Video Highlight Malaysia vs South Korea U-23

Malaysia bukannye tak boleh.. Cuma yang aku perasan, aphal stadium kosong 😮 Sebab tak promo, tiket mahal, atau kita lebih suka tengok free??

Apapun sekalung tahniah diucapkan.

video uploaded by EPLsoker

Barisan muda Rajagobal kejut skuad Olimpik Korea Selatan

SKUAD bola sepak negara pimpinan K Rajagobal menyalakan impian baru, semalam selepas gah membuat kejutan menewaskan barisan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Wira pasukan adalah Safiq Rahim yang meledak masuk gol kemenangan pada awal babak kedua di hadapan kira-kira 3,000 penyokong kecil tempatan untuk memberi tonik tambahan dalam menggapai cita-cita besar mereka menjelang Sukan Asia di Guangzhou, November ini.

Source : Berita Harian Online

Kod gitar lagu Kami Guru Malaysia

Requested by Shak, lagu paling popular di kalangan cikgu-cikgu sekolah, lagu Kami Guru Malaysia. Lagu ni senang je so aku tak ambil banyak masa untuk cari kod. Hanya pakai 5 kod basic, Am, B7, D, Em dan G.

Terima kasih untuk semua cikgu yang pernah mengajar. Al-Fatihah untuk berberapa yang telah pergi ke Rahmatullah..

Nak dengar mp3 ada kat bawah ni, yang tu je aku jumpa around the internet.

Date: 24.04.2010
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject: Kami Guru Malaysia

Intro : Am D G Em Am  B7 Em

  Em
Kami guru Malaysia

                   Am
Berikrar dan berjanji

   B7
Mendidik dan memimpin

                     Em
Putra putri negara kita

  Em
Pada Seri Paduka

                 Am
Kami tumpahkan setia

  B7
Rukun Negara kita

                     Em
Panduan hidup kami semua

   D
Di bidang pembangunan

                G
Kami tetap bersama

      B7       Em
Membantu, membina

    B7
Negara yang tercinta

 Em
Amanah yang diberi

               Am
Kami tak persiakan

 B7
Apa yang kami janji

                      Em
Tunai tetap kami tunaikan

Sultan Johor Mangkat

Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat malam tadi. Semoga roh baginda dicucuri rahmat..

Sultan Iskandar (known as Tunku Mahmud Iskandar[?] until 1981) is the third son of Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim by Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, and was born on 8 April 1932 in Istana Semayam, Johor Bahru; passed away 22 January 2010, Johor Bahru. (He had two older brothers, both of whom died in infancy.) Tunku Mahmud received his primary and secondary education in Ngee Heng Primary School and the English College (now Maktab Sultan Abu Bakar) in Johor Bahru. In 1952, he was sent to Australia for tertiary education at the Trinity Grammar School. After graduating in 1953, Tunku Mahmud travelled to the Isle of Wight in the United Kingdom, where he enrolled into the Upper Chime School for three years. Upon completing his studies, Tunku Mahmud returned to Malaysia in 1956 and briefly served as a cadet officer in the Johor Civil Service, taking charge of affairs in District Affairs, Land and Treasury departments until his appointment as the Tunku Mahkota of Johor in May 1959.

source : Wikipedia

Malaysia vs Syria Friendly Match – Video Highlight

Bawah ni video perlawanan persahabatan antara skuad bola sepak Malaysia lawan Syria pada 30 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam game tu Malaysia menang 4-1 dengan 2 jaringan oleh Shafiq Rahim, Zaquan Adha Razak dan K.Gurusamy.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada team bola kita walaupun difahamkan Syria tidak menghantar first team nya dalam game hari tu.

Aku tak jumpa pun website yang tunjuk statistic game masa tu. Mainstream media kita pun cuma cakap sapa player kita yang score, takde list player untuk both teams, repot pun lebih kurang je.

Apapun kredit dan terima kasih pakcumie kerana sudi upload video ke Youtube.

1Malaysia 1Untuk 1Semua

1Aku 1tak 1paham 1betul 1la 1dengan 1orang 1Malaysia 1ni. 1Tak 1habis-habis 1membodek 1especially 1politician. 1Baca 1Utusan 1Meluat 1Malaysia 1hari 1ini?

Cadangan logo baru BN berciri 1Malaysia

1Memang 1macam 1aku 1cakap 1dulu 1la, 1lepas 1ni 1semua 1benda 1kena 1taruk 1Malaysia.

1Semua 1orang 1tahu 1kerja 1membodek 1ni 1wajib 1berterusan 1sampai 1lah 1orang 1nombor 1satu 1dah 1pencen. 1Alah 1macam 1dulu 1la 1jugak, 1wawasan 1sini 1wawasan 1sana. 1Lepas 1tu 1pulak 1hadhari 1sini 1hadhari 1sana. 1Zaman 1ni 1zaman 1Malaysia 1pulak..

Video Malaysia vs Vietnam (1-0) Sea Games Final – Goal Replay/Highlight

Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas sukan sea 2009 di Laos
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain muda bolasepak negara yang telah berjaya memenangi pingat emas setelah menunggu selama 20 tahun dalam perlawanan akhir sukan sea di Laos. Tiada siapa pun yang memberi harapan termasuk aku, untuk menang terutama sekali selepas pasukan Malaysia kalah dalam perlawanan dengan Vietnam di peringkat kumpulan, tapi anak-anak muda ini membuktikan sesuatu untuk kita – Usaha Tangga Kejayaan. Semoga kejayaan ini bakal menjadi anjakan paradigma?? kepada mutu bolasepak tanahair. Malaysia BOLEH!!

Quote dari mstar online;

VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.

Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.

