Tag Archives: harga

guitar_with_capodaster

Aksesori gitar : Apa itu Capo?

Anda mungkin pernah jumpa ayat seperti “Capo:2″ atau “Capo pada fret ke-3″ semasa membaca tob/kod pada website tablature ataupun music score sheet. Tapi apa benda nya CAPO tu? Macam mana pulak nak sebut nya ni? KA-PO ke CHA-PO ke CAP – OWH?? Artikel ini akan menjawab kemusykilan anda berkenaan apakah itu capo.

Apakah itu capo atau capotasto atau capodastro?

Capotasto (dari bahasa Itali bermaksud ‘Head-Tie’) atau dipendekkan sebagai Capo (selalu dibaca sebagai KA-PO dalam melayu atau KAY-POE in english), adalah aksesori muzik yang diguna untuk memendekkan pitch dari nut ke saddle pada gitar, juga diguna pada sesetengah alat muzik bertali lain seperti mandolin dan banjo. Capo pada am nya akan menekan keseluruhan tali pada satu fret. Bagaimanapun ada jenis capo yang hanya menekan tali ke-2, ke-3 dan ke-4. atau tali ke-3, ke-4 dan ke-5 sahaja. Capo jenis ini selalu dipakai untuk banjo dan permainan akustik gitar secara fingerstyle.

Apakah matlamat penggunaan kapo?

Seperti yang dikatakan sebelum ini, dengan memasang capo di atas fret pada neck gitar, jarak pitch tali akan dipendekkan, bermakna anda boleh main kod yang tinggi dengan posisi jari pada kod yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika anda meletakkan capo pada fret ke-2, anda boleh memainkan kod satu oktaf tinggi dari kod biasa. Rujuk gambar dibawah;

Gambar pertama dan kedua dari atas adalah  kod C dan D dengan posisi jari asal tanpa menggunakan capo. Gambar ke-3 pula adalah kod D dimainkan pada posisi jari yang sama dengan kod C setelah memasang capo pada fret yang kedua.

Bila masa yang sesuai menggunakan capo?

Berbalik kepada tujuan menggunakan capo, untuk memainkan kod tinggi dengan posisi kod rendah. Ada sesetengan lagu yang menggunakan kod separuh ton tinggi atau rendah dari kod major asas. Sebagai contoh Kod C#(atau Db)  adalah separa ton tinggi dari kod asas major C. Posisi jari untuk kod C# agak rumit dan sukar dimainkan terutama pemula gitar. Oleh sebab itu lebih mudah jika pemain memasang capo pada fret pertama dan boleh memainkan kod C# dengan posisi jari kod C. Dengan kata lain, jika anda boleh main 7 kod asas gitar, anda boleh main apa sahaja hampir semua kod yang ada semasa membaca tab atau music sheet.

Dari segi penjagaan dan jangka hayat gitar, aku lebih suka menggunakan capo, walaupun bukan bertujuan untuk memainkan kod tinggi. Apa maksudnya? Semasa latihan aku suka mengendurkan tali gitar satu oktaf lebih rendah – mengurangkan tegangan tali, boleh mengelakkan dari neck melengkung atau bridge keluar/rosak. Maksudnya tune gitar bukan dengan E-A-D-G-B-E, tetapi dengan D-G-C-F-A-D. Kemudian pasang capo pada fret kedua, dan boleh main dengan kod biasa. Dengan kata lain, capo juga berfungi sebagai pengganti kedudukan nut gitar.

Selain itu, ada juga genre atau tema lagu yang lebih sesuai dimainkan dengan kod pada oktaf yang lebih tinggi. Penggunaan capo dapat memudahkan permainan dan memberi mood kepada lagu.

Apakah jenis-jenis capo yang ada di pasaran dan berapa harganya?

Di  bawah ini ada ditunjukkan beberapa jenis capo yang biasa didapati di kedai muzik atau dari internet. Jangan tanya capo mana yang terbaik kerana ia subjektif. bagus atau tidak itu bergantung kepada jenis gitar dan kegemaran sendiri seperti design, berat, bentuk, bahan, harga etc. Harga capo juga berubah mengikut pasaran. Selalunya berharga dari RM10-100 mengikut jenis, jangka hayat dan jenama. Untuk pemula, jika tak pasti pilih harga yang berpatutan sekitar RM15-30. Anda boleh buat sendiri kalau tak mampu.

