Creepy Girl from Motion Potrait

Creepy GirlCool flash yang dibuat oleh MotionPotrait Inc. Sesuai dengan tajuk, memang creepy sungguh. Btw, MotionPotrait?

“MotionPortrait is the technology that automatically creates 3D face model from one single picture, which can be animated in a variety of facial expressions.”

Layan la flash ni. Tapi jangan tengok lama sangat. Silap2 boleh ter”angau” dengan creepy girl tu haha.

One step to Wawasan 2020

Ello folks, lame tak update blog sbb aku baru balik ke Msia last Saturday, and bad news from Aloy (my bro).. “Internet takley pakai..” aaaaaaa apsal? “Tak bayo kot” kate my dad. Pastu check bill.. mmph.. dah bayo la pulak.. So, last choice, pegi Telekom dan get ready untuk menyembur. Flash back last year, when my family nk apply Streamyx, ingat balik die punye customer service.. mmg hampeh gile.. dengan lembabnye, tak menjawab soalannye, ingat sumer org genius ke nk figure out sendiri.. plus the kerani yg handle the application at that time was very the kerek one. Sampai kalau tak salah aku at one point aku ckp “Saya ni mana reti sangat kak! SPM pun gred 3 aje! Cube terang bagi saya paham!!”.. Dah apply bayar, then after seminggu baru masuk line.. Itu pun kalau thari jgn harap la nk ade line.. Mesti disconnect memanjang nye..

Annyway,

Aku terpaksa menabahkan hati pegi jugak Telekom, nk check apsal takley connect ni, sambil on the way memikir, ape aa nk sembur kalau service die cam sial. Sampai2 je aku tgk, wah wah, designing counter sumer dah tukar, no more long lines, ade 10 counter, semua bukak, 4 counter bayaran, 6 services etc. Pakai pun sumer smart, seragam, udara pun wangi gak (tahun lepas cam ade bau hancing sikit btw) Sampai giliran aku.. “#1706, sile ke kaunter 3.. #1706, sile ke kaunter 3..” Slow2 aku pegi menghadap makcik tu.. ehem ehem..

“Terima kasih dan selamat datang.. boleh saya bantu..” Terkejut aku.. tak pernah2 diorg ckp time kasih ke ape..

“Saya nk tanye.. bla bla bla bla.. apsal ade connection error.. bla bla bla… “,

“Okay, boleh saya mintak Encik punye user ID dan number phone masa register?” Aik.. lembut nye la die ckp..

“Err ID XXXX, Phone XXXXX”..,

“Okay, Encik tunggu sekejap, saya semak ye”,

“OK”,

after 10 seconds..

“Okay, saya dah semak kat sini dan nampak tiada masalah connection atau lewat bayaran.. so mungkin ade masalah setting pada PC atau ade masalah dengan kabel.. So encik pergi kat phone corner belakang counter 10, guna phone #1 dan Encik boleh buat laporan kerosakan. Atau klau Encik nk call terus boleh call 1800-xxxx.., nanti technical department kami akan bantu encik”,

“OO okay”,

“Ade apa-apa lagi yang boleh kami bantu?”,

“Aaa.. takde kot”,

“Okay terima kasih kerana berurusan dengan kami.”,

“Ya, sama sama”.

At this point from scale 1 to 10, aku bagi point 9.2 untuk service. Then aku balik rumah, and call number yg die kasik tadi..

truut truut
“Terima kasih kerana menghubungi Telekom Malaysia. Sila tekan 1 pilihan bahasa melayu bla bla sile tekan 3 untuk bantuan teknikal bla bla..”

Pastu aku tekan 3,

“Anda akan dihubungkan dengan operator kami untuk bantuan teknikal. Sila maklum bahawa panggilan ini akan dirakamkan untuk tujuan latihan, dan untuk kami menilai dan memperbaiki servis kami. Terima Kasih..”,

Aku terdiam.

Truut truut..

“Terima kasih kerana menghubungi kami.. boleh saya bantu”,

“Hello, Assalamualaikum.. saya blb blb bla.. takley sambung ni bla bla bla keluar Error:769, blab la bla..”,

“okay mcm ni, boleh saya dapat pengesahan ID, bla bla..”,

“ID xxx #IC xxxx-xx-xxxxx”,

“Okay mcm ni, Encik Zairul tekan bla bla bla bla bla bla, then tengok bla blab la bla, pastu try restart.”,

Restarting PC..

“Okay dah boleh”,

“Okay, ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu?”,

“Aaa.. takde”,

“Okay terima kasih kerana berurusan dengan kami.”,

“Ya, sama sama”.

Letak phone then aku ckp wow, tahniah anda Telekom kerana at least anda telah apply one thing yg telah lama dibuat di negara2 maju – excellent customer service. To tell korang, duduk kat Jepun this 6 years, instead ramai yg org kata “Best la ko dapat keta best2..”, or kata Arsyan “Best la ko, awek2 budak sekolah Jepun sumer pakai skirt pendek2 sumer lawa2.. rekemen la kat aku woi”, pada aku antara one of the best reason why aku rase senang duduk sini adalah sebab customer service diorg.. mmg cukup bagus.. and to tell the truth aku tak sangkan Telekom dah apply that and tak salah kalau aku ckp better. mcm aku ckp, congrats, that’s one step to Negara Maju 2020.

Anyway, aku akan pegi JPJ next week nk setelkan some stuff.. Then bagi aku judge pulak government punye customer service.. tgk boleh celen telekom tak.. heheh.. nanti aku citer lagi. Brb

My StatCounter

Apa website stats soft/service yang korang pakai? Kalau ikut pengalaman aku, biasenye aku susah nk puas hati dengan 1 type aje. Sbb tu aku pakai awstats, dengan statcounter. Statcounter tu pun aku baru try dlm 2 minggu ni, tak sempat nk check sgt lagi. Tapi byk gak la “cool” stuff, tak padan dengan free service dia. Antara feature yg best, korang bleh check recent visitor map. Mmg la die trace provider, tapi bayangkan la kalau one day die boleh detect live sape yg browse kite punye website, kan kurang spammer, or annoying “Anonymous” spam-comment etc. So lepas ni jiran pun dah susah la nk kutuk jiran.. ekekeke

Recent Visitors

Kerajaan Pantau Laman Web, SMS

Petikan dari Utusan Malaysia, 2 Ogos 2006

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Jamaluddin Jarjis berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Abis la.. lepas ni semua blog made in Malaysia hanya boleh tulis benda-benda yang puji government aje.. Kalau ade salah pun kite kena puji gak.. jangan tegur nanti kena tahan ISA.

Soalan untuk Pak Lah;

1. Apakah itu kebebasan bersuara?

2. Siapakah golongan rakyat Malaysia yang dibenarkan bebas bersuara?

3. Saya adalah seorang penyokong kerajaan Malaysia. Tetapi jika saya ingin menyuarakan pendapat saya tentang sesuatu/seseorang, adakah saya akan terus dicop sebagai “pengancam keselamatan negara”?

Cadangan saya untuk menjamin keselamatan negara;

1. Haramkan blog.

2. Tutup semua server di Malaysia.

3. Haramkan Internet di Malaysia.

4. Rampas semua komputer dan bakar.

5. Benarkan penggunaan handset, tapi charge satu SMS RM100 (kenakan cukai RM99.50 – boleh menaikkan profit negara)

6. Kempen anti-internet.

7. Tutup MMU.

~ stupid people can only talk ~