Toyota, Mitsubishi, FTO dan Supra

Berita yang dicopy-paste dari mstar online

Rabu November 4, 2009
Pantang maut sebelum ajal
PETALING JAYA: Pantang maut sebelum ajal. Amat menakjubkan seorang pelajar tingkatan lima masih hidup walaupun kenderaannya jenis Toyota FTO melanggar dinding di bawah satu jejambat bertentangan Phileo Damansara, hari ini.

Pemandu terbabit yang hanya dikenali sebagai Mohd Aliff hanya patah kaki selepas hilang kawalan kenderaannya ketika memandu pulang dari perpustakaan sekolah.

[sambung baca di mstar]
Toyota Supra EksidenEh kejap-kejap… rewind balik.. TOYOTA FTO???? Mana ade toyota FTO la.. Kalau FTO tu Mitsubishi.. Kalau tengok gambar kat Utusan kat sebelah kiri ni, nampak terang2 kereta biru tu toyota Supra.. Tak caya tengok gambar kat tepi ni.. memang la lampu belakang dia dekat sama.. appara. Mmmm tapi takpe la kalau tak biasa dengan kereta memang susah nak cam pun.. lagipun bentuk dua-dua kereta ni dekat2 sama. Yang beza paling senang nampak kat lampu belakang dia.. compare gambar kat bawah ni..

Tengok betul betul encik mstar… yang ini Toyota Supra..
supraview

Yang ini pulak Mitsubishi FTO…
ftoview

Mitsubishi Motor Corporation Mizushima Plant Trip

Mitsubishi Motors Corp.Hari ini aku, Mr. Miyoshi + 3 org colleague pergi join ‘Lawatan Sambil Belajar’ ke Mitsubishi Motor Corp Mizushima Plant. Tak jauh pun actually dari company kitorang. Ada sedikit seminar pasal environment, tapi main objective kitorg join tu untuk tgk Mitsubishi punya production line. Team aku under Miyoshi Boss selalunya hanya buat clamp set drawing untuk toyota. Dan hanya Mr. Miyoshi aja yg pernah pergi ke Toyota tengok diorg punya production. So invitation dari Mitsubishi ini ibarat kecil tapak tangan lah.

Mizushima Plant ni besar gila. Luas 1,245,700m², workers 6500 org. Tempat yang kitorg pusing2 pun ada la 40% kot. Dapatla tengok dia punya production flow. Dari press, welding, paint, assembly, test drive, ada la dekat 2 jam kitorang pusing2 dalam tu. Best gila. Especially dekat tempat dia test drive, memang hijau mata tengok beribu2 Mitsubishi Evo X depan mata. Rasa geram nak pau satu. Dah la kunci kereta die letak gitu je. Aku nak tengok crash test sebenarnya. Tapi crash test, devepoment etc rupanya diorg tak buat di Mizushima. Mizushima hanya buat production aja.

Mitsubishi WRC 2005Masa masuk dlm tempat production tu tak boleh bwk camera. So, aku tak boleh la nak tunjuk betapa best nya suasana dalam kilang tu. Tapi dekat main entrance dia ada letak pameran sikit2 so aku pun amik la gambo. Memandangkan aku tak bawak camera, aku pakai handset aje la. Sorry la tak terang. Klik untuk tengok gambar besar. Sebelah ni model Lancer Evo yang dipakai masa WRC 2005. Dia tulis kat panel tu “Model Car” so maybe replica la kot. Aku teringin nak masuk tapi dia tulist kat situ kata tak boleh masuk la pulak.

Mitsubishi Evo 3 WRC 1996 WinnerYang ini gambar paling mahal. Sapa yang follow wrc, actually inilah kereta Evo 3 yang di drive oleh Tommi Makinen dlm wrc 1996. Dekat bumper depan, tepi2 tu boleh nampak calar2 tu yang real tu. Dia punye habuk2 pun ada tu yang tak tahan tu. Walaupun aku rasa habuk2 tu saje diorg tambah2 la. Takkan bawak balik jepun pun habuk tak tanggal kot. Nak tengok video evo 3 ni “in action” boleh tengok kat YouTube.

Mitsubishi Evo IXYang ni pulak seperti yang diketahui ramai, the previous evo, Evo IX. Yg kat bawak tu dia part bawah dr enjin sampai belakang. Kalau tengok dari bawah, nampak la rangka evo 9 ni memang tough la. Evo X maybe sebab bersepah dalam kilang so dia tak tunjuk la kat show room ni.

Mizushima Go

Yang best tu ada jugak the first ever Mistubishi Car – Mizushima Go 😛 3 roda aje. 744cc, 13hp.. Not bad kalau pikir zaman tu. Kalau ikut kata pakcik jaga tu keta 3 roda ni boleh start dan boleh jalan lagi tu. Tapi kalau nak keluar kilang kena apply road tax dengan register numer plat dulu la.

Anyway, inilah pengalaman aku hari ini. Malam ni tidor kena mimpi bawak evo ni.. broom brooomm