 
  

Contoh-contoh jenis capo mengikut turutan gambar.

  1. Dunlop elastic capo – antara yang termurah, tetapi getah mudah kendur jika kerap dipakai (jangka hayat 6 bulan – 2 tahun).
  2. Kyser quick-change capo – capo paling popular, sangat mudah dipasang dan tahan lama, tetapi kekuatan kemasan tidak boleh dilaraskan.
  3. Glider capo – kedudukan capo boleh dibuah dari fret ke fret lain dengan sangat mudah, tetapi spring besi boleh merosakkan finishing gitar terutama gitar yang mempunyai fret yang lebar, tidak sesuai dipakai pada gitar klasik dan perlu dipasang dengan berhati-hati.
  4. Shubb Deluxe S capo – mudah dipasang, kekemasan grip boleh diubah mengikut gitar, tetapi kelemahan capo ini adalah memerlukan masa semasa mengubah kedudukan fret kerana perlu laras kembali kekemasan grip terutama jika beza kelebaran neck gitar yang ketara.
  5. D’addario Planet Waves NS capo – tahan lama, kekemasan grip boleh laras semasa pemasangan, tetapi memerlukan masa.
  6. G7th Performance capo – sangat mudah dipasang dan dilonggarkan, digelar revolusi capo abad ke-21, tetapi harga yang agak mahal.

Capo di sebelah ini pula adalah ‘partial capo‘ buatan shubb. Seperti yang dicerita pada awal artikel, capo jenis ini digunakan untuk menekan tali ke 3, 4 dan 5 sahaja. Perhatikan bahagian getah atas yang agak pendek jika dibandingkan dengan capo biasa. Aku pernah main lagu dengan teknik fingerstyle menggunakan capo jenis ini. Mungkin kerana tidak biasa, jari selalu tersangkut dengan bahagian bawah (lock lever?) capo semasa mahu menukar kedudukan jari ke sebelah atas fret yang ditekan capo.

Semasa membuat rujukan di internet, aku ada terjumpa capo buatan sendiri. Anda juga boleh buat sendiri dirumah, hanya memerlukan sebatang pensel yang cukup panjang, dan beberapa keping getah bulat yang tebal. Rujuk gambar bawah, rasanya tak payah cerita pun boleh tahu macam mana nak buat : P

 

Apa yang perlu diambil kira semasa hendak membeli capo?

Capo dijual dalam pelbagai jenis, bentuk dan harga. Rujuk kembali contoh di atas sebelum membeli gitar. Perlu diingat juga walaupun kebanyakan capo dibuat dalam saiz universal, ada juga yang dijual hanya untuk jenis gitar akustik, elektrik dan klasik, kerana bahan dan saiz yang berbeza. Permukaan fretboard gitar klasik lebih rata (flat) berbanding akustik yang agak melengkung (curvy) sementara fret gitar elektrik lebih nipis. Jangan sampai salah pilih. Aku syorkan bawa gitar ke kedai, tanya penjual dengan baik sekiranya boleh dicuba memasang capo pada gitar sebelum membeli. Rasanya tiada masalah jika kedai ada sample atau capo tidak di’seal’ dalam pakej etc. Ada juga polisi kedai yang tidak membenarkan pelanggan mencuba barangan sebelum dibeli.

Selamat berjaya!

Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) Seremban-KL-Ipoh

Setelah bertahun-tahun menunggu akhirnya siaplah jugak fasa landasan berkembar dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Perjalan pertama ke Ipoh akan bermula pada hari Rabu ini. Harga tiket difahamkan diantara RM10-RM38 untuk perjalanan di antara IPOH ke SEREMBAN. Buat masa ini hanya ada satu kelas disediakan dan kelas bisnes akan ditambah pada fasa yang berikutnya. Tiket sudah dijual di kaunter ETS di KL Sentral, Ipoh dan Seremban sementara di kaunter sementara KTMB di stesen hentian ETS lain.

