Space Cop Gavan (Gaban) kembali ke layar selepas 30 tahun

Berita baik untuk peminat siri TV Space Cop Gavan/Gaban (宇宙刑事ギャバン) kerana sebuah movie pertarungan antara Gaban dengan Gokaiger (海賊戦隊ゴーカイジャー) sedang difilem dan akan ditayang di Jepun pada 21 Januari 2012. Wayang bertajuk Gokaiger VS Gaban (海賊戦隊ゴーカイジャーVS宇宙刑事ギャバン) itu turut dibintangi pelakon asal Gaban yang telah berusia 56 tahun iaitu Kenji Oba (大葉健二) Source : ギャバン30年ぶり復活!ゴーカイジャーと夢共演 (Yomiuri)

Perkara yang kita perlu belajar dari bencana alam di Jepun

Pada 11 Mac lalu, kawasan Tohoku Jepun digegarkan dengan gempa bumi berukuran magnitud 9, menyebabkan tsunami sehingga 30 meter, yang meragut nyawa lebih 10,000 dan hampir 20,000 lagi dilaporkan hilang semasa artikel ini dibuat. Aku sekarang menetap di wilayah Chugoku, jauh dari pusat gempa dan boleh kata tidak terjejas secara langsung dengan bencana alam ini. […]