What happened to Linda Onn?

Ada budak forward aku katanya keluhan from Linda Onn (kalau ada bukti hoax aku akan delete post ni). And kalau betulla ikut apa yg dia ckp tu, aku hanya boleh terbayang satu je in the future : Negara Malaysia akan hidup under “Kuku Besi”.. Kenapa? Baca dulu email bwh ni;

* Penghujung Januari 2007 – Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.

* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.

– Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.

– Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG diberikan kepada Linda (bertarikh 9 Februari 2007 seperti dilampirkan).

– Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)

– Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

– Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .

– Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA bersama kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.

Kronologi peristiwa (‘kehilangan’ Linda)

20 Feb 07

– Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic ke Los Angeles untuk acara ‘Live From The Red Carpet-79th Academy Awards’ anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa staf Star Movies yang lain turut hadir.

– ‘Sketch’ atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

– Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia untuk baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.

– Keadaan masih berjalan lancar.

21 Feb 07

– Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di kebanyakan akhbar di Malaysia

22 Feb 07 (waktu Malaysia)

– Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam 3 petang.

– Kapal terbang transit di Taipei.

– Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms diterima daripada sesiapa.

22 Feb 2007 (waktu LA)

– Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7 malam (11 pagi waktu Malaysia- 23 Feb)

– Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan segera.

– Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO (majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang yang berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ‘melarang’ Linda mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara ‘red carpet’ di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.

– Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.

– Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon berlangsung antara Linda dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.

– Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke LA.

– Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

23 Feb 07

– Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra (produser) di Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan sebagainya.

– Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar

– Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia cuba membantu menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini .

– Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan keputusan yang sama.

– Linda meminta Kudsia memberi bukti ‘larangan’dalam bentuk bersurat (hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima arahan daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut Kudsia,tiada surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam, kira-kira 10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia) kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall. Menurut Kudsia lagi , panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup kuat untuk sesuatu arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen stesyen TV akan ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak akan disambung dan kerjaya serta kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal tergugat.

– Linda bertanya kepada Kudsia – Benarkah termaktub dalam mana-mana undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia – Beliau bersetuju yang sepanjang pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.

– Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak atasan supaya Linda boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai dengan Linda tetapi beliau mengatakan ini adalah arahan pihak atasan,bukan dari beliau.

– Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada pihak atasan dan terus memujuk Linda supaya menerima keadaan.

– Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan rayuan serta pujukan membuat Linda tersentuh untuk mempertimbangkan semula walaupun dalam keadaan yang amat berat.

– Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah seorang pereka terkemuka di Malaysia

– Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan pertukaran pada saat-saat akhir (last minute). Tambahan lagi pakaian tersebut dikatakan dibuat dalam keadaan ‘kecemasan’

– Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan mengharap kesesuaian pakaian tersebut.

24 Feb 07

– Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk ‘rehearsal’ bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah datang ke bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan (kakak merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut Cheng ini adalah atas arahan pihak Star Movies.

– Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu meninggalkan Linda seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun,Linda telah memberitahu Cheng saiz yang sesuai untuk Linda.

– Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang telah diarahkan oleh pihak Star Movies kepadanya

– Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali mengatakan dia tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang dikemas (housekeeping)

– Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk menjalani latihan (rehearsal)

– Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini (Star Movies) akan tiba bersama pakaian rekaan Radzwan Razwill. Tidak dinafikan,pereka tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-rekaan beliau amat menarik.

25 Feb 07

– Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan rambut akan datang ke bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara Academy Awards dan kami harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30 tengahari

– Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .

– Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon supaya Linda mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari Malaysia dan kemudiannya menjalani latihan bersama Dominic pula.

– Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan yang diaturkan sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak mahu mengganggu masa rehat Linda.

– Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan kemudian pulang ke biliknya.

– Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai pakaian. Intan terus merayu dan memohon berkali-kali kepada Nini supaya mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa yang diberi sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun,Intan memohon Nini datang ke bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.

– Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun tetap dengan pendiriannya.

– Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini untuk mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula mengenai pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,”We’ll talk about the dress later”

– Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11 pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.

– Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian bersama Linda.

– Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang dibawanya lebih kurang jam 11.30 pagi.

– Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana kami menyangka soal pakaian bukan lagi menjadi isu.

