkung atau bridge keluar/rosak. Maksudnya tune gitar bukan dengan E-A-D-G-B-E, tetapi dengan D-G-C-F-A-D. Kemudian pasang capo pada fret kedua, dan boleh main dengan kod biasa. Dengan kata lain, capo juga berfungi sebagai pengganti kedudukan nut gitar.

Selain itu, ada juga genre atau tema lagu yang lebih sesuai dimainkan dengan kod pada oktaf yang lebih tinggi. Penggunaan capo dapat memudahkan permainan dan memberi mood kepada lagu.

Apakah jenis-jenis capo yang ada di pasaran dan berapa harganya?

Di  bawah ini ada ditunjukkan beberapa jenis capo yang biasa didapati di kedai muzik atau dari internet. Jangan tanya capo mana yang terbaik kerana ia subjektif. bagus atau tidak itu bergantung kepada jenis gitar dan kegemaran sendiri seperti design, berat, bentuk, bahan, harga etc. Harga capo juga berubah mengikut pasaran. Selalunya berharga dari RM10-100 mengikut jenis, jangka hayat dan jenama. Untuk pemula, jika tak pasti pilih harga yang berpatutan sekitar RM15-30. Anda boleh buat sendiri kalau tak mampu.

 
  

Contoh-contoh jenis capo mengikut turutan gambar.

  1. Dunlop elastic capo – antara yang termurah, tetapi getah mudah kendur jika kerap dipakai (jangka hayat 6 bulan – 2 tahun).
  2. Kyser quick-change capo – capo paling popular, sangat mudah dipasang dan tahan lama, tetapi kekuatan kemasan tidak boleh dilaraskan.
  3. Glider capo – kedudukan capo boleh dibuah dari fret ke fret lain dengan sangat mudah, tetapi spring besi boleh merosakkan finishing gitar terutama gitar yang mempunyai fret yang lebar, tidak sesuai dipakai pada gitar klasik dan perlu dipasang dengan berhati-hati.
  4. Shubb Deluxe S capo – mudah dipasang, kekemasan grip boleh diubah mengikut gitar, tetapi kelemahan capo ini adalah memerlukan masa semasa mengubah kedudukan fret kerana perlu laras kembali kekemasan grip terutama jika beza kelebaran neck gitar yang ketara.
  5. D’addario Planet Waves NS capo – tahan lama, kekemasan grip boleh laras semasa pemasangan, tetapi memerlukan masa.
  6. G7th Performance capo – sangat mudah dipasang dan dilonggarkan, digelar revolusi capo abad ke-21, tetapi harga yang agak mahal.

Capo di sebelah ini pula adalah ‘partial capo‘ buatan shubb. Seperti yang dicerita pada awal artikel, capo jenis ini digunakan untuk menekan tali ke 3, 4 dan 5 sahaja. Perhatikan bahagian getah atas yang agak pendek jika dibandingkan dengan capo biasa. Aku pernah main lagu dengan teknik fingerstyle menggunakan capo jenis ini. Mungkin kerana tidak biasa, jari selalu tersangkut dengan bahagian bawah (lock lever?) capo semasa mahu menukar kedudukan jari ke sebelah atas fret yang ditekan capo.

Semasa membuat rujukan di internet, aku ada terjumpa capo buatan sendiri. Anda juga boleh buat sendiri dirumah, hanya memerlukan sebatang pensel yang cukup panjang, dan beberapa keping getah bulat yang tebal. Rujuk gambar bawah, rasanya tak payah cerita pun boleh tahu macam mana nak buat : P

 

Apa yang perlu diambil kira semasa hendak membeli capo?

Capo dijual dalam pelbagai jenis, bentuk dan harga. Rujuk kembali contoh di atas sebelum membeli gitar. Perlu diingat juga walaupun kebanyakan capo dibuat dalam saiz universal, ada juga yang dijual hanya untuk jenis gitar akustik, elektrik dan klasik, kerana bahan dan saiz yang berbeza. Permukaan fretboard gitar klasik lebih rata (flat) berbanding akustik yang agak melengkung (curvy) sementara fret gitar elektrik lebih nipis. Jangan sampai salah pilih. Aku syorkan bawa gitar ke kedai, tanya penjual dengan baik sekiranya boleh dicuba memasang capo pada gitar sebelum membeli. Rasanya tiada masalah jika kedai ada sample atau capo tidak di’seal’ dalam pakej etc. Ada juga polisi kedai yang tidak membenarkan pelanggan mencuba barangan sebelum dibeli.

