Kenali nama bahagian utama gitar

Di dalam artikel ini ada disediakan nama bahagian-bahagian utama untuk gitar akustik dan elektrik. Untuk acoustic guitar aku guna contoh dari Takamine cutaway model, dan untuk electric guitar aku ambil contoh dari Fender stratocaster. Ada antara bahagian, kedudukan atau saiz yang mungkin agak berbeza dengan gambar di bawah ini, tapi secara keseluruhan ini adalah antara yang paling umum.

Untuk pemula, dengan mengenal bahagian-bahagian gitar seperti fret, nut, neck, bridge ini diharap dapat membantu anda semasa memilih untuk membeli gitar seperti yang aku pernah ceritakan di artikel Panduan Membeli Gitar.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Guitar Parts (Nama bahagian gitar)

Macam mana nak stack 77 kerusi dalam bilik seluas 1m padu?

Impian (?) ini akan jadi kenyataan sekiranya anda pakai kerusi lipat yang direka dari pereka belanda, Douwe Jacobs dan Tom Schouten, fluxchair. Kerusi dengan dimensi [640 x 620 x 850mm] ini jika dilipat boleh menjdai senipis 15mm, hampir sama nipis dengan sekotak DVD original. Kerusi ni boleh didapati dalam 8 warna, cuma sehingga artikel ini dibuat, masih belum di jual di Malaysia. Satu kerusi berharga €129.00 (tidak termasuk kos penghantaran) dan boleh dibeli di fluxstore.

Belajar 7 kod asas gitar untuk pemula

Dalam artikel ni aku nak tunjukkan 7 kod asas gitar yang wajib kena belajar untuk beginner, iaitu C, Dm, Em, F, G, Am dan B7. Banyak tab gitar kat Zairul.com yang pakai kord-kord ini, so kalau nak main lagu melayu kapok-style especially lagu rock, pop 90-an, hafal dan banyakkan prektis.

Dalam setiap gambar tu ada disediakan sekali rajah dot fingering (kat penjuru atas sebelah kiri) untuk senang check tali dan fret mana yang perlu ditekan, dimain secara open atau mute. Gambar kedudukan jari itu juga sebagai contoh sahaja, yang paling penting keselesaan jari gitaris semasa main gitar.

Sapa yang ada twitter atau facebook boleh klik butang share kat atas.

UPDATE Aug 7th, 2011
Maksud simbol pada penjuru atas kiri gambar;

Tanda ‘x’ = Mute (tak perlu petik tali, atau sentuh tali untuk matikan bunyi)
Tanda ‘○’ = Open string (petik sahaja tali tanpa perlu tekan mana-mana fret)
Tanda ‘●’ = Play string (petik tali sambil tekan pada kedudukan fret yang ditunjuk)

Selamat berjaya.

Teori Asas Muzik (1) – Mengenal tone, note dan scale

Teori asas muzik tidak boleh dipandang remeh dalam pembelajaran gitar. Anda memang boleh terus pegang gitar, ingat posisi kod dan terus mainkan lagu. Tapi untuk cari kod lagu, nak main solo part, anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas kepada teori muzik.  Tutorial kali ini akan menerangkan perkara paling asas dalam muzik iaitu tone, note dan scale, sebelum boleh masuk ke asas kod.

*PERINGATAN : Tutorial ini adalah ringkasan dari teori muzik yang sebenar, supaya mudah difahami pembaca. Jika anda mengambil jurusan muzik, sila rujuk buku teori muzik di kedai buku atau perpustakaan berhampiran. Zairul .com tidak bertanggungjawab atas ketidaklulusan anda akibat dari membaca artikel ini.

Rujuk gambarajah piano di atas.

Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu dalam note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B.  Jarak dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu seperti gambar di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D dikira sebagai “whole tone” atau “full tone”. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole tone.

* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas, dan b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.

Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula dengan C.  Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula dengan F dipanggil nada dalam key F. Tahukah anda bahawa julat vokal Mariah Carey adalah 5 octave? Berapa julat vokal (vocal range) anda?

Ada 2 scale asas music, major dan minor. Apa kombinasi not untuk key major atau minor? Gunakan teori seperti rajah di atas. Kita ulang balik kitaran untuk satu octave;

Rajah di atas adalah major scale dalam key note C. Nombor di atas note adalah kiraan jarak. Dengan cara yang sama, cuba anda cari kombinasi note untuk major scale dalam key note E.

Rajah di atas pula adalah minor scale dalam key note A. Cuba anda cari minor scale dalam key Db.

Sekian dahulu teori asas muzik kali ini, artikel seterusnya akan menyusul di Zairul.com.