Pic source : mstar
Kebaya Radzuan– Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata tidak selesa disebabkan ;

1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan bahagian atas tubuh Linda. (Ini kerana tiada proses ‘fitting’/ukuran badan yang dilakukan bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam Linda yang ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di badan. Linda rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi ‘tali’ pakaian dalam dapat dilihat jelas. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi persembahan Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana tidak sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.

2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color) yang mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit Linda. Ini juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti ‘skin color’. Jika ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi peluang untuk membuat pilihan. Linda tidak menyalahkan pereka fesyen tersebut kerana kami tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang keselesaan Linda.

* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini membawa beberapa pasang pakaian gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia di saat-saat akhir begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh keluar di TV? (Pada awalnya,Linda sangka mereka akan terbangkan beberapa pasang baju gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)

* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar Nini mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju Jovian di saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.

* Nini berkata,”You are not doing a fashion show,you are just the host”. (Anda bukan membuat persembahan pakaian,anda hanya sebagai pengacara). Begitu jugalah di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang model pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang begitu terdesak mengenai pakaian Linda ?

* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan kepada pihak pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia Kahar dan Ralph Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian ini sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian lain tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.

* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika Linda terus memakai pakaian Linda. Jawab Nini,” Linda,If you don’t wear this dress,you’re not going on TV”. (Linda,jika anda tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)

* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan tidak boleh mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada tegas,”…then you are not going to be on tv- pack your things”. Lantas Nini terus keluar dari bilik hotel Linda.

* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan yang sungguh keras daripada beliau. Dengan harga diri dan maruah yang sangat tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata pujukan dan rayuan kami tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang karier. Sungguh tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda ke LA, tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang berulang kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan, semuanya rasa seperti tidak berbaloi.

* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali pertama dalam hidup Linda sepanjang menjadi pengacara TV hampir 10 tahun ,’diugut’ sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada paksaan ? Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak menentukan apa yang disarungkan di tubuh sendiri atau sekurang-kurangnya ada perbincangan terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?

* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas diperlakukan begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat walaupun, pada masa yang sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di acara yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan Linda,apakan daya sudah tidak dibenarkan.

* Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali untuk mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu Intan,”…Kalau wartawan tanya saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? “.

* Intan lantas menjawab – “Just tell the truth” (Ceritakan sahaja perkara yang sebenar)

* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng untuk mengambil salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak ada di situ. Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada. Yang ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap

* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk keudara tetapi masih lagi perlu mengenakan pakaian yang sama. Maka, Linda masih tiada pilihan.

* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan) dan meminta kami mengembalikan pas masuk ke ‘red carpet’ Academy Awards.

* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel

SPEKULASI

– Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan andaian negatif mengenai ‘kehilangan’ Linda dibuat dan perkara ini melibatkan reputasi dan nama baik Linda di dalam kerjaya mahupun masa hadapan.

– Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang mengatakan ….

– Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.

– Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang Hollywood

– Linda tarik diri kerana tidak pandai berbahasa Inggeris

– Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah di LA

– Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak profesional.

– Linda tarik diri kerana ada masalah dengan produksi,,,

– dan pelbagai lagi….

…..sudah maklum dan jelas dengan penerangan Linda .

JOVIAN

– Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di Indonesia tetapi sudah menetap di Malaysia sejak kecil.

– Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia atas sebab-sebab komersial

– Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu institut di Malaysia.

– Bapanya adalah orang Malaysia.

– Pernah berkhidmat untuk ramai artis lain di acara2 besar (Anugerah dsb) .

– Pakaian yang dibuat untuk Linda adalah idea Linda dan Intan (kakak) . Jovian merealisasikan idea kami dalam bentuk pakaian siap.

– Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan dan Jovian mengambil masa yang lama iaitu berminggu-minggu dan hampir setiap hari kami berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi untuk membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian yang kami inginkan semata-mata untuk acara berprestij Star Movies ini.

PERSOALANNYA

– Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal tentang perkara ini sebelum Linda berangkat ke LA? Mengapa bila Linda di LA baru terdengar ‘larangan’ ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk bertugas di sana telah dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah berlangsung dua hari sebelum tarikh Linda berlepas ke LA dan dalam majlis tersebut telah dinyatakan dengan jelas pakaian yang akan linda kenakan sewaktu bertugas di ‘red carpet’. Kenapa persediaan awal mengenai apa yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai tidak diberitahu awal-awal ?

– Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda mengenai perkara ini,mereka tidak berjaya mengemukakan surat rasmi untuk arahan ‘larangan’ dan membiarkan Linda tertanya-tanya adakah ini benar kerana tiada sebarang pengesahan bertulis.

– Mengapa pada peringkat awal,pihak Star Movies mencadangkan Linda menggunakan pakaian jenama antarabangsa (contoh: BCBG,Versace dsb) untuk acara ini (sila rujuk lampiran) dan sekarang pakaian pereka fesyen Indonesia menjadi persoalan ?

– Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini, tetapi benarkah warganegara Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka fesyen luar negara apabila menjalankan tugas di luar negara? Ataupun perkara ini hanya direka atas alasan tertentu?

– Andai Linda salah,harap maafkan dengan persoalan ini- Wujudkah undang-undang sebegini sebelum ini? Seandainya ia bukanlah undang-undang tetapi ingin dijadikan terma dan syarat dalam tugasan ini, haruslah ianya dinyatakan dengan jelas dan lebih awal serta juga dinyatakan dalam kontrak.

– Mengapa pakaian pengacara Malaysia yang pergi ke acara yang sama tahun lepas yang menggunakan pakaian jenama antarabangsa tidak dipertikaikan,tiada larangan dan tiada isu mengenainya ? Malah kali ini, Linda cuba menampilkan ciri-ciri kemelayuan dan ketimuran.

– Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang baju? “Hanya baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain tidak boleh?” Mengapa tugas Linda untuk mengacara diperkotak-katikkan hanya kerana Linda tidak dapat memakai pakaian tersebut? Mengapa semua pihak begitu terdesak hanya kerana sepasang baju atau cuba memastikan hanya baju itu yang dipakai oleh Linda di Red Carpet?

* Di manakah hak dan keperibadian seseorang dalam mempertahankan apa yang disarung pada badan sendiri ?

* Sila rujuk lampiran keratan akhbar:-

KERATAN 1

Akhbar Harian Metro, Khamis, 1 Mac 2007, sisipan tengah – RAP, m/s R7,

“Radzwan Nafi Baju Linda Seksi” oleh Rudy Imran. Memetik beberapa perenggan dari artikel itu,

“Sebelum itu timbul kontroversi apabila Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegur Linda yang bercadang menggayakan baju ciptaan pereka Indonesia, Jovian Mandagie di majlis itu. JPM mengarahkan pereka tempatan, Radzwan Razwill menghasilkan busana menggantikan pakaian rekaan Jovian.”

“Saya tahu Linda tidak suka bergaya seksi, malah seawal menerima arahan JPM, itu juga yang dikatakan kepada saya supaya baju yang dihasilkan tidak boleh seksi,” katanya (Radzwan Razwill)

KERATAN 2

Akhbar Harian Metro, Jumaat, 2 Mac 2007, sisipan tengah – RAP, m/s R3 oleh Hartati Hassan Basri, “JPM Nafi Arah Pereka Fesyen”. Memetik beberapa perenggan dari artikel itu;

“Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan menafikan ada mengeluarkan arahan kepada Radzwan.”

“Apa yang jelas, Jabatan Perdana Menteri tidak ada kaitan dengan perkara ini,” katanya (jurucakap Jabatan PM) ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

KERATAN 3

Akhbar Harian Metro, bertarikh 2 MAC 2007, Jumaat, m/s 14 (halaman nasional@setempat), artikel “Salah faham tempahan baju”.Memetik bebarapa perenggan dari artikel itu;

“Saya sendiri menempah baju terbabit dan tidak timbul isu, Radzuan menerima arahan daripada pihak lain,” katanya. (Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia, STAR Movies, Nini Yusof.