Ada dua jenis perkhidmatan ETS iaitu Express dan Transit. Perjalanan ETS Transit berhenti pada setiap stesen hentian ETS manakala ETS Express pula hanya lalu tanpa berhenti di stesen hentian tertentu seperti Tapah Road, Sungkai, Slim River dan sebagainya (sila rujuk jadual perjalanan di bawah)

Fasitili dan kemudahan yang disediakan dalam keretapi elektrik;

Soket elektrik (Power socket)
Satu soket disediakan di antara 2 tempat duduk, adaptor akan disediakan oleh pramugari/pramugara sekiranyanya ada permintaan dari penumpang.

Tandas
Dua tandas sedia OKU disediakan pada koc B dan E, juga boleh digunakan dengan kerusi roda.

Kantin
Kantin disediakan di koc C dengan 5 kerusi jenis bar. Pramugari/pramugara juga akan melalui setiap koc bersama Food & Beverages Cart untuk kemudahan penumpang membeli makanan dan minuman.

LED TV
LED TV info dan hiburan disediakan pada setiap kerusi penumpang.

Tempat meletak barang
Tempat meletak barang (Luggage compartment) disediakan tetapi saiz yang agak terhad.

Keselamatan
CCTV beroperasi pada setiap koc untuk tujuan memastikan keselamatan penumpang.

Perkhidmatan Khas
Keutamaan tempat (Priority seating) dan layanan untuk penumpang OKU disediakan.

Mesra Alam
Koc keretapi yang mesra-alam kerana menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

Harga dan jadual perjalanan ETS adalah seperti dibawah;
(Gambar rujukan dari laman web Malayrailway.com )
*Sila klik untuk paparan lebih besar

Tak banyak info yang diketahui berkenaan perkhidmatan ETS ni. Laman web yang ada pun macam jambatan tak siap. Di forum Lowyat ada beberapa user yang sudi menguploadkan gambar-gambar dari luar dan dalam ETS.

DISCLAIMER : Gambar-gambar dibawah ini aku ambil untuk tujuan rujukan dari forum Lowyat.net , dan aku tidak ada hak bertulis terhadap gambar-gambar di bawah. Aku masukkan disini untuk tujuan sharing dan tidak lebih dari itu. Harap maklum.

Fasa seterunya ke Padang Besar sedang giat dijalankan. Nanti senang la kalau nak ulang alik ke KL. Tayah cuak dah naik bas.

Maklumat tambahan boleh didapati di laman web rasmi ETS : http://ets-train.com.my/
Laman web rasmi itu masih dalam pembinaan. Tak banyak info yang ada dan kebanyakan link masih belum berfungsi.

Ada jugak video dari YouTube tunjuk train ini boleh cecah laju 160km/h;

Video interior (low resolution);

Rujukan berita:

Panduan membeli (memilih) gitar.

Guitars

Jadi untuk panduan semua, dan untuk menjimatkan masa aku menjawab email setiap orang, aku nak share sedikit kat sini apa homework yang perlu korang buat sebelum beli gitar. Nak kata tips berguna tu tak lah jugak dan cara di bawah ini mungkin bukan yang terbaik, setiap orang ada cara masing masing. Tapi aku harap dengan adanya tutorial/guide/teknik (?) ringkas ni semoga dapat menolong sedikit sebanyak korang sebelum beli gitar.


Kira budget

walletBukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna… Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la sampai kena kira macam tu.

Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah power main.

Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni (atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.

Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.


Jenis Gitar

Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons jenis-jenis gitar ini dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan muzik yang anda mahu mainkan.

A) Gitar Elektrik

electric-guitarSeperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar eletrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.

Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.

Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk “Kira Budget”). Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.

B) Gitar Akustik

acoustic-guitarJuga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).

Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.

Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.

(C) Gitar Klasik

classical_guitarKonsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.

Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.

Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.

Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.


Persediaan sebelum beli gitar

Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum beli gitar.

GETTING READY

  1. Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar, petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
  2. Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda, “ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing) gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal, bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful tips; IGNORE annoying salesman…
  3. Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai lain.
  4. Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
  5. Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran. Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get. So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.

TODAY WE BUY ONE!

  1. Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
  2. Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar. Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak. Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade bunyi lari ke tak.
  3. Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson, Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
  4. Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.

So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner mahupun advanced guitarist.

Apa tunggu lagi? Selamat berjaya dan semoga berjumpa dengan gitar idaman anda..