‘Kemenangan’ itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura. [read more]

Video gol kemenangan (dari TV3 oleh VideoKL.com)

Kod Gitar – Cerita Semasa Kecil (ost Papadom)

papadomRequested by faralyana, lagu Cerita Semasa Kecil yang katanya termasuk dalam ost cerita hit Afdlin Shauki, Papodom. Aku tak pernah tengok movie ni, aku tak pernah dengar cd ori full lagu ni, dan aku tak jumpa seciput info pun pasal Danyel Alfie, penyanyi? penulis? pengarah? composer? lagu ni. Cuma yang boleh aku cakap, lagu ni sedih tapi comel dan budak sekolah mesti suka punye.

Aku cari lagu ni sambil tengok video kat YouTube (tengok kat bawah atau URL: http://www.youtube.com/watch?v=pCmj7xk9e6s ). Aku rasa lagu ni lagi sedap bunyinye kalau main pakai sus chords tapi nanti kalau tulis kod pelik2 nanti pening pulak so aku letak kod basic aje. Ikut la creativiti korang nak sus/7th/add9 kan kod nye.

UPDATED : mp3 streaming pun aku dah tambah kat bawah ni. aku tak sure yang ni rekod camtu je ke atau pun mmg dalam album ost tu.

 

Date: 13.12.2009
Tabbed by: Zairul.Com a.k.a Semb

Subject:
CERITA SEMASA KECIL (OST PAPADOM) - DANYEL ALFIE

[Intro]
G   D   C    D x2
C   Cm
 
[Verse 1]
  G         D            C        D
Saye suke sorang budak name die Sarah

  G        D             C      D
Die suke makan aiskrim comot, comot

  C                    Cm      
Tapi Sarah comel sangat


[Verse 2]
  G         D            C            D
Hari-hari Sarah tunggu saye balik sekolah

  G             D           C       D
Kalau Sarah tunggu bawak aiskrim, due

  C                     Cm  
Saye sayang Sarah sangat


[Chorus]
       Em         D          C          D
Biarkanlah biarkanlah biarkanlah biarkanlah

       Em         D          C           Cm
Biarkanlah biarkanlah biarkanlah biarkan Sarah


[Verse 3]
  G           D           C          D
Bile petang-petang kite main dekat padang

  G          D             C      D
Sarah suke tolak jatuh dan tersungkur

  C                   Cm  
Tapi saye sayang Sarah


[Verse 4]
  G           D           C          D
Bile besar nanti saye nak kawin dengan Sarah

  G          D          C      D
Bapak Sarah baik suke pujuk saye

  C                   Cm 
Sebab mama saye garang


[Chorus]
       Em         D          C          D
Biarkanlah biarkanlah biarkanlah biarkanlah

       Em         D          C           Cm
Biarkanlah biarkanlah biarkanlah biarkan Sarah


[Verse 5]
    G             D         C           D
Sekarang Sarah takde lagi dalam dunie saye

  G           D          C     D
Saye suke tunggu Sarah dekat kubur

  C                    Cm 
Saye rindu Sarah sangat


[Chorus]
       Em         D          C          D
Biarkanlah biarkanlah biarkanlah biarkanlah

       Em         D          C           Cm    G
Biarkanlah biarkanlah biarkanlah biarkan Sarah

Video Malaysia vs Thailand (2-1) Sea Games Highlight TV3

Tahniah aku ucapkan untuk Young Tigers yang mengalahkan Thai dalam bola sepak peringkat kumpulan A di sukan SEA Laos 2009. Dalam pada masa 95% orang predict Malaysia boleh kalah nak lawan team kuat yang hanya perlu seri, tapi kalau semangat boleh jugak menang.

Semangat macam ni yang kita nak. Dah tinggal 1-0 pun kejar juga. Bukan nye tak boleh buat masalahnye selama ni kita tak buat.

Semi-Final nanti jumpa tuan rumah Laos. Jangan pandang ringan dengan Laos. Semangat “home” diaorg boleh tahan jugak.

bola_malaysia_thailand_seagames
Gambar oleh BHarian Online

Kat bawah ni ada video berita dari TV3. Video ni bukan official sebab dari side so jauh dan tak clear. Nak untung punye pasal, charge broadcasting mahal2 lepas tu takde sapa nk bayar. Bongok punye Laos kadang kadang tu tamak jugak macam politician Malaysia.

Toyota, Mitsubishi, FTO dan Supra

Berita yang dicopy-paste dari mstar online

Rabu November 4, 2009
Pantang maut sebelum ajal
PETALING JAYA: Pantang maut sebelum ajal. Amat menakjubkan seorang pelajar tingkatan lima masih hidup walaupun kenderaannya jenis Toyota FTO melanggar dinding di bawah satu jejambat bertentangan Phileo Damansara, hari ini.

Pemandu terbabit yang hanya dikenali sebagai Mohd Aliff hanya patah kaki selepas hilang kawalan kenderaannya ketika memandu pulang dari perpustakaan sekolah.

[sambung baca di mstar]
Toyota Supra EksidenEh kejap-kejap… rewind balik.. TOYOTA FTO???? Mana ade toyota FTO la.. Kalau FTO tu Mitsubishi.. Kalau tengok gambar kat Utusan kat sebelah kiri ni, nampak terang2 kereta biru tu toyota Supra.. Tak caya tengok gambar kat tepi ni.. memang la lampu belakang dia dekat sama.. appara. Mmmm tapi takpe la kalau tak biasa dengan kereta memang susah nak cam pun.. lagipun bentuk dua-dua kereta ni dekat2 sama. Yang beza paling senang nampak kat lampu belakang dia.. compare gambar kat bawah ni..

Tengok betul betul encik mstar… yang ini Toyota Supra..
supraview

Yang ini pulak Mitsubishi FTO…
ftoview