“Namun, apa yang pasti STAR Movies sendiri yang memilih Radzuan Razwill menghasilkan baju khas terbabit,” kata Nini Yusof

– Andai benar Nini menjelaskan kepada pihak HM ketika dihubungi yang ‘pihaknya sudah menempah sehelai baju khas untuk digunakan pengacara bertugas bagi mengacarakan majlis berprestij itu’ daripada Razwan sebelum ini. Mengapa Linda telah berangkat dan tiba di LA baru baju khas itu ingin diterbangkan dari Malaysia? Dan mengapa tidak diberitahu awal-awal oleh pihaknya kepada Linda? Mengapa ketika di sidang akhbar tidak dibantah pernyataan Linda kepada wartawan yang hadir mengenai baju rekaan Jovian ? Malah di peringkat yang lebih awal, menawarkan pakaian berjenama antarabangsa. (sila rujuk Lampiran)

* Terkini, berita yang terakhir sekali dikhabarkan oleh keluarga di tanah air sejurus sebelum Linda menamatkan penulisan ini dan bersiap untuk berangkat pulang pada hari Ahad, 3pm waktu Malaysia), terdapat beberapa berita di akhbar-akhbar tempatan bertarikh Ahad, 4 Mac 2007, yang turut bercanggah dengan pernyataan dan bukti sebelumnya. Di mana secara ringkasnya (seperti yang dikhabarkan oleh keluarga), sidang media khas telah dilangsungkan yang dihadiri oleh Radzwan dan Nini Yusof, di mana intipati terpenting adalah tentang arahan membuat baju datang terus daripada Nini, dan Radzwan tidak menerima sebarang arahan daripada pihak atasan (JPM).

* Bukankah pernyataan di dalam ketiga-tiga artikel tersebut dan berita terkini bercanggah antara satu sama lain? Bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Adakah sebarang penjelasan tentang percanggahan ini?

AKHIR KATA

– Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui keadaan yang sebenar. Linda berdiri atas nama maruah dan harga diri yang Linda pertahankan.

– Apa yang disarungkan di tubuh Linda tidak seharusnya menjadi perkara paksaan atau ugutan, tetapi ia sepatutnya menjadi suatu perbincangan dan tolak ansur yang profesional.

– Ini bukan perkara mainan, kerana ia melibatkan prinsip, maruah, harga diri malah reputasi serta nama baik Linda di dalam bidang ini. Rancangan TV sehebat dan sebesar dunia sekalipun tidak akan dapat membeli maruah dan harga diri seseorang.

– 10 tahun Linda bergiat dalam bidang ini dan ini adalah kali pertama Linda mendapat peluang sebegini yang dianggap mungkin sekali sepanjang hayat,untuk Linda menarik diri tanpa sebab yang mendesak dan terpaksa adalah suatu perkara yang terlalu bodoh. Ini kerana Linda lihat peluang ini adalah sebagai platform untuk terus maju dan melonjakkan lagi nama dalam bidang ini.

– Bukan niat menghampakan peminat,bukan merajuk atau tidak professional. Apakan daya,sudah tidak dizinkan untuk keudara di TV. Linda adalah mangsa keadaan. Ini adalah penjelasan Linda yang sebenar.

– Diharap segala spekulasi buruk mengenai Linda dapat dijernihkan.

* Di sebalik rasa teramat kesal dan kecewa tidak bermakna Linda menyimpan dendam dan kemarahan serta tidak menuding jari kepada mana-mana pihak yang terbabit. Linda menerima keadaan di mana semua pihak mungkin mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri untuk bersuara dan bertindak sedemikian.

* Malah Linda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya pihak STAR Movies (terutamanya Pn Nini Yusof), Pihak Astro, Pihak Radio ERA (Cik Kudsia dan En Rostam) yang memberi kepercayaan kepada Linda untuk acara tersebut. Tidak dilupakan juga, kepada pihak rakan media serta peminat yang menyokong karier Linda khasnya untuk acara ini.

* Cuma harapan Linda, perkara seperti ini tidak harus berulang lagi kepada mana-mana personaliti, pengacara, artis atau mana-mana pihak, bukan sahaja khusus untuk acara ini tapi kesemua acara tempatan mahupun antarabangsa. Semoga isu ini dijadikan teladan dan pengajaran di masa hadapan agar lebih berhati-hati serta profesional.

* Linda secara peribadi amat merasa kesal, sedih dan kecewa dengan isu ini. Apatah lagi harapan dan cita-cita musnah hanya kerana isu sehelai baju. Linda memohon kepada pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab supaya menjelaskan isu ini dengan telus dan benar agar reputasi Linda yang sedikit sebanyak tercalar dapat dibersihkan

* Di sebalik segala persoalan yang masih belum ada jawapannya, Linda tetap menuntut penjelasan dan kebenaran.