Aplikasi percuma – WordPress for Android

Platform blog paling popular di bumi, WordPress telah lama mengeluarkan versi Android, bertujuan untuk memudahkan pengguna wordpress.com dan self-hosted (dari wordpress.org). Dengan aplikasi ringkas WordPress for Android ini membolehkan pengguna membuat artikel baru, kemas kini posts dan pages,  semak komen dan lihat statistik.

Tak dinafikan bahawa aplikasi android ini adalah antara apps wajib yang aku bukak kalau keluar dari rumah. Kalau dulu kena ada PC untuk check blog, sekarang semua yang asas boleh dibuat menggunakan Android.

Untuk muat turun secara percuma, sila lawat web rasmi di android.wordpress.org/ atau melalui android market.

Selepas install app, anda boleh terus tambah blog, sama ada buat baru secara percuma dari wordpress.com, masukkan username dan password jika sudah berdaftar dengan wordpress.com, atau masukkan URL, username dan password untuk blog yang dihost sendiri pada server anda.

* Jika mengggunakan self-hosted blog, pastikan anda pilih check box pada setting [Remote Publishing] dari menu Settings >> Writing pada WordPress Dashboard.

Dashboard untuk android wordpress adalah seperti gambar di bawah, ada tab Comments, Posts, Pages dan Stats. Pada tab Comments, pengguna boleh approve/unapprove, delete, reply atau tanda sebagai spam. Pada bahagian bawah sebelah kanan, ada refresh button untuk dapatkan komen yang terkini.

Pada tab Posts dan Pages ada tersenarai semua entri dengan tarikh entry dibuat. Dengan tap pada entry, pengguna boleh buka entri, lihat komen pada artikel, edit, padam dan kongsi URL menggunakan tools yang ada bergantung pada device (twitter, facebook, flickr, tumblr dll.)

Tap pada butang [+], pengguna boleh tambah artikel baru. Fungsi asas seperti upload gambar, masuk tag dan pilih kategori sudah ada pada aplikasi ini. Pada versi terkini (WordPress Android 1.4.1) , pengguna boleh pilih untuk publish entri pada tarikh yang disukai. Bagaimanapun WYSIWYG editor masih belum dapat dimuatkan, walaupun rasanya tidak menjadi masalah untuk kebanyakan blogger.

Satu lagi fungsi yang boleh diguna pada aplikasi ini adalah statistik. Pengguna boleh memilih untuk memaparkan statistik blog mereka berdasarkan jumlah views keseluruhan, post, referrers, kata carian dan klik pada hari berkenaan atau sehingga setahun sebelumnya dan sejak dari pemasangan plugin.

*Pengguna self-hosted blog perlu memasang plugin WordPress.com Stats terlebih dahulu pada blog mereka.

Aplikasi ini turut menyokong comment notifications pada peranti android. Kekerapan kemaskini boleh dipilih setiap 5, 10, 15 dan 30 minit serta 1, 3, 6 dan 12jam, atau sekali sehari dengan notis bunyi, vibration dan blink notification (bergantung kepada android device). Auto tagging untuk semua post dari android juga boleh ditetapkan.

Sehingga WordPress Android Versi 1.4.1, ada beberapa fungsi yang tiada dan mungkin membantu pengguna wordpress seperti;

1. Edit comments
2. Carian post/pages entries, comments, tags.
3. WYSIWYG editor.
4. Tambah custom-fields
5. Sokongan post revisions
6. Edit post permalink
7. Set feature image
8. WordPress widget pada android device
9. Plugin access

WordPress for Android ini masih baru dan pembangun aplikasi sedang giat memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Twitter timeline feeds down – May 26th, 2011

Timeline feeds twitter kat Jepun dah down sejak pagi tadi. Ada yang kata dah 7-8 hours. Boleh post tweet, boleh access profile lain, but zero timeline. Kat Malaysia bagaimana? Okay tak atau dapat kosong macam kat bawah ni;

Masih menunggu official statement. Adakah ini disebabkan bug, maintenance atau serangan siber? Yang pasti twitter user yang hard core mesti tak senang duduk kerana tak boleh read tweet orang lain.


UPDATES 12:19PM;

Support
Not seeing your timeline? DON’T PANIC! We’re working on it and affected users will see their timelines restored in the coming hours.

UPDATES 14:00PM
Timeline feeds dah ok.

Aplikasi pemain muzik android terbaik – PowerAmp App Full/Trial

Anda pengguna android? Sedang mencari aplikasi pemain muzik yang lebih baik untuk menggantikan pemain default? Aku syorkan anda mencuba aplikasi PowerAmp. Aplikasi ini adalah antara aplikasi berbayar terbaik dari android market. Dalam artikel ini akan ditunjukkan beberapa fungsi menarik yang ada pada PowerAmp.

*APLIKASI INI SENTIASA DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. SILA RUJUK KE LAMAN WEB RASMI POWERAMP di poweramp.com UNTUK MUAT TURUN DAN MAKLUMAT FUNGSI TERBARU.

