Announcement : Blog dibuka semula

Assalamualakum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi melawat Zairul and the Blog.

Buat pengetahuan semua, pada pertengahan December 2011 database dan fail wordpress blog ini telah diserang oleh beberapa malware. Ia telah dikesan oleh XServer, hosting pelayan untuk Zairul.com.

Oleh itu ‘Zairul and the Blog’ telah ditutup buat sementara sehingga 21 Jan 2012 untuk kerja-kerja pasang semula sepenuhnya wordpress, gambar, pelekatan dan juga pangkalan data. Semua fail dan plugin serta database telah dikemaskini, beberapa plugin penguat sekuriti juga telah dipasang dengan harapan tiada lagi anasir lain yang merencatkan perjalanan dan misi portal blog ini.

Bagaimanapun blog ini masih belum siap sepenuhnya, ada beberapa perkara lagi yang ingin saya siapkan sedikit demi sedikit, apapun anda semua boleh akses blog ini seperti biasa dan fungsi komen juga telah diaktifkan kembali.

Facebook PageFacebook page untuk blog ini berjalan seperti biasa, sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang sudi untuk promosi dan ‘Like’.

TwitterKepada pengguna twitter anda boleh follow saya di twitter. Saya menggunakan id @zairvl. Terima kasih kepada yang sudah follow.

GooglePlusPengguna GooglePlus juga dialu-alukan untuk menambah akaun saya ke circle anda. Profil GooglePlus.

Sekian harap maklum,

Zairul Azmil

Lagu annoying terbaik hari ini

Bukak Utusan Malaysia hari ini, reload sampai keluar ads “2 Good 2 be True” mcm dlm gambar bawah ni, mose over dekat banner ad tu, nanti akan keluar lagu annoying tahap cipan yang memang psycho habis. Kalau korang ada niat nak balas dendam dengan sapa-sapa, rekod lagu tu dan loop play kan lagu tu kat telinga dia.

Aku dah cuba biar dia on kat PC aku dah 10 minit, and sekarang rasa macam nak muntah.. Sapa yang boleh pecahkan rekod aku? Tahniah sapa yang buat ad tu aku memang salute korang.

Tak dapat tengok? Nah video;

Buggy bharian.com.my

Aku selalu perasan satu bug kat bharian.com.my – tunjuk new lama. Mungkin korang pun pernah perasan. Ada sekali heboh kat twitter pasal bharian tunjuk news result tenis yang dah lama keluar – yang kononnya bharian ni tak up to date – padahal disebabkan oleh funny bugs.

Aku bukak bharian.com.my pagi ni, dan list news yang diorang tunjuk adalah from hari Sabtu last week. Tengok screencap kat bawah;

Kalau tengok upper left area kan tulis “Ahad 19 Sept”, tapi list berita mutakhir tu semua minggu lepas punye (12 Sept.) Ini bukan pertama kali yang aku perasan. Dah banyak kali. Time-glitch? Deja-vu? lol

Kalau tunggu a few hour dia selalunya akan betulkan.

So kepada webmaster bharian, please do something about it. Korang tu mainstream media buat malu la kalau benda macam ni terlepas pandang. Jangan nak kira buat untung dari iklan cepat kaya + kuat seks je dari website anda.

Aku baca bharian sebab dia tak meluat macam utusan meluat. Tapi kalau banyak sangat fenomena camni, nanti korang pulak yang jadi Berita Hairan

Toyota, Mitsubishi, FTO dan Supra

Berita yang dicopy-paste dari mstar online

Rabu November 4, 2009
Pantang maut sebelum ajal
PETALING JAYA: Pantang maut sebelum ajal. Amat menakjubkan seorang pelajar tingkatan lima masih hidup walaupun kenderaannya jenis Toyota FTO melanggar dinding di bawah satu jejambat bertentangan Phileo Damansara, hari ini.

Pemandu terbabit yang hanya dikenali sebagai Mohd Aliff hanya patah kaki selepas hilang kawalan kenderaannya ketika memandu pulang dari perpustakaan sekolah.