“Terima kasih kerana sudi membaca. Terpulanglah apa andaian dan penilaian yang bijaksana daripada pihak anda. Yang penting Linda punya harga diri dan maruah dan tidak mahu dipijak semudahnya oleh pihak-pihak tertentu. Berani kerana benar. Tidak berpeluang mengacara di Oscars bukanlah penamat hidup Linda…..”

Wassalam.

LINDA ONN

(3 MAC 2007)

So, siapa yg suruh tukar baju sebenarnya ni?

p/s : Kepada Linda Onn, aku bukan suka sangat ko pun sebab aku kat sini mana boleh dengar Era sangat, suara ko pun aku ingat2 lupa.. Tapi aku nk cakap ko bagus, sebab ko berani lawan kalau ko rasa ko betul.. Aku tak suka lawan2 dengan orang lain sebab aku lemah.. hehehe walaupun time aku rasa macam aku betul..

Lain hulu lain parang..

Mula-mula dia kata:

‘Hadiah Myvi untuk pemohon MyKad!!’

lepas tu esok ada orang lain kata:

‘Myvi untuk pemohon MyKad satu idea bodoh’

lepas tu ada orang lain lagi kata:

Hadiah motosikal bagi Mat Rempit tangkap peragut!

Agak2 nya apa nanti orang yg selain dari orang lain lagi tu kata?

Kata aku kepada diri sendiri (in Japanese):

“Maibi no purezento moratta yume wo mita ore…. bakadanaa….”

Kenyataan Tun M : Larangan Mengkritik

Source : mykmu.net

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya tidak lagi dapat bercakap dengan secara langsung.

Hari ini saya diberitahu majlis anjuran NGO di Baling pada 3 hb November 2006 sudah dibatalkan. Polis memanggil penganjur dan mengarah supaya majlis dibatalkan.

Perkida Johor juga diarahkan supaya batalkan jemputan kepada saya pada 1 hb November 2006.

Dengan ini sudah 14 jemputan kepada saya yang dibatalkan atas arahan Kerajaan Pak Lah melalui Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Di masa yang sama semua media aliran perdana membuat laporan yang tidak berasas untuk memburukkan diri saya. Saya tidak boleh jawab, tidak boleh nafi walaupun laporan telah diputar.

Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar zaman Pak Lah. Segala saluran untuk sesiapa mengkritik Kerajaan ditutup.

Jawapan Pak Lah dan konco-konconya tidak tertumpu kepada kritikan yang dibuat. Sebaliknya semua marah kerana saya membuat kritikan.

Jangan kritik.

Kalau kritik keluar dari parti.

Semua mesti akur kepada Pak Lah.

Jika tidak, buang jawatan.

Apakah pernah perkara seperti ini berlaku di zaman Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan saya sendiri?

Tunku dan Tun Hussein bebas mengkritik saya. Tidak ada sekatan. Polis tidak mengganggu sesiapa yang ingin mendengar kritikan mereka. Tidak ada ugutan untuk bertindak terhadap Tunku dan Tun Hussein.

Percayalah apabila pemimpim tidak boleh ditegur maka dia akan salah guna kuasa. Dia akan utamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kepentingan negara, kepentingan rakyat akan diabaikan. Akhirnya negara akan rosak dan rakyat akan menderita.

Pak Lah dan keluarganya takut membenarkan saya bercakap kerana kebenaran apa yang saya akan perkatakan. Jika apa yang saya perkatakan tidak benar, tentu mudah untuk membuktikan apa yang saya kata adalah tidak benar.

Berani kerana benar.

Takut kerana salah.

Takutnya Pak Lah jika rakyat dengar saya ialah kerana dia dan konco-konconya bersalah.

Saya guna saluran ini kerana tidak ada saluran lain bagi saya. Sama-samalah kita renung perkara ini.

Sekian.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
November 3, 2006

An open letter by Tun Dr Mahathir

Somehow I do agree with Tun..

