Senarai Hotel Di Selangor yang mendapat sijil halal

Senarai Hotel yang dikeluarkan JAIS dan JAKIM untuk hotel-hotel yang ada di negeri Selangor.

Memang lah hotel yang tak tersenarai bukannya haram, cuma “status halal yang diragui“.

Untuk senarai hotel di negeri-negeri lain yang dah mendapat status halal, boleh check kat website JAKIM;

http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel

Cuma kalau difikirkan balik, dah mewah kan orang kita sampai boleh berbuka kat Hotel? Asalkan jangan berlebih-lebih sudah la.

Source : Hanya 13 hotel sah halal

Senarai Hotel Di Selangor yang mendapat sijil halal;

  1. Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
  2. KL Airport Hotel Sdn. Bhd.
  3. Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
  4. The Summit Hotel, Subang USJ
  5. Hotel De Palma Shah Alam
  6. Hotel De Palma Ampang
  7. Hotel De Palma Sepang
  8. Hotel De Palma Kuala Selangor
  9. Hotel Holiday Villa Subang
  10. Residence Hotel UNITEN
  11. Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  12. Hotel Armada Shah Alam
  13. Hotel Concorde KLIA

Selamat Berpuasa Untuk Semua

Daripada Abdurrahman r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. suatu ketika berbicara tentang bulan Ramadhan, lalu sabdanya, “Inilah bulan yang Allah wajibkan atas kalian berpuasa dan aku memerintahkan kepada kamu semua untuk bangun (solat terawih sebagai amalan sunat). Oleh kerana itu, sesiapa yang berpuasa dan bangun (mengerjakan solat terawih) kerana iman dan mengharapkan redha Allah, maka keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya.”