*Klik untuk gambar yang lebih besar.

Ada 3 butang utama pada PowerAmp iaitu [FOLDERS], [PLAYER] dan [LIBRARY]. Jika fail muzik anda diasingkan mengikut folder, nak mencari lagi lebih senang jika klik pada FOLDER. Klik pada butang PLAYER untuk terus buka lagu yang sedang dimainkan. Di sini pengguna boleh akses butang Play, Forward/Return Song/Track, Repaet, Shuffle dan sebagainya. Paparan juga akan berubah mengikut layout android jika dipusing secara horizontal.

Klik [menu] pada android device, pengguna boleh akses pelbagai tool tambahan seperti tambah ke Playlist, jadikan mp3 sebagai Ringtone, tengok info mp3 dll. [Set As Ringtone] adalah antara fungsi kesukaan aku. Tak perlu membazir duit untuk membeli versi ringtone untuk lagu dari CD, mp3 etc yang kita sudah ada. Semua lagu yang ada dalam android boleh dijadikan ringtone dengan mudah menggunakan PowerAmp.

LIBRARY pula akan menyenaraikan lagu mengikut tag. Pengasingan lagu mengikut album, artis, dan genre akan dilakukan secara automatik semasa installation. Apapun ini bergantung kepada tag yang ada diisi dalam fail muzik asal.  Di bawah menu Library, pengguna boleh pilih untuk memaparkan lagu dari susunan album, artis dan genre.

Sebab utama aku mencari pemain muzik alternatif untuk android adalah sebab tidak cukup puas hati pada kualiti bunyi yang ada pada pemain default. Untuk sesetengah lagu, bunyi mid-tone dan higher tone agak tenggelam. Fungsi Equalizer diperlukan untuk mengawal tone bunyi yang dikeluarkan pada setiap lagu agar tidak jadi kering dan “cheap”. Berita baik dari PowerAmp, anda boleh buat lebih dari itu. Dengan adanya fungsi built-in equalizer ini, anda boleh menggunakan beberapa preset yang ada. Lebih baik, pengguna juga boleh buat Custom Setting untuk diaplikasi pada sesuatu lagu, atau semua lagu dan boleh disimpan di dalam data untuk boleh diedit. Satu lagi, gunakan analog-like button, pusing mengikut pusingan atau lawan jam untuk mengawal tone bass, trebel dan volume. Pengguna mungkin merasakan seperti mengguna nob volume analog walaupun sebenarnya level dikawal secara digital – sesuatu yang pasti menggembirakan buat peminat peralatan analog.

Di bawah ini adalah antara setting tambahan yang ada pada PowerAmp.

Satu lagi fungsi yang menarik adalah kebolehan PowerAmp untuk pasang/tutup lagu apabila headset disambung ke android. Ini sangat menjimatkan masa. Untuk off PowerAmp, cabut headset dan PowerAmp akan tutup secara automatik. Hebat kan? Fungsi scrobble juga dimasukkan dalam versi terkini. Setiap lagu yang dimainkan akan disambung ke Last.fm atau Droid. Untuk menggunakan fungsi ini sambungan WiFi atau unlimited data plan digalakkan. Lebih baik, aktifkan fungsi sleep timer supaya player ditutup secara automatik selepas tempoh masa tertentu. Ini dapat menjimatkan bateri sekiranya pengguna terlupa menutup aplikasi.

Setting untuk skrin lock juga boleh dibuat. Akses ke PowerAmp dibolehkan jika android dalam keadaan lock. Selain itu, sehingga kini ada 4 jenis tema yang boleh dipilih mengikut kesukaan pengguna.

Widget tambahan boleh di muat turun melalui market dengan nama [PowerAmp Standard Widget Pack]. Ada 3 widget disediakan dengan saiz 4×1, 4×2 dan saiz penuh.

 

Anda boleh muat turun PowerAmp versi Trial (guna secara percuma selama 15 hari). Aku beli PowerAmp selepas hanya 3hari menggunakan aplikasi ini. Memang puas hati. Harganya hanya USD$4.99, boleh dibeli terus melalui android market atau secara terus (muat turun fail *.apk selepas bayaran). Untuk pembayaran yang dibuat secara terus, anda boleh mengaktifkan bersama akaun google pada android selama 10 kali. Permohonan pengaktifan tambahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada pembangun aplikasi.

Anda memang sudah jadi pengguna PowerAmp? Apa komen anda tentang aplikasi ini?

Koleksi gambar bangunan pelik

Architecture memang best. Kalau tak amik mechanical engineering, dah confirm aku apply architecture. Kat bawah ni ada gambar bangunan menarik? aneh? unik? dari seluruh dunia.

via @Interior Holic

 

more pic :  10 Most Amazing Buildings In The World