[sambung baca di mstar]
Toyota Supra EksidenEh kejap-kejap… rewind balik.. TOYOTA FTO???? Mana ade toyota FTO la.. Kalau FTO tu Mitsubishi.. Kalau tengok gambar kat Utusan kat sebelah kiri ni, nampak terang2 kereta biru tu toyota Supra.. Tak caya tengok gambar kat tepi ni.. memang la lampu belakang dia dekat sama.. appara. Mmmm tapi takpe la kalau tak biasa dengan kereta memang susah nak cam pun.. lagipun bentuk dua-dua kereta ni dekat2 sama. Yang beza paling senang nampak kat lampu belakang dia.. compare gambar kat bawah ni..

Tengok betul betul encik mstar… yang ini Toyota Supra..
supraview

Yang ini pulak Mitsubishi FTO…
ftoview

Muka bangga

cow1Apa yang syok aku pun tatau la. Mungkin sebab;

1. Seronok kena gari.
2. Seronok bayar ikat jamin RM5K.
3. Seronok sebab dah kena tangkap polis, so tayah pegi kerja.
4. Seronok sebab boleh jimat duit air rumah kalau kena lokap.
5. Seronok memikirkan ada kebarangkalian makan free dalam penjara 3 tahun.
6. Seronok masuk paper.
7. Sebab dah masuk paper, famous la lepas ni senang nak cari kerja baru nak ganti kerja yang bakal kena buang.
8. Seronok sebab dah dikira “jihad” dan ada harapan “syahid”

Pic & article from Mstar Online

6 lelaki didakwa insiden kepala lembu

SHAH ALAM: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas.

Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.

Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar mencadangkan agar kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mengetuai pihak pembelaan, membantah jumlah jaminan yang dicadangkan kerana menganggap ianya amat tinggi dan satu bebanan kepada kesemua tertuduh.

Beliau berkata kesemua anak guamnya telah dimaklumkan semalam bahawa mereka akan dituduh hari ini dan mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

“Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh juga menunjukkan seolah-olah ia satu kesalahan menghina agama lain sedangkan mereka tidak berniat untuk berbuat demikian. Bagi orang Melayu lembu melambangkan kebodohan dan bukan membawa penghinaan kepada agama lain,” katanya sambil memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM500 setiap seorang.

Mohd Dusuki pula berkata jumlah jaminan RM500 yang dimohon oleh pihak pembelaan tidak wajar dan tidak sesuai dengan pertuduhan kerana kes itu mendapat liputan meluas media elektronik dan cetak serta banyak laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

“Justeru mohon RM15,000 dikekalkan kerana jumlah itu wajar berdasarkan kepada latar belakang kes yang mendapat liputan meluas media dan melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Mendengar hujahan pihak pendakwaan, Salehuddin bangun dan berkata liputan meluas media terhadap kes itu tidak seharusnya dijadikan faktor oleh mahkamah dalam menentukan jumlah jaminan.

“Takkan kita nak hukum tertuduh berdasarkan liputan meluas itu,” katanya.

Hasbi kemudian mengenakan ikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret di sini pula, Ahmad Mahayuddin, Ibrahim, Eyzva Ezhar, Mohd Azmir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi turut menghadapi satu lagi pertuduhan bersama enam yang lain iaitu telah mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undangundang di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Turut didakwa ialah Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohammad Nordin Zakaria, 63, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39 dan Azhari Shaari, 39.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan enam yang turut dituduh di Mahkamah Sesyen di sini sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM300 setiap seorang serta seorang penjamin manakala enam lagi dibebaskan dengan RM500 setiap seorang serta seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan semula kes. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan.

Suasana di dalam keduadua mahkamah sesak dengan anggota keluarga tertuduh dan penduduk Seksyen 23.

Kenapa Utusan Banyak Typo?

Lately, aku tengok Utusan Online selalu keluar typo. Kenapa ek? Bukan selalu newspaper editor alert ke benda-benda macam ni? Yang paling banyak aku perasaan salah tulis result EPL. Itu biasa la.

Bukak Utusan Online hari ini, tgk news : Pemain Brazil disambut seperti wira

utusan_090906

Sekali tengok nampak macam ok. Cuba kalau kita zoom;

utusan_090907

Hahaha.. positif ketiak tu ape? Come on la Utusan. Tapi “The Malaysian top news provider in Bahasa Melayu”