Selamat berjaya!

Desire HD adalah antara produk keluaran OS Android terbaik dari syarikat pembuat smartphone taiwan, HTC. Kenapa aku cakap terbaik? Sebab dah pakai sejak November tahun lepas tapi ada sesetengah fungsi yang ada pada HTC series terutama setelah diperkuat dengan HTC Sense yang masih tidak dapat ditandingi pencabar terdekat lain seperi Galaxy (SAMSUNG), Xperia (SONY), Droid (MOTOROLA) dll. Artikel ini bukan untuk membandingkan HTC Desire HD dengan peranti android lain, cuma menunjukkan beberapa fungsi yang mungkin tidak diketahui ramai. Beberapa feature yang tersenarai di bawah ini juga mungkin boleh didapati pada android mobile yang lain.

Tengok 7 minit video mengenai apa itu HTC Desire HD. Kalau sambungan internet anda agak perlahan, klik play dan pause, baca artikel dibawah sementara menunggu video habis di’loading’, dan anda boleh sambung tonton video.

Kami jatuh cinta dengan HTC Desire HD kerana;

A. SCENE, SKIN, WALLPAPER DAN WIDGET

   

1. Pilihan default tema untuk home, ada pelabagai jenis, boleh tambah scene jika download dari HTC Hub. Custom scene yang diedit boleh disimpan sebagai backup.

2. Pilihan skin (Default, Wood, Metal, Blackboard etc.)

3. Sokongan Live wallpaper (pilihan dari HTC Hub atau download apps yang menyokong Live Wallpaper dari Android Market).

4. Koleksi widget original dari HTC Hub seperti Facebook/Twitter/Flickr Timelines, Google Calendar, Weather forecast, Stock, Quick Setting etc.

B. SEMASA PANGGILAN

  
1. Built-in Facebook for HTC Sense – Jika fungsi sync diaktifkan, status terkini facebook pemanggil akan dipapar semasa mendapat panggilan – memberi idea topik perbualan kepada anda sebelum mula percakapan.

2. Ada fungsi ‘Flip to Silence – Semasa dalam office, dalam library, meeting dll, kalau terlupa untuk set dalam ‘silent mode’, tak perlu risau. Terbalikkan handset, bunyi dan vibrate akan senyap tanpa perlu memutuskan talian. Bergantung pada setting, panggilan akan di hantar ke Voice Mail, alihkan ke nombor lain etc.

3. Kawalan kekuatan bunyi ringtone automatik – Bunyi ringtone akan bertukar ke tahap maksimum jika diletakkan di dalam beg, poket etc. Bunyi jadi perlahan selepas handset dipegang.

4. Semasa panggilan, display akan auto off jika diletak di telinga – boleh mengelakkan dari tertekan butang mute, speaker atau mati panggilan. Alihkan dari telinga, display kembali on.

C. MAPS, LOCATIONS & WEATHER

   

1. Zero Wait Map – Peta dari google maps pada sekeliling paparan akan di download segera, supaya kita tak perlu menunggu masa untuk peta load setiap kali mengalihkan paparan – faster map browsing.

2. Map with compass – Fungsi kompas dimasukkan ke peta, supaya kita boleh tahu arah sebenar berbanding kedudukan dalam peta, amat membantu ketika berada di tempat yang asing.

3. Jika GPS diaktifkan, weather dan jam akan dikemas kini secara automatik, sangat membantu untuk pengguna yang melakukan perjalanan merentasi zon masa dll. (Boleh juga di aktifkan secara manual)

D. INTERNET

   

1.  Fit-to-screen format – Lihat 3 gambar atas dari kiri, adalah contoh format text pada website yang di susun secara automatik untuk penuhkan skrin. Dengan adanya fungsi terbaik ini, lebih mudah untuk membaca kandungan web kerana tak perlu slide ke kiri dan kekanan, AMAT menjimatkan masa. Fungsi ini juga disokong oleh Dolphin Browser HD (sehingga artikel ini dibuat, browser Firefox dan Opera masih tidak menyokong pilihan fit-to-screen zooming.)

2. Tekan lebih dari 2 saat untuk fungsi copy & paste, text akan di zoom secara automatik, memudahkan kita memilih bahagian text mana yang ingin disalin.

E. LAIN-LAIN

1. Gambar dan video dalam HD.

2. Mind blowing video & sound quality dengan saiz skrin 4.3″ dan dilengkapi dengan SRS Enhancement dan Dolby® Digital Surround Speakers.