Ladies and gentlemen
Citizens of Malaysia

Why did I criticise the Prime Minister?

mahathir-pak-lahBecause no one else is able to criticise the Prime Minister. He cannot be criticised by his Deputy, his Cabinet Ministers, Umno Supreme Council members, Menteri Besar, Chief Ministers, Members of the Dewan Rakyat, Members of the Senate, Members of the State Legislative Council, Umno members at all levels, Government Officers and anyone from royalty to beggars.

The mainstream media including radio and television are not allowed to admonish the Prime Minister. Pre-paid telephones are now required to be registered so that anyone who transmits SMSes will be known by the Government and action can be taken.

The Internet and the websites will be electronically bugged and action taken against anyone who criticises the Prime Minister.

Anyone who attempts to hold any function that may involve criticising the Prime Minister will be harassed and threatened by the police and Government leaders to force them to cancel the function.

I myself have been blocked using all sorts of means to stop me from criticising the Prime Minister.

1. I cannot be invited by Umno, non-government organisations, associations of government officers or non-government officers, universities or any other institutions.

2. Umno members and the public are prevented from and advised against attending any functions or meetings where I am to speak.

3. All sorts of threats are meted out by police and political leaders to scare anyone who refuses to comply.

4. Every time anything that involves the public takes place, the Deputy Prime Minister and certain other quarters will forcefully advise that any criticism, comment or debate should stop.

Actions that are taken or threatened to be taken include sacking, transfer to remote areas like in Sabah, retraction or cancellation of contracts, harassment by the banks, call-up by the police, the Anti-Corruption Agency and other government enforcement agencies, detained and interrogated repeatedly.

A climate of fear has enveloped this country.

No one dares to comment, criticise or oppose anything that is done by the Prime Minister.

In a situation where no one can criticise the Prime Minister, I have to voice my criticisms on matters that do not concern my personal being, but only those that concern the interest of the religion, race and country.

Because of this, I am abused by the Prime Minister’s henchmen including component party leaders, the mainstream media that is controlled by Kali and Brendan and all other government apparatus.

The questions and issues I have raised have not been answered. What is being questioned is my right to comment and criticise. Attempts are made to disparage me so badly that I am made out to be of unsound mind. Repeatedly, allegations were made that the administration during my time was worse.

Their media make out that my criticisms of the Prime Minister are despicable and reprehensible.

Muslims should know that even the Imam can be corrected by those he leads in prayers if he reads or does something wrong.

Saidina Abu Bakar, Islam’s first Caliph, had asked to be corrected if he did something wrong, not by foreigners but by the Muslims themselves.

But the current Prime Minister cannot at all be commented upon, criticised or advised. He is almost a saint who is free from any human weaknesses or wrongs.

My meeting with him should be kept secret from the rakyat. And because we have met, I can no longer criticise whatever is done by the Prime Minister.

Because of my statement that I would continue criticising if something that is not good for the religion, race and country is done by the Prime Minister, all sorts of condemnations and insults are thrown by these hatchetmen and the mainstream media towards me.

Because all avenue for criticising the government has been shut, therefore I am forced to come up with this written statement so that it is not spun by anyone.

Sincerely,
Dr Mahathir bin Mohamad
Malaysian citizen and commoner

Oct 27, 2006

Source :
TheStar Online

Original Version (in Malay Language)

I ask myself..

1) Kalau pilihanraya pakai SMS, adakah Mawi akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6?

2) Mengapa orang yang dah belajar tinggi-tingi, jadi doktor, jadi engineer, businessman, pakai BMW, pakai Merz tapi masih tak paham dengan konsep pasang signal sebelum belok?

3) Kalau kat sekolah, jika seorang pengawas memberitahu pelajar-pelajar lain bahawa ketua pengawas menghisap rokok, adakah pelajar itu akan digantung sekolah selama 3 tahun?

4) Why do people bother with Kuan Yew?

Shinkansen (Bullet Train, Keretapi Laju) di Malaysia

Bangun pagi je terus menghadap PC, buat ape? Check blog, fotopages, Utusan, Star, Berita (jarang bukak sebab server die bapak segala lembab dan pagi ni down).. itulah rutin hari2 kalau dah cuti.. Anyway, pagi ni aku terbaca berita dari Utusan yang tajuk die :

Cadangan kereta api laju ke Singapura pernah ditolak – Dr. M – sile bace kalau nk tahu cite penuh..

