Iklan Raya Aidilfitri TV3 macam krismas

Updates 6-9-2010

TV3 dah address an apology kepada viewers pasal isu iklan raya dia yang kontroversi itu. Apapun aku harap tak jadi lagi kes macam ni. Mungkin tak disengajakan, tapi untuk big company macam tu yang ramai pekerja muslim sepatutnya masing-masing peka dengan benda-benda macam ini.

Original Post ;

Iklan Raya TV3 yang macam KrismasAku rasa dah ramai yang tengok iklan dari TV3 untuk Aidilfitri tahun ni. Yes memang badigol sebab ada santa claus pakai kopiah lol

Sejak bila pulak santa claus pakai baju melayu ni?? Ni baru isu hot.

Aku adalah antara fan kerja CM Yasmin yang aku rasa memang susah nak cari pengganti. Tapi iklan TV3 kali ini sangat lah no no no! Ini kot konsep 1Malaysia yang sampai hari ni aku tak faham…

Selamat Berpuasa Untuk Semua

Daripada Abdurrahman r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika berbicara tentang bulan Ramadhan, lalu sabdanya, “Inilah bulan yang Allah wajibkan atas kalian berpuasa dan aku memerintahkan kepada kamu semua untuk bangun (solat terawih sebagai amalan sunat). Oleh kerana itu, sesiapa yang berpuasa dan bangun (mengerjakan solat terawih) kerana iman dan mengharapkan redha Allah, maka keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya.”