Never ending chalk?

Pernah tak masa sekolah dulu, selepas cikgu menulis dengan kapur kat papan hitam, bila padam je penuh habuk kat tangan, kat baju, tersedak sebab tercium kapur masuk hidung.. kenangan ini mungkin tidak lagi boleh dikongsi bersama kanak-kanak sekarang dengan adanya ciptaan Chalkeeper oleh designer Yonggu Do dan Eunha Seo.

Chalkeeper adalah pemadam papan hitam yang mengumpul kembali habuk sisa dari kapur, dan akan membentuk semula kapur dengan tanda comel recycle pada hujungnya. Cara ini selamat untuk kanak-kanak terutama yang ada alah, mengurangkan penghasilan sampah, dan menjimatkan kerana hampir semua kapur boleh dikitar semula.

Source : Yanko Design

Eiichiro Oda lukis Mechaike’s Members macam One Piece

Sapa fan One-Piece anime/manga yang tengok Mechaike semalam mesti jeles dan bengang sebab Eiichiro Oda lukiskan gambar members tv program Mechaike tu macam One Piece.

Agak2nya camne nak mintak tolong Oda Sensei lukiskan gambar aku aa?

One Piece - Mechaike ver.

Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Piece
Onepiecewikai : http://onepiece.wikia.com/wiki/Main_Page

Sony Walkman Dock Speaker RDP-NWV500

Creative, modern and cool, itu yang boleh aku katakan tentang dock speaker keluaran sony. Model RDP-NWV500 dah keluar kat Jepun hujung bulan April, dan model yang sama untuk ipod (SRS-V500IP) baru keluar kat US 24 September lepas.

Apa bendanya sound mug ni? Secara kasar, ia adalah mobile speaker yang mempunyai bentuk seperti thermos. Saiznya sebesar botol air 500ml dengan berat yang hampir sama so kalau pegang memang rasa macam pegang botol air.

Features;

Apa yang membezakan sound mug dengan speaker biasa adalah pada cara bunyi dikeluarkan. Circle Sound Stage membolehkan sound dimain hala ke 360° dari sound mug. Secara teori, bunyi dari speaker sama didengar dari semua arah.

Gallery

Most Interesting Bookstores Of The World

Pernah tak korang pegi kedai buku yang cool-artistic-modern-design-type-wise? Ada satu post di Session Magazines, yg kumpul koleksi beauty bookstores dari pengguna Flickr..

Rasa-rasanya kalau banyak bookstores yang ccol macam tu kat Malaysia, agak-agak boleh menambah minat rakyat kita untuk baca buku ke? Kadang-kadang (baca : 2 bulan sekali) aku pergi jugak ke Maruzen, Kinokuniya, sebab tempat nya besar jugak, saja tengok buku apa yang menarik. Yang best kat sini boleh baca kat kedai takde orang marah. Kira dah tengok buku yang okay baru beli. Kalau nak tengok gambar lagi boleh tengok kat Session Magazines tu.

most-interesting-bookstores-of-the-world02most-interesting-bookstores-of-the-world01most-interesting-bookstores-of-the-world09most-interesting-bookstores-of-the-world10most-interesting-bookstores-of-the-world12most-interesting-bookstores-of-the-world16