3. Jika berdaftar dengan HTCSense.com, phone akan dikesan melalui GPS sekiranya hilang. Atau lebih baik untuk menjaga privasi, semua data yang ada dalam HTC Desire HD boleh dipadam terus dari HTC Sense.

4. Adobe Flash support for browsing.

5 Sharing dengan lebih mudah

5. Masukkan semua akaun email dalam satu inbox.

6. Custom Ringtones

7. External storage (MicroSD)

8. Tethering

Pendek kata ada banyak lagi fungsi yang menarik yang ada pada HTC Desire HD yang tak mampu diisi dalam artikel ini. Betullah tagline nya, HTC – Quietly Brilliant.. Sebab itu lah kami jatuh cinta dengan HTC Desire HD :)

HTC DESIRE HD Oficial : http://www.htc.com/www/product/desirehd/overview.html

Artikel ini menunjukkan jenis-jenis dan kegunaan pik serta panduan membeli/memilih guitar pick yang sesuai dengan gitar atau genre muzik yang dimain. Semua maklumat yang ada pada artikel ini bertujuan sebagai panduan asas dan ringkas sahaja, tidak perlu dijadikan sumber utama pemain gitar. Sebarang pertanyaan atau kesilapan sila tinggalkan di ruang komen.

Image credit – J Fry
Pik gitar berguna sebagai plektrum untuk plucking atau strumming gitar. Selalunya berbentuk ‘tear drop’ atau segitiga, pik dijual dalam pelbagai saiz, tebal, bentuk dan bahan. Material yang diguna untuk membuat pik selalu nya dari jenis plastik (nylon, tortex etc.), besi, kayu, gelas, tortoise shell dll. Saiz pula selalu dijual dalam 3 saiz utama iaitu Light, Medium dan Heavy. Bergantung kepada jenis dan brand, saiz Extra Light dan Extra Heavy juga di keluarkan

Apakah beza semua pik gitar ini? Bukan kah lebih mudah jika ada satu jenis pik untuk semua gitar? Teknik, genre, jenis gitar, jenis tali, tempat gitar dimainkan misalnya adalah antara faktor kenapa berlainan jenis pik diperlukan.

  1. Light – Sesuai untuk permainan strumming, bunyi yang lebih soft, kurang merosakkan permukaan finishing body gitar, tetapi pik lebih mudah haus jika dimainkan pada tali gitar jenis medium atau heavy, bunyi lentik pik juga kedengaran jelas jika diguna pada gitar yang menggunakan pikap jenis bukan magnetic atau jika dihala mic (untuk gitar akustik)
  2. Medium – Paling popular, berguna untuk permainan lead, genre rock dan metal,  memberi lebih kawalan, tidak mudah haus berbanding pik jenis Light.
  3. Heavy – Lebih kawalan kepada permainan, bunyi dihasilkan lebih ‘bright’, selalu dimainkan pemain gitar jazz, pik tahan lama, tetapi tali mudah haus terutama tali y ang di’coating’ seperti elixir.

Dari segi cost-performance, bahan dari plastik paling kerap digunakan untuk pik. Ada juga gitaris yang berpendapat bahawa bahan ‘tortoise shell’ menghasilkan bunyi yang lebih jelas berbanding plastik dan metal, cuma harganya agak mahal dan sukar didapati. Selalunya bahan tortex dijadi sebagai ganti memandangkan ia paling mirip dengan tortoise shell.

Gambar dibawah adalah contoh beberapa jenis pik dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Pik senang jatuh? Tak cukup grip? Kalau begitu pakai ‘thumb pick’, pik jenis ini diselitkan pada ibu jari, tidak mudah jatuh walaupun dengan grip jari yang lemah. Cuma pik jenis ini jarang dipakai untuk tempoh permainan yang lama kerana grip pik pada jari menyebabkan senang lenguh. Pik jenis ini juga ada pelbagai saiz dan bahan.

Pik mana yang sesuai? Cadangan dari aku? Sila cuba pelbagai jenis dan bahan pik. Dari situ anda boleh kenal sendiri apa jenis pik yang sesuai dengan gitar dan genre muzik anda.

Sila cuba aplikasi game android, Paper Toss dari pembuat video game Backflip Studios. Game ini mudah, ringkas dan percuma dari Android Market.

Ada 6 level untuk versi percuma ini iaitu Easy, Medium, Hard, Airport, Basement dan Restroom. Anda cuma perlu flip paper ball ke dalam tong sampah yang ada. Hati-hati dengan laju dan arah angin yang ditiup dari kipas. Skor tertinggi akan ditetapkan mengikut jumlah paper yang masuk secara berturut. Tekan menu untuk hidup/padamkan bunyi.