Dalam artikel tu our former PM, Tun M ckp;

Kita tidak boleh ada dua perkhidmatan kereta api. Memanglah di Jepun mereka memiliki banyak perkhidmatan kereta api tetapi mereka ada 130 juta penduduk yang kaya.

Betulke orang jepun kaya-kaya? Tak.. ade je yang miskin.. ade je yang mintak sedekah.. ramai je bunuh diri sebab kena buang keje etc.. tapi kenapa org jepun suka naik train (yupp… the word is “suka”) ?

jawapan simple : sebab senang. Senang cenggane tu? Camni aku cite..

Contoh, aku dari Okayama City, nk pegi shopping & pastu tengok wayang kat AEON shopping centre di Kurashiki City yang jarak die dalam 15-20km.. Camne nak pegi ni? Nk naik keta? Aku manade keta. Nak drive pun bukan ade lesen jepun pun.. So pilihan aku, naik train. See.. aku pilih train. So first, aku kena tengok schedule movie dulu. Aku pun bukak website Movix, tengok schedule.. die kate

Movix Schedule

Kul 11:15, kat screen 10, seat ade banyak kosong, sound Dolby.. aku pilih untuk order online sebab aku boleh pilih seat
movix2.png

Pastu, aku kena pikir camne nak pegi train station.. Aku pilih naik bas.. Mari kite tengok bus schedule:
movix5.png

So bas gerak dari Mino kul 9:46AM, sampai ke Okayama Station kul 10:10AM, then beli tiket train. Mari kite tengok train schedule pulak online:
movix4.png

Die kate, train #3725M (Nama train Sunliner), naik kul 10:25AM (ade mase dalam 15 minit untuk beli tiket train) kat platform 8, sampai kat Kurashiki Station kul 10:36, ade seminit untuk keluar dari train sebab train itu akan gerak ke next station kul 10:37AM. Pastu check bus schedule dari Kurashiki train ke AEON shopping centre:
movix3.png

Ade bas kul 10:47AM kat platform 7, sampai kat AEON pukul 10:52AM, dan aku ade dalam 15 before start movie, so sempat beli popcorn with caramel addons :p

See? Aku boleh set time bile nak pegi, which btw, tayah nk ckp pasal sharpnye orang jepun kalau dalam bab2 masa. Diorang boleh janji jumpa pukul 3:12PM misalnye, and diorg dah sampai at least 5 minutes before that. Kalau orang kite die ckp “Nanti lebih kurang kul 3 kite gerak la..” yg sudah tentu kul 3 baru die nak siap2, dekat pukul 4 baru gerak. (p/s :betul la lebih kurang)

So kalau betul la Malaysia nk start bullet train, baik start off dengan benda2 yg kecik dulu.. bas schedule nye, facilities nye, KTM yg schedule nye ntah paper (tulis kat station kul 3:50 tapi dah kul 4 train tak sampai2 ape cite ni KTM?), and make sure jugak driver bas nye tak gile. Korang kena datang Jepun sekali dan tengok cammane driver bus diorg drive.. very very berhemah..

Okay enough untuk hari ini, mari kite sarap lak.

Rukun Negara

Adakah dengan ikrar sahaja sudah cukup untuk menanam semangat cinta negara? Adakah ini berkesan atu hanya menyusahkan?

Ikrar Rukun Negara lepas lagu Negaraku..

Versi Bahasa Melayu

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan

English Version

The people of Malaysia pledge their united efforts to attain these ends guided by the following principles:

  1. Belief in God
  2. Loyalty to King and Country
  3. Supremacy of the Constitution.
  4. The Rule of Law
  5. Mutual respect and good social behaviour.

Wanita disangka warga China sebenarnya Melayu!!

Wanita warga cina dipaksa bogel

Warning : Budak di bawah umur 18 jangan klik link di bawah!

Perbuatan anda adalah salah disisi undang-undang!

Watch Movie | Download

Petikan dari;

Utusan Malaysia – ‘Wanita misteri’ terbukti Melayu

The Star Online – Woman in ear squats video clip is a local Malay

Hmm.. ape citer nih? Aku ada terbaca berberapa message board di tempat lain yang kebanyakan ‘Comment’ nya berbunyi racism.. So now we know that this is not about racism.. tetapi institusi polis yg maybe agak melampau semasa ambil tindakan/soal siasat..