Di dalam artikel ini ada disediakan nama bahagian-bahagian utama untuk gitar akustik dan elektrik. Untuk acoustic guitar aku guna contoh dari Takamine cutaway model, dan untuk electric guitar aku ambil contoh dari Fender stratocaster. Ada antara bahagian, kedudukan atau saiz yang mungkin agak berbeza dengan gambar di bawah ini, tapi secara keseluruhan ini adalah antara yang paling umum.

Untuk pemula, dengan mengenal bahagian-bahagian gitar seperti fret, nut, neck, bridge ini diharap dapat membantu anda semasa memilih untuk membeli gitar seperti yang aku pernah ceritakan di artikel Panduan Membeli Gitar.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Guitar Parts (Nama bahagian gitar)

Impian (?) ini akan jadi kenyataan sekiranya anda pakai kerusi lipat yang direka dari pereka belanda, Douwe Jacobs dan Tom Schouten, fluxchair. Kerusi dengan dimensi [640 x 620 x 850mm] ini jika dilipat boleh menjdai senipis 15mm, hampir sama nipis dengan sekotak DVD original. Kerusi ni boleh didapati dalam 8 warna, cuma sehingga artikel ini dibuat, masih belum di jual di Malaysia. Satu kerusi berharga €129.00 (tidak termasuk kos penghantaran) dan boleh dibeli di fluxstore.

Dalam artikel ni aku nak tunjukkan 7 kod asas gitar yang wajib kena belajar untuk beginner, iaitu C, Dm, Em, F, G, Am dan B7. Banyak tab gitar kat Zairul.com yang pakai kord-kord ini, so kalau nak main lagu melayu kapok-style especially lagu rock, pop 90-an, hafal dan banyakkan prektis.

Dalam setiap gambar tu ada disediakan sekali rajah dot fingering (kat penjuru atas sebelah kiri) untuk senang check tali dan fret mana yang perlu ditekan, dimain secara open atau mute. Gambar kedudukan jari itu juga sebagai contoh sahaja, yang paling penting keselesaan jari gitaris semasa main gitar.

Sapa yang ada twitter atau facebook boleh klik butang share kat atas.

UPDATE Aug 7th, 2011
Maksud simbol pada penjuru atas kiri gambar;

Tanda ‘x’ = Mute (tak perlu petik tali, atau sentuh tali untuk matikan bunyi)
Tanda ‘○’ = Open string (petik sahaja tali tanpa perlu tekan mana-mana fret)
Tanda ‘●’ = Play string (petik tali sambil tekan pada kedudukan fret yang ditunjuk)

Selamat berjaya.

Teori asas muzik tidak boleh dipandang remeh dalam pembelajaran gitar. Anda memang boleh terus pegang gitar, ingat posisi kod dan terus mainkan lagu. Tapi untuk cari kod lagu, nak main solo part, anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas kepada teori muzik.  Tutorial kali ini akan menerangkan perkara paling asas dalam muzik iaitu tone, note dan scale, sebelum boleh masuk ke asas kod.

*PERINGATAN : Tutorial ini adalah ringkasan dari teori muzik yang sebenar, supaya mudah difahami pembaca. Jika anda mengambil jurusan muzik, sila rujuk buku teori muzik di kedai buku atau perpustakaan berhampiran. Zairul .com tidak bertanggungjawab atas ketidaklulusan anda akibat dari membaca artikel ini.

Rujuk gambarajah piano di atas.

Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu dalam note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B.  Jarak dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu seperti gambar di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D dikira sebagai “whole tone” atau “full tone”. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole tone.

* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas, dan b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.

Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula dengan C.  Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula dengan F dipanggil nada dalam key F. Tahukah anda bahawa julat vokal Mariah Carey adalah 5 octave? Berapa julat vokal (vocal range) anda?

Ada 2 scale asas music, major dan minor. Apa kombinasi not untuk key major atau minor? Gunakan teori seperti rajah di atas. Kita ulang balik kitaran untuk satu octave;

Rajah di atas adalah major scale dalam key note C. Nombor di atas note adalah kiraan jarak. Dengan cara yang sama, cuba anda cari kombinasi note untuk major scale dalam key note E.

Rajah di atas pula adalah minor scale dalam key note A. Cuba anda cari minor scale dalam key Db.

Sekian dahulu teori asas muzik kali ini, artikel seterusnya akan menyusul